Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, August 20, 2009


_Ramadhan.

Tinggal sehari saja.

Yang pastinya, lebihan hari dalam Syaaban ini pasti terisi dengan makanan. Dan makanan. Dan makanan. Dan juga makanan. Dan macam-macam jenis makanan. Di saat tinggal dua ke tiga hari saja inilah sebahagian muslimin dan muslimat akan bertukar menjadi unta.

Ya.

Untalah, unta.

Sambil menggerakkan kepala ke depan dan ke belakang berulang-ulang kali. Sambil mengeluarkan bunyi, "Hee hookk. Hee hookk." Eh, silap. Itu keldai. Eh, entahlah bagaimana bunyi si unta ini. Di dalam Zoo Negara tidak pula si unta ini berbunyi-bunyi.

Panas ia diam.
Lapar pun ia diam.
Kenyang pun ia diam.
Mahu tidur pun ia diam.

Contohilah unta.

Langsung tidak merungut.
Bersyukur saja dengan nikmat yang ada.

Sesungguhnya, unta itu pun pandai berzikir. Tengah-tengah panas buta itu, dalam hati sibuk mengalunkan zikir. Tengah-tengah padang pasir itu sambil merentasi ribut pasir, dalam hati pun masih sibuk berzikir. Sungguhpun haiwan bukanlah sebaik-baik kejadian seperti manusia, tetapi ia tetap berzikir kepada Pencipta.

Sambil terhangguk-hangguk kepala ke depan ke belakang bersama bonggolnya yang tinggi gila, sambil itu juga mulutnya terkumat-kamit menyebut, "La ilahaillaAllah. La ilahaillaAllah. La ilahaillaAllah." Paling tidak pun, "Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah." Kemudian, ekornya dilibas ke kiri dan ke kanan. Tanda habis satu pusingan berzikir. Dan sambung lagi berzikir sampai jumpa makanan.

Cool betul.

Hah, lagi satu.

Bukankah unta berkebolehan menyimpan air di bonggolnya dalam tempoh masa yang lama. Barangkali itu sebabnya sebahagian dari kita semua ini mula bertukar menjadi unta. Di kala Ramadhan mula menampakkan batang hidungnya.

Bermakna.

Sebelum bermulanya puasa, perut perlu diisi sebanyak mungkin.

Tanpa makanan manusia pasti mati kebuluran.

Ya, perlu makan.
Perlu makan.
Makan.

Kita pun salah seorang yang jadi macam unta itu. Apa nak jadi ini.

-_-"

Dilarang tiru.
Allah murka nanti.

Yalah. Kena cuba buang ini perangai tak semenggah lagi tak senonoh itu. Waktu macam inilah digoda coklat, Choki-Choki, ABC dan Slurpee 7-11 bagai. Konon-konon nanti masa bulan puasa takut kecur air liur. Itu pasal kena makan semua jenis benda yang diidamkan. Dikhuatiri kempunan.

-_-"

Astaghfirullahalazim.

"Tinggalkan sekarang juga tabiat itu wahai Huzaimatus. Kalau tidak nanti...."

"Baik!"

Makanya, cubalah untuk menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermulanya dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Cubalah tahan.
Cubalah.
Cuba.

Kalau tak dapat tahan, ikatlah perut dengan batu.

Dulu kan.

Masa kita kecil-kecil. Sewaktu umur tujuh tahun. Sewaktu baru mengenali alam persekolahan, emak suruh kita puasa bila masuknya Ramadhan. Kita hairanlah juga kan. Apa sebablah emakku ini membiarkan anaknya kelaparan. Tidakkah berasa kasihan.

Emak kata, "Cuba puasa dulu setengah hari."

Maka, kita pun cubalah juga dalam degil-degilnya kepala. Balik saja dari sekolah, macam mayat kita terjelepok jatuh ke lantai. Hilang terus seluruh tenaga badan. Perut berbunyi-bunyi memaksa diisi makanan. Mata pun tak mampu dibuka. Penat sangat gayanya. Maklumlah, hari pertama berpuasa.

Bila dah besar sedikit.

Sewaktu umur kita sembilan tahun. Emak suruh kita puasa lagi bila masuknya Ramadhan. Kita sudah tidak hairan. Emak bukan mahu biarkan kita kelaparan. Itu tandanya kasihan. Mahu mengajar anak mematuhi Allah punya suruhan.

Emak kata, "Cuba puasa penuh kali ini."

Maka, dalam degil-degilnya kita pun dibuatnya juga puasa penuh. Cumanya, ada satu ketika itu kita sudah tidak tahan lapar. Maka, kita ke dapur secara sembunyi. Lalu, mengambil tin biskut dan dibawa ke bilik secara senyap-senyap.

Sangka kita, emak tidak nampak. Memanglah emak takkan nampak. Cumanya, yang kita tidak tahu, Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi. Sejak itu, kita cuba juga untuk menahan perut setiap kali Ramadhan.

Sesungguhnya.

Bulan Ramadhan ini memang bulan paling mulia. Bulan di mana kita semua bertukar seperti transformers lalu membentuk pejuang tegar hawa nafsu dunia.

Makanya.

Berusahalah untuk cuba menahan nafsu.

Selamat bertempur_

Kategori:

8 Responses to "Cubalah Untuk Cuba"

vkool said :
August 20, 2009 at 10:41 AM
selamat berpuasa ...
August 20, 2009 at 11:05 AM
Selamat berpuasa jugak
Anonymous said :
August 20, 2009 at 11:12 AM
Bunyi unta mcm nih la famia "yehaa..yehaaa" :p
"Selamat Menyambut Ramadhan"

The Anon
siPenGarut.. said :
August 20, 2009 at 11:15 AM
waHAi askar berSedia menGankat "senjata" anda walaupon musuh telah digari dan diRantai...musuh dlam selimut seperti choki2.ABC.slurpee7/11..dn laen akan menyerang...sila kembali ke pusat kawalan berhampiran anda...tuk mendapatkan bekalan bubur lambok tuk iftar..hehehehe
............................................
moral: masjid kg.baru, masjid jamek, dan kebanyakan masjid2 akan dipenuhi org ramai, bukan tuk solat atau majlis bace yasin...tp tuk mendapatkan bubur lambok yG free..
............................................
famia said :
August 20, 2009 at 12:03 PM
vkool: sama dengan. hehe.

intoxicated: eh, awak ini dari blog Dani kan. ehehe. Terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni. selamat berpuasa jugak.

anon: yalah tu. hehe. selamat berpuasa juga.

sipengarut: heheheh. itulahnya. tapi saya kurang layan bubur lambuk. tapi bubur lambuk kampung baru itu memang kencang dia punya rasa. cuma, saya kurang suka. hehe. bestlah bubur asyura kot.
dboy said :
August 20, 2009 at 1:56 PM
nice..
M-I-N said :
August 20, 2009 at 10:37 PM
+ baik!
++ selamat berpuasa
+++ selamat hari kelahiran.
famia said :
August 21, 2009 at 5:10 AM
dboy: eh, taklah.

min: hehe. sama dengan. selamat berpuasa juga. terima kasih.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.