Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, August 26, 2009


_Manusia dan sifat ingin tahunya ibarat simbiosis.

Saling memerlukan.

Segala perkara pun mahu diambil tahu. Segala sebab dan musababnya juga mahu diambil tahu. Namun, ada yang patut diketahui dan ada pula yang tidak berapa patut untuk diketahui. Sesungguhnya, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

Antara yang patut diambil tahu.

Bulan-bulan Islam.

Tahukah kamu makna di sebaliknya? Mahu lebih hebat lagi, tahukah kamu nama-nama bulan Islam? Dan yang terpaling hebatnya lagi, tahukah kamu nama-nama bulan Islam mengikut susunannya?

Mungkin iya.
Mungkin tidak.

Sepanjang kita hidup ini, tidak pernah kita ketahui makna di sebalik bulan-bulan Islam itu. Yang kita tahu, lirik lagu. Tajuk lagu. Nama artis. Gosip artis. Dan sebagainya. Heh, apa punya perangailah. Yang mengundang lagha semua mahu diambil tahu. Yang wajib tahu dan patut tahu semua dibuatnya tidak tahu.

Astaghfirullahalazim.

Tak patut betul.

Hah.

Tentang makna bulan-bulan Islam ini, ada kita terjumpa artikelnya. Ihsan dari blog ini. Terima kasih diucapkan. Dapat lagi kita sebiji ilmu baru.

Ini.
Kita kongsi dengan kamu.

Muharram
Bulan pertama iaitu Muharram (diharamkan). Dinamakan demikian kerana pada bulan itu diharamkan untuk berperang atau menumpahkan darah. Ketika Islam datang, larangan perang pada bulan itu dicabut seperti di dalam firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah ayat 191.

Safar
Bulan kedua dinamai Safar (kosong atau kuning). Dinamakan demikian kerana pada bulan kedua ini dahulu semua laki-laki bangsa Arab meninggalkan rumah. Ada yang pergi berperang, berniaga, atau mengembara sehingga rumah-rumah kosong ditinggal kaum laki-laki.

Rabiul Awal
Bulan ketiga dinamai Rabiul Awal (Rabi'al-awal = pertama menetap). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini semua laki-laki yang tadinya meninggalkan rumah sudah kembali berada di rumahnya masing-masing.

Rabiul Akhir
Bulan keempat dinamakan Rabiul Akhir (Rabi'as-sani = menetap yang kedua atau penghabisan). Dinamakan demikian kerana semua laki-laki yang meninggalkan rumah telah kembali menetap di rumah masing-masing untuk terakhir kalinya.

Jamaddil Awal
Bulan kelima dinamakan Jamaddil Awal (Jumada al-Ula = kekeringan pertama). Dinamakan demikian kerana bulan ini dahulu orang Arab mengalami kekeringan.

Jamaddil Akhir
Bulan keenam dinamakan Jamaddil Akhir (Jumada al-Saniah = kekeringan kedua atau penghabisan).

Rejab
Bulan ketujuh dinamakan Rejab (Mulia). Orang Arab dahulu memuliakan bulan ini dengan cara menyembelih anak unta yang pertama dari induknya. Korban ini disebut Fara'a dan dilakukan pada tanggal 1 Rajab. Pada tanggal 10 Rajab disembelih lagi anak unta, tetapi tidak mesti anak unta yang pertama. Penyembelihan korban ini disebut 'Atirah. Kebiasaan ini kemudian dihapus oleh ajaran Islam.

Sya'ban
Bulan kedelapan dinamakan Syakban (Sya'ban = berserak-serak). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini masyarakat Arab dahulu bertebaran pergi ke lembah-lembah dan oasis-oasis mencari air. Pada waktu itu terjadi musim kering sehingga mereka dilanda kesulitan air.

Ramadhan
Bulan kesembilan dinamakan Ramadhan (Ramadhan = panas terik atau terbakar). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu cuacanya sangat panas. Jika orang berjalan tanpa alas kaki, telapak terasa terbakar. Pada zaman Islam, erti kata terbakar itu dimaksudkan sebagai pembakaran dosa bagi orang yang melakukan puasa di bulan Ramadhan.

Syawal
Bulan kesepuluh dinamakan Syawal (Syawal = naik). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini, dahulu orang Arab mempunyai kebiasaan naik unta. Pinggul unta dipukul sehingga ekor unta menjadi naik. Pada masa Islam, Syawal diertikan sebagai naik atau peningkatan amal kebajikan setelah sebelumnya dilatih selama sebulan dengan berpuasa Ramadhan.

Zulkaedah
Bulan kesebelas dinamakan Zulkaedah (Zu al-Qa'idah = yang empunya duduk). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu orang Arab mempunyai kebiasaan duduk-duduk di rumah, tidak berpergian atau mengadakan perjalanan.

Zulhijjah
Bulan keduabelas dinamakan Zulhijjah (Zu al-Hijjah = yang empunya haji). Ibadah haji sebenarnya sudah dilaksanakan sejak Nabi Adam AS dan semua nabi-nabi sebelum Rasulullah SAW walaupun tata cara ibadah haji mereka tidak diketahui secara pasti. Bahkan orang Arab Jahilliyah juga melaksanakan ibadah haji dengan tata cara yang tertentu saja berbeza dengan praktik ibadah haji dalam Islam.

Hah.

Sangat cool kan.

Kalau tidak silap, kumpulan Alarm Me pun ada menasyidkan bulan-bulan Islam secara susunan. Dari lagu itulah kita dapat menghafal nama-nama bulan Islam mengikut susunan dengan mudah. Memang senang gila. Nak buat macamana. Hafal kering-kering begitu saja pun tidak jalan. Terpaksalah kita melagukannya. Baru senang sikit masuk ke dalam kepala.

Tapi.

Sangat cool kan_

Kategori:

14 Responses to "Di Sebalik Nama Bulan-Bulan Islam"

siPenGarut.. said :
August 26, 2009 at 3:25 PM
1st...
.........................
moral: nk letak nme anak yg mne yek???
.............................
famia said :
August 26, 2009 at 3:37 PM
ace: hehe. letaklah nama yang molek wahai manusia. (err, kalau boleh sila tolong eja betul2 ya. bahasa sms ini menyilaukan mata sikit dan susah nak faham)
siPenGarut.. said :
August 26, 2009 at 5:09 PM
name anak: "molek"...comel gak tu..
maaf cik.famia...akan saya tulis dengan lebih baek lepas nie...nie kes dh terikut sangat bahasa2 sms la nie...
....................................
moral: kena belajar balik cara mengeja..err..ade kelas mengeja yang
.....................................
famia said :
August 26, 2009 at 5:32 PM
ace: hehe. bukan macam itu. ruangan komen ini bukannya ada terhad hurufnya. kalau nak tulis entry dekat komen ini pun boleh. maka, tak perlulah pakai bahasa sms. kadang2 tak faham woh. dan kadang2 baca pun macam bahasa orang utan. maaf bunyi kasar. tapi kalau tak percaya cuba baca tulisan sms yang lagi gila pendek dikeratnya. sungguh tak faham. isk..
yoro okino said :
August 26, 2009 at 6:20 PM
aku klu nak ingat bulan2 islam pon nynyi dulu
hehehehe..
paiseh said :
August 26, 2009 at 9:48 PM
abih tu yg kite duk ikut2 nama bulan masehi ni kenapa ye..?? kn ke nama2 bulan masehi tu merujuk kpd tuhan2 greek..??

*gua agak serius kali ni~
famia said :
August 26, 2009 at 10:17 PM
yoro: hehe.

pai: hmm... itu mungkin lu kena salurkan pertanyaan kepada orang atasan barangkali. policy and procedures negara Malaysia ini siapa yang pegang? hehe. mungkin kalau dah pakai bulan-bulan Islam secara rasmi, segala hukum hakam Islam yang lain pun patut diamalkan bukan. Pentadbiran pun mungkin secara Islam. Barulah unsur-unsur politik negara tidak berbau hanyir semata. Melainkan jika negara Malaysia tidak berminat dengan hukum hakam dan ketetapan Islam. Hah.. lu fikirlah secara serius. lu bukan kanak-kanak mumayyiz lagi. hehe.
M-I-N said :
August 27, 2009 at 9:21 AM
owh,begitu ceritanya.terima kasih.
Dani neh said :
August 27, 2009 at 1:54 PM
COOOOOOOOOL!!!


~fakta baru tahu neih
p/s: aku, boy, atie lahir bulan jamadil awal
famia said :
August 27, 2009 at 5:14 PM
min: hait.

dani: heheh. kan. aku pun baru tahu. aku lahir 20 Syawal. hehe.
Lt Col Dop Mustang said :
August 27, 2009 at 11:34 PM
aku cuma nk sentuh berkenaan dgn penggunaan tahun matahari (masihi .. Isa al-Masih .. ;) ) dlm kalendar rasmi seharian.

i) jika anda buat global trade, atau berurusan dgn urusan sekeliling dunia, anda akan menghadapi kesukaran utk menukarkan hari dan waktu dgn tmpt lain yg menggunakan tahun matahari. malahan berurusan dgn amerika yang beza 13 jam pun kadangkala sudah memeningkan :)

ii) ketidakseragaman bulan2 islam mengikut tempat. 1 ramadhan mesir dan 1 ramadhan malaysia barangkali tidak sama. kerana mesir nampak anak bulan, jadi mereka berpuasa manakala di malaysia, kerana tidak nampak anak bulan, maka org malaysia tidak berpuasa (dan juga raya)

utk itu, keseragaman tahun hijrah di peringkat global harus dan wajar dilaksanakan.

though i love to see this in practice, but in reality the discussion has to be in global level.

umat islam punya la berselerak di seluruh dunia. kalau seragamkan satu sistem. satu matawang (berasaskan emas). satu kalendar. trade satu sama sendiri. boleh jadi kuasa ekonomi yang sangat besar, lebih besar dari amerika syarikat. bila kita jadi kuasa lebih besar dari kesatuan amerika syarikat dan kesatuan eropah, kita boleh buat orang ikut kita, ikut sistem kita, dari kita yang kena ikut sistem mereka.

tapi?

______ (sila isi tempat kosong dgn berapa byk perkataan yg mungkin ..)
famia said :
August 28, 2009 at 12:04 PM
dope: terima kasih banyak gila dope. kau memang Wikipedia bergerak aku. hehe. sangat sangat sangat bagus kau ada. hahah. dapat lagi aku info baru hari ini. semoga diberkati Allah selalu. kirim salam ehem ok. (alahai, apa nama beliau. aku lupa. isk.. ampunkan kawan kau ni dope)
mugiwara said :
August 28, 2009 at 12:34 PM
boleh tambah info lagi.
cuba baca articles tentang islamic months
di sini
http://www.minsid.com/Articles.html
famia said :
August 28, 2009 at 3:39 PM
mugi: wah, terima kasih. bagus. banyak space lagi ini dalam kepala.

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.