Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, August 20, 2009


_Kadangkala, melancong bersama pemandu pelancong memang mengujakan.

Terasa seperti Mat Saleh.

Sewaktu ke Kuching beberapa hari lepas, pemandu pelancong kami ini adalah seorang Iban. Memang tulin punya Iban. Sohbeng Hassim namanya. Sejak kita di sana sehinggalah mahu pulang ke Kuala Lumpur, keIslamannya ada sedikit menggusarkan. Isk, tak baik betul berburuk sangka.

Cumanya.

Bertangkal taring beruang dan tengkorak. Mengamalkan tarian ala-ala ngajat sambil mendapatkan Wiski. Bertatoo yang ditebuk ke dalam kulit. Rumah panjangnya yang digantung tengkorak-tengkorak bagi memuja semangat roh makhluk halus untuk menjaga keselamatan mereka. Teramatlah memusykilkan kita.

Tetapi.

Masih percaya dengan kewujudan Allah. Masih menyebut Ya Robbi setiap masa. Masih sentiasa memuji Allah di kala melihat segala ciptaanNya. Masih membaca bismillah sebelum makan. Seorang yang sangat tenang. Tutur katanya pun lembut dan rendah. Langsung tidak meninggikan suara. Sangat cintakan alam. Sebab dia memang seorang pemburu yang tegar.

Cumanya itulah.

Ada sedikit musykil.
Kita pula yang terasa gusar.
Isk, tak baiknya berburuk sangka.

Dah... dah.

Minta maaf sangat-sangat pakcik Beng.

Sesungguhnya, siapalah kita mahu menafsir dan menghakimi tahap keIslamannya seseorang. Kita pun sama saja dua kali lebih hina dari dia. Apa yang penting hati dan iman. Bukannya luaran. Kerana sesungguhnya, boleh jadi orang yang kita hina dan pandang rendah itu lebih mulia berbanding kita.

Ada seseorang pernah berpesan lebih kurang begini,

Boleh jadi orang alim itu mati di dalam tandas. Boleh jadi penagih dadah itu mati di atas katil. Dan boleh jadi orang berpangkat itu mati di tepi jalan.

Maknanya.

Hanya Allah saja yang boleh menilai manusia. Kerana, boleh jadi jika seumur hidupnya diabadikan diri kepada Allah, tetapi di hujung hayatnya membuat dosa atau mati dalam keadaan yang tidak beriman. Atau tidak sempat mengucapkan dua kalimah syahadah mungkin. Oleh sebab itulah, dilarang sangat-sangat menghina manusia lain. Sesungguhnya kita semua ini pun masih lagi dalam keadaan hina. Tiada satu pun amalan kita yang boleh dibangga-banggakan.

Ingatlah wahai Huzaimatus.
Sesungguhnya Allah mampu membolak-balikkan hati manusia.

Lagi sekali, astaghfirullahalazim.
Minta maaf pakcik Beng.

Hari itu.

Pakcik Beng mengajar kami. Tentang bahasa Indonesia. Maaflah teman-teman di Indonesia sekiranya ceritaku ini berbunyi kasar. Cumanya, kita teringin mahu berkongsi. Kerana tersangat pelik dan agak boleh tahan menggelikan hati.

Sesungguhnya.

Bahasa memang melambangkan jiwa dan bangsa.

"Kalau tentera darat, kamu tahu Indonesia panggil apa?"
"Apa?"
"Tentera pijak bumi."
"Haha. Peliknya. Tapi betul. Memang berpijak bumi yang nyata."
"Lagi satu. Kita panggil tentera udara. Indonesia sebut apa?"
"Apa?"
"Tentera terawang-awang."
"Hah? Hahahaha. Peliknya."
"Ok. Kalau tentera laut pula?"
"Apa?"
"Tentera basah kuyup."
"Hahahahahahah. Alahai, sangat peliknya."
"Ok. Kalau di hospital, kita panggil wad bersalin. Mereka panggil apa?"
"Apa?"
"Wad korban suami."
"Hah!"

-_-"

Mengapakah suami pula yang harus dikorbankan.

Kedengaran sangat asing bukan perkataan yang dipakainya. Tetapi, maksudnya tetap sama. Mungkin bagi kita yang di Malaysia ini saja yang terdengar sedikit aneh. Dan, err.... funny.

Makanya.

Wahai mereka yang berada di Indonesia,
kita ingin bertanya.

Ada benarkah segala perkataan itu_

Kategori:

7 Responses to "Bahasa Kita Bahasa Mereka"

mugiwara said :
August 20, 2009 at 12:42 PM
masa pergi sabah awal bulan hari tu, pemandu kami kata, tentera mereka panggil katak hijau. sungguh!
LediAgli said :
August 20, 2009 at 8:20 PM
anda kena tipu.. mana ada depa cakap cam tu.. isk isk
mirashi said :
August 21, 2009 at 12:41 AM
comel la tentera terawang-awang;)
wad korban suami lagi 'cool'
knp ajar bhasa indon?
abang beng tu patutnya ajar bahasa iban bukan?
famia said :
August 21, 2009 at 5:10 AM
mugi: ya? heheh. luar biasa sungguh.

ledi: hahah. ya ke? munkin banyak term kot.

mirashi: hehehe. dia ada ajar. di hujung trip baru dia sampaikan pula bahasa Indonesia.
August 28, 2009 at 10:38 AM
nice blog and entri
lawak lak part bahasa indonesia tu. hehe
al-lavendari said :
October 2, 2009 at 11:40 AM
mana ada perkataan/istilah itu di Indonesia. saya setuju dgn LediAgli.
famia said :
October 2, 2009 at 2:16 PM
ashikin: terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni.

lavendari: haha. ya? maknanya kami ditipu ini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.