Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, August 11, 2009


_Demam sudah tinggalkan kita.

Cuma kepala saja yang masih pening lalat sedikit. Tekak yang sakit juga sudah kurang perit. Selsema juga sudah gugur tiada. Sengal-sengal badan juga sudah lari separuh perjalanan. Batuk yang tinggal cumalah batuk yang mengada-ngada. Sekejap ada sekejap tiada.

Wahooo!

Eh... eh, silap.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Ampuniku Ya Allah. Tengok. Bila dah sehat, terus tak sedar diri. Terus lupakan Allah. Manusia memang macam ini. Eh, tak tak. Kita memang macam ini. Nanti Dia jentik balik demam itu ke kita baru tahu. Padan muka, hah.

Sepatutnya cakap alhamdulillah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah.

Hah.

Hari ini....

Hari terakhir kerja untuk minggu ini. Esok sehingga Sabtu kita ke Kuching. Ahad baru kembali ke rumah. InsyaAllah. Hari ini juga. Mood kerja sudah luruh menjadi daun-daun kering. Walaupun musim luruh belum tiba, tetapi mood kerja kita sudah luruh dahulu. Dia memang suka mendahului sesiapa dan apa-apa. Tak ada kesedaran sivik betul mood kita ini.

Ini.

Pertama kali naik kapal terbang.
Kali terakhir masa darjah lima ke Mekah sana.
Jadi, tidak boleh dikira sebagai pernahlah ya.

Ini.

Pertama kali dapat peluang pakai beg tarik.
Alah, beg yang bentuk segiempat beroda dan boleh ditarik.
Terasa macam jakun dan agak lintang pukang juga kita ditariknya.

Ini.

Pertama kali dapat peluang keluar dari Semenanjung Malaysia.
Terasa cemas, gayat dan entah apa jenis rasa lagi wujud dalam ini.
Tak berapa nak tergambar pula rupa bentuk muka bumi Kuching itu.

Ini.

Pertama kali....

Eh, sudah... sudah.
Berapa banyak pertama kali kau nak letak ini.

Oh, ya.

Sekarang ini. Merata-rata tempat seperti sudah kehabisan stok menjual topeng muka. Barangkali sudah dibeli secara pukal oleh pihak hospital mungkin. Guardian tak ada. Watson pun tak ada. Vitacare rasanya tak ada juga. Yang kita jumpa semalam pun di kedai buku. Jangan tak percaya. Kedai buku pun jual ya. Hand sanitizer semua pun dah tak ada. Cuba periksa dekat kedai ikan, mungkin ada. Siapa tahu kan.

Ok.

Lepas jam enam setengah petang, kita sudah tiada akses Internet.

Jika sudi, doakanlah kita dan mereka yang bersama dengan kita ini selamat pergi dan balik. Kami rindukan Ramadhan. Semoga sempat melihat Ramadhan tahun ini. Terima kasih daun keladi, panjang umur boleh jumpa lagi.

Jaga diri.

Oh, ya.

Sebarang pesanan sudah ditutup. Tangan kita tak cukup. Dengan pesanan ikan terubuknya, udang keringnya, ikan bilisnya, kek lapisnya. Maaflah sangat-sangat ya.

Oh, hoi.

Terasa seperti makcik-makcik yang berjual di pasar tani pula kita.

Adalah juga rupa sedikit kan.

Kan_

Kategori:

19 Responses to "Musim Luruh Mood Kerja"

Dani neh said :
August 11, 2009 at 3:33 PM
Kuching!! here we come.. lantak la kemarau tak kemarau.. haze tak haze.. redah ajeee...
Dani neh said :
August 11, 2009 at 3:33 PM
owh.. aku pertama!!
famia said :
August 11, 2009 at 3:36 PM
dani: bersemangat wajanya. hehe. bagus. dah baik blom sengal tulang.
Dani neh said :
August 11, 2009 at 3:53 PM
saket lagi.. tapi kucoba gagahkan juwa
GiKuchingGak said :
August 11, 2009 at 3:59 PM
ape kes lps 630 xde internet.. mlm kang kat umah aku 24jam ko leh online.. xde hal... lps kul 7 esok pg br xde intenet.. kekekek...

{dani!! xde keje ke??}
famia said :
August 11, 2009 at 4:38 PM
dani: balik nanti baiklah itu. hehe.

suhaila: haha. tak larat dah. tak ada masa nak buka laptop. nak concentrate esok je ini.
ieba said :
August 11, 2009 at 5:35 PM
selamat berlepas n selamat kembali ke semenanjung
mugiwara said :
August 11, 2009 at 8:09 PM
jaga diri baik baik~
Anonymous said :
August 11, 2009 at 8:49 PM
Jgn lupa bergmbar dengan Kucing dimuzium Kuching dikuching nnti..miau,miau,miau.. :p

The Anon
M-I-N said :
August 11, 2009 at 8:50 PM
semoga selamat hendaknya.
dianna said :
August 11, 2009 at 10:36 PM
have a very good trip :)

p/s : semoga sehat selalu hendaknya.
famia said :
August 12, 2009 at 12:50 AM
ieba: ya. hehe. baik.

mugi: baik!

anon: muzium? kalau pergilah. hehe.

min: hait!

dianna: ai ai sir! hehe
August 12, 2009 at 7:26 AM
wah wah wah

nk itot! hehe.
oke akak! jaga diri baek2 yek! ;)
Destinasiku said :
August 12, 2009 at 5:57 PM
kuching tkde apa yg best pun..bandar yg kecik tp aman je..jgn lupa ke kg seberang sungai tu. singgah makan kat BAROK makanan boleh tahan
paiseh said :
August 13, 2009 at 10:17 AM
sape nak jaga wangsa melawati ni wei?
Ezad said :
August 14, 2009 at 11:35 PM
waah.. best tau kat kuching tu

aku dah 2-3 kali dah gi kuching tu

tapi tak naik kapal terbang

naik keretapi je. maklum la... tambang kapal terbang mahal.

mampu naik keretapi je

heh!
KamiSudahPulang said :
August 16, 2009 at 2:17 AM
kami sudah pulanggg..

wahhhhhhh.. rindu internet teramat sgt!!!

hahahahaa..

penat wehhh..

weh, korg dah sampai rumah belom? hahaha.. belagak gile.. mentang2 aku sampai umah dulu.. terus bukak laptop x igt dunia dah.. kekekeke.. NGANTUK.. BYE!
famia said :
August 16, 2009 at 11:32 AM
akmar: hehe. dah balikk.

destinasiku: hehe. taklah. semua tempat pun best je. aman. damai.

pai: lu lah. siapa lagi. macam tak biasa pulak.

ezad: hehe. aku tak nak naik kapal terbang dah. tak tahan. ya. kuching memang menarik.

suhaila: perghhh.. aku jenguk je ke sini. cuma kepala tepu. masih pekak lagi ini hah. aku takleh nak cuti senin. ada kerja dah menunggu. aduhai.
August 17, 2009 at 5:16 AM
hati2..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.