Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, August 09, 2009


_Yang baiknya.

Aku tak sesat jalan lagi. Eh, silap. Kita tak sesat jalan lagi. Dari Setiawangsa ke Jalan Ampang. Abaikan terus MRR2 yang menambah pusing di kepala itu. Sesungguhnya, memang tak seronok langsung lalu MRR2 itu. Sudahlah itu kawasan kemalangan. Manusia memandu macam syaitan. Sungguhpun syaitan tak memandu kereta, tapi kira macam syaitanlah pemandu itu punya menggila.

Yang tak baiknya.

Aku lupa terus jemputan Ain ke Masjlis Cukur Jambul. Aduhai A'ish. Ampuniku wahai manusia kecil. Semoga bila besar nanti, A'ish baca entri ini ok. Sekarang baru dua bulan. Eh, sebulan. Eh, berapa bulan entah si kacak kecil ini. Apa-apa pun, semoga sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya.

Tentang Maskara.

Pertama kali sampai sebelum majlis bermula. Nampak seperti ada pencapaian dalam mematuhi masa. Cuma, Ida tetap kena tunggu macam setengah jam awal di hadapan Penjara Pudu. Aduhai Ida. Terasa malu sudah nak hulurkan tangan meminta ampun. Aku memang! Cuma maaf banyak-banyak. Berjaya juga aku merempit dalam kesesakan dalam masa lebih kurang lima belas ke dua puluh minit dari Wangsa Maju ke Penjara Pudu itu.

Oh, lupa.

Tentang persembahan di Maskara.

Beeha.
Gadis ini, memang subhanaAllah. Wajahnya bersih cantik. Kalau bertudung litup pun mungkin lebih cantik barangkali. Gayanya tenang saja. Memetik gitar. Suaranya pun subhanaAllah. Pitching tak lari. Terbuai-buai jugalah dengar lagu Pari-pari Kertas dan Kelkatu itu. Terima kasih untuk kamu. Semoga diberkatiNya selalu.

Saudagar Garam.
Lelaki ini, ha ha. Serius. Tapi, sinis. Dan sengal. Dan boleh tahan lawak. Dan sengal. Dan boleh tahan lawak. Kalau daya menangkap apa yang ditafsirnya itu tidak tinggi, memang jadi bosanlah mungkin mendengar beritanya. Hadirnya di depan sebagai pembaca berita TV1. Ya, dulu berita TV1 ada bunyi intro muzik macam itu. Macam berita Dunia Jam 10. Yang membezakanya, tidak ada di sudut tepi bawah sebelah kiri seorang perempuan yang menterjemahkan beritanya dalam bahasa isyarat. Rambut si saudagar Garam yang kriwel-kriwel itu sekaligus menafsirkan bahawa beliau seorang Jawa. Ya, tepat sekali tembakanku. Terima kasih untuk kamu. Semoga diberkati selalu.

Superfriends.
Lelaki bertiga. Beserta Azzam Supardi. Terbaik. Masing-masing dengan identiti sendiri. Sajak kalian masih terngiang-ngiang melekat di saluran esofagusku, eh silap. Kokleaku. Hah. Betapa terlekatnya drama bersajak mereka. Terima kasih untuk kalian. Semoga diberkatiNya selalu.

Danielle Cor.. err susah nak eja.
Lelaki itu, seorang wartawan. Dengar katalah. Sebelum ini, selalu ternampak komen beliau di blog bro Sinaganaga. Sangkaku dia seorang wanita. Rupanya, alahai maafkan saya. Mendeklamasikan sajak WS Rendra, Sajak Sebatang Lisong. Siapa itu WS Rendra, sila rujuk pakcik Google kalau tidak tahu. Jangan malas. Sajaknya memang menegakkan segala bulu roma di dalam telingaku. Berdesing-desing ayatnya. Gaya Danielle sendiri pun ala-ala Clark Kent Melayu. Err, kamu berbangsa Melayukah? Apa-apa pun, terima kasih untuk kamu. Semoga diberkatiNya selalu.

Saufi Jikan.
Lelaki ini tidak perlu dikenalkan. Watak pertama kewujudannya yang kita perasan adalah dalam cerita Cinta. Dan juga Zombie Kampung Pisang. Memang rock. Rock seperti pakcik Ramli Sarip. Tapi, pakcik Ramli Sarip lebih rocklah. Pendek kata, yang rock itu memang kedua-duanyalah. Apa-apa pun, terima kasih untuk kamu. Semoga diberkatiNya selalu.

Meor.
Lelaki ini, kita baru pertama kali tahu kewujudannya. Maaflah. Kita tidak tahu. Di depan kaunter penjualan buku dan CD beliau, kita bisik secara kuat pada Ida, "Siapa Meor? Kau kenal?" Mujurlah, brader Meor yang duduk betul-betul di kaunter hadapan kami ini tidak melibas gitarnya ke muka kita. Di sini beliau. Apa-apa pun, terima kasih untuk kamu. Semoga diberkatiNya selalu.

Seorang lagi berambut panjang, kriwel.
Berduet bersama saudara Meor. Siapa ya. Alahai. Maaflah. Galak sangat membelek kamera kawan. Persembahan depan mata pun tak dipandangnya. Apa-apa pun, terima kasih untuk kamu. Semoga diberkatiNya selalu.

Keseluruhannya,
Terima kasih buat semua orga Sindiket Soljah. Semoga Tuhan berkati kamu sekalian selalu.

Terakhirnya....

Maskara Shorties pada 3 Oktober 2009 ini.

Apa itu Maskara Shorties?

Cari sendiri.

Aku kejam hari ini_

Kategori:

14 Responses to "Maskara Soljah 8 Ogos 2009"

Anonymous said :
August 9, 2009 at 4:09 PM
seorang lagi berambut panjang, kriwel itu namanya Nik (or javid, if not mistaken).
August 9, 2009 at 6:55 PM
rambut macam gua tak lepas beb masuk tv1..
confirm depa soh potong dulu..


hahahhaaa...
kat maskara pun jadilah..
August 9, 2009 at 7:54 PM
apekah eyh?

hehe
abangpit said :
August 9, 2009 at 8:40 PM
yang last tu, nik dan meor..
Ezad said :
August 9, 2009 at 8:40 PM
waa.. dah pandai baca map ke ni?
ZARA 札拉 said :
August 9, 2009 at 11:53 PM
hehehe~

Alhamdulillah, dapat baca mengenai Garam di sini. Dia membaca berita?
Seharusnya model binaan bangunan yang dibawanya~
famia said :
August 10, 2009 at 7:19 AM
anon: begitu. terimas.

garam: haha. faham.

akmar: malam membaca puisi dan sajak bersama kawan-kawan yang kita suka. itu singkatan Maskara kalau tak silap.

maoi: aa haah.

ezad: tak pakai map pun. map tak berguna untuk aku.

zara: hehe. student archi ke kamu semua. cool.
siPenGarut.. said :
August 10, 2009 at 11:10 AM
salam...sonok cik.famia dpt g..
klu x sbb kne g tadika pesisir laut nie..
mmg dpt g..cmfrm lh ketemu cik.famia..lh cik.famia belanja...hehehehe.......
.........................
moral: klu sesat ln jgn malu bertanya..rumah pena kt mne yek???.xpnh g la...
..........................
famia said :
August 10, 2009 at 11:24 AM
siTukangkarut: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. rumah pena kat Dewan Bahasa Pustaka. Depan sikit, ada kon2 oren. Lepas itu ada pintu pagar Gapena. Masuk situ. Kalau terlepas simpang kecil itu tak apa jangan gabra, buat tawaf 8 kali sampai lalu depan Restoran Tupai Tupai. Lepas itu nampak pintu pagar Gapena, masuk. Jangan tak masuk. Kalau terlepas juga, aaa tawaflah sampai kenyang.
August 10, 2009 at 3:32 PM
serius : satu kali..
sinis : satu kali..
sengal : dua kali..
lawak : dua kali..

jadi,dua kali lawak dan sengal?
alahaiii..

dan modfal gua tak cukup waima haunya untuk bayar pompuan cun jadi tukang translate bahasa isyarat..
famia said :
August 10, 2009 at 4:31 PM
garam: hehe. lu penah dengar 'Toya'? itu zaman gua belajar dekat ITM Shah Alam, kami semua kalau nampak student macam lu memang kami panggil toya. makna sebenarnya gua dah lupa. haha. kalau lu terseksa jiwa dipanggil toya, ampunkan kami semua.
August 11, 2009 at 4:05 AM
marah??

hahahhaha..
takde ar..
gurau jek.

eyhh..
by the way,thanks datang beb.lain kali datang lagi ar..bawak geng..
famia said :
August 11, 2009 at 6:58 AM
garam: hahaha. gua susah nak tangkap marahlah. anyway, lu cam ke gua dengan member gua malam itu. ke lu main sebat je tegur semua orang ini. haha. cerita macam dah kenal lama je. bertuah betul lu ini. kalau umur panjang, jumpa lagi 3 oktober.
Nana CS said :
August 11, 2009 at 1:47 PM
seb baik baca entri maoi dulu.
hmm..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.