Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, August 21, 2009


_Bersungguh-sungguh ini hah.

Sanggup itu mengejar entri ke 218 pada 21 haribulan 8.

Tak membanggakan langsung perangai orang tua ini. Entah apa-apa. Tak berapa nak semenggah betul dia punya gaya. Tapi tak apa. Alang-alang menyeluk pekasam, biar habis sampai bersih. Walaupun aku tak pernah makan pekasam, tapi....

Dah, jangan merepek.

Kita ke rencana yang sepatutnya.

Sekeping nota dariku untukku.

Ya Allah,
Alhamdulillah dipanjangkan umurku ini,
Sungguhpun kuterasa bagai maut semakin melambai,
Namun masih diberi peluang untuk mengumpulkan bekalan menghadapMu.

Tahun ini.

Saya mahu....

Jadi budak baik.
Mahu jadi anak yang solehah.
Habiskan masa dengan keluarga.
Mahu lebih jadi manusia yang sabar.
Mahu khatam belajar memasak dari emak.
Mahu sucikan hati dan buang segala prasangka.
Mahu kumpul duit banyak-banyak untuk keluarga.
Mahu tolong ayah bercucuk tanam di depan rumah.
Mahu kurangkan mengaum dan sifat marah itu semua.
Mahu rajin menunaikan jemputan kenduri rakan-rakan.
Mahu rajin baca Al-Quran (sesungguhnya liat betul nak baca Quran, isk).
Mahu rajin basuh keretaku yang serba putih suci itu (maaf Nami).
Mahu jadi kakak yang tidak garang (tolonglah jauh dariku wahai sifat garang).
Mahu tunaikan janji dan tidak mahu menabur janji lagi (maaf Nananya).
Mahu kurangkan menulis blog dengan entri yang merepek macam perasan bagus.
Dan juga sangat mahu err... err.. mahu menunaikan tanggungjawab untuk berkeluarga.

Terakhirnya.

Segala khilaf dan yang buruk itu datang dariku semata-mata. Ampun maaf dipinta di atas segala keterlanjuran bahasa yang memang disengajakan dan yang tidak disengajakan atau tidak berapa nak perasan dia punya sengaja. Maaf yang berlipat kali ganda. Andai umurku tidak panjang, sudilah kiranya tolong sedekahkan sepotong dua doa untukku di sana eh.

Sesungguhnya, mati itu waktu dan ketikanya adalah rahsia.
Dan mati itu paling dekat dengan manusia. Beringatlah sentiasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Semoga kamu semua berjaya bertempur melawan hawa nafsu yang menggila. InsyaAllah aku mahu kurangkan menulis atau berhenti buat seketika. Andai terhenti lama atau terhenti selamanya, harapnya tiadalah mendatangkan kerugian apa-apa. Sesungguhnya, blog ini memang tak berapa nak mendatangkan faedah. Semoga hasil tulisan kita yang dulu-dulu boleh diguna pakai dan mendatangkan faedah buat kamu semua. Yang buruk itu jangan ditiru. Yang baik itu, memang tiada langsung pada aku.

Bercampur aduk kita dan aku.

-_-"


Ok.

Jaga diri semua_

Kategori:

19 Responses to "Entri ke 218 Pada 21 Haribulan 8"

etdebek said :
August 21, 2009 at 12:33 AM
fes!!

yey!!

selamat hari dilahirkan kedunia..

smg murah rzk, bahagia n dirahmati Allah sentiasa..

aminnnnnnn
August 21, 2009 at 12:48 AM
la lambat dpt fesss! 10 thn tunggu...
selamat hari lahir... kerja jgn kuat2 tapi smart..
happy2 selalu, moga di banyakkan rezeki drNya..
z@f!r said :
August 21, 2009 at 12:51 AM
selamat².. semoga semuanya selamat..
siPenGarut.. said :
August 21, 2009 at 2:24 AM
selamat ulang tahun kelahiran..err..xbt majlis kesyukuran??? ader pulut kunin' ker?? nk cket..
..........................
moral: patut tmbh..mahu melangakah ke alam perkahwinan...mahu mengurangkan beban tangungan ibubapa kerana selagi belum ader suami..selagi itu menjadi tangungan ibubapa....(moral-kah ini??)
............................
famia said :
August 21, 2009 at 5:07 AM
suhaila: hehe. sama dengan. terima kasih banyak2.

dboy: 10 tahun? hahahah. exaggerate. baik. terima kasih banyak2.

zafir: ya. semoga kamu semua pun selamat hendaknya.

ace: hehe. pulut kuning? nantilah kot buat. hehe. sudah ditambah kesemua itu. sila baca betul2. terima kasih banyak2.
paiseh said :
August 21, 2009 at 6:02 AM
selamat menua.. (instead of men'tua', x berapa seswai)


*jangan laa entry ke-219 pun lu buat 21/09 pulak ye. lama tu~
famia said :
August 21, 2009 at 6:26 AM
pai: haha. oke gak tu ek. tanggal 21/9 lah gua tulis entry ke 219. sebulan cuti itu. hehe. terima kasihbanyak2.
August 21, 2009 at 9:13 AM
Selamat menyambut bulan keberkatan dengan keberkatan usia yang dikurniakan, insyaAllah.
ieba said :
August 21, 2009 at 9:30 AM
selamat hari lahir..semoga dmurahkan rezeki dan dpnjgkan umur serta dapat apa yg dhajati
abangpit said :
August 21, 2009 at 9:59 AM
selamat hari lahir..
semoga panjang umur..
murah rezeki..
selamat berpuasa..
ladymiaka86 said :
August 21, 2009 at 10:04 AM
selamat hari kejadian..
semoga murah rezeki n dipanjangkan umo..
selamat menyambut ramadhan & selamat berpuasa..
Dani neh said :
August 21, 2009 at 10:29 AM
walepon aku bukan fes di blog ko...
TAPI AKU FES YANG NYANYI KAT KO...
(recorded OK, ko boleh ulang banyak kali. Hahaks!)
kan kan kaaaaaaan..



[ala.... kan laaaaa...]
famia said :
August 21, 2009 at 10:45 AM
khairulhak: hehe. terima kasih. kamu juga.

ieba: terima kasih. selamat berpuasa untuk kamu.

maoi: ya. terima kasih. bersepah nampak korang berdua ni. hehe. selamat berpuasa untuk ko ngn yuminya yek.

ledimiaka: ya. terima kasih. sama dengan. selamat berpuasa juga.

dani: hahahahah. maaf sangat2 ya. aku setiap tahun punya birthday pun mesti tidur awal. malas nak tunggu detik 12 malam. sayu woh. hehe. ko nyanyi suara serak2 dekat luar rumah ke. ish ish ish. terharulah. terima kasih banyak2 sangat ya. dulu ko dengan awi suka nyanyi2 utk aku. aku simpan lagi suara2 tak siap tu. hehe. astri pun nyanyik jugak. kiut gile suara korang. ye Dani. ko orang pertama yang nyanyi. Kannn sangat.
mirashi said :
August 21, 2009 at 11:17 AM
wah memang langkah kanan la hari ni
walaupun tak kenal dan tak pernah jumpa
walaupun baru beberapa minggu kenal blog ini
walaupun tak tahu nama si empunya ini
walaupun tak tahu umur si empunya ini
namun tangan ni degil jugak
nak ucapkan
selamat ulang tahun kapada kamu:)
dan salam ramadhan al-mubarak
famia said :
August 21, 2009 at 12:02 PM
mirashi: hehe. selamat ulang tahun juga eh. selamat menyambut Ramadhan juga. jaga diri. perangi hawa napsu dengan tegar.
Nana CS said :
August 21, 2009 at 4:02 PM
faminye:
semoga semua yang baik2 untuk kamu.
semoga kamu pun menjadi semakin bijak dan baik hati

~nananye.
suhaila said :
August 22, 2009 at 1:07 PM
Salam..

Happy belated birthday Huzai..sorry Along terlewat ucap. Moga dirahmati Allah hidupmu.. :)
Anonymous said :
August 22, 2009 at 3:59 PM
semoga panjang umur dan cepat berumahtangga. saya sentiasa memerhatikan kamu
famia said :
August 22, 2009 at 7:03 PM
nananya: terima kasih.

suhaila: waalaikumsalam along. takpe2. tak penting pun. hehe.semoga Allah berkati along sekeluarga.

anon: terima kasih. sentiasa perhatikan? hehe. bukankah itu kerja Tuhan. apa-apa pun terima kasih diucapkan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.