Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, August 09, 2009


__Kadangkala, sakit itu kifarah(denda) dosa.

Kadangkala, sakit itu ujian cuma.

Dan kita pun tidak terkecuali ditimpa sakit.

Sabtu malam lepas.

Selepas pulang dari Maskara. Kita tengok adik gadis terdampar di katil tingkat bawah. Kita pun datang dekat dan pegang dahinya. Panas terasa. Panadol dan air dihulurkan. Kita kucup dahinya. Dan baring di sebelah sambil memeluk tengkuknya. Bersama-sama bergulung kesejukan di atas katil single itu. Bersempit-sempit kami di situ.

Pagi Ahadnya.

Kita terjaga di kala Subuh. Tekak terasa perit. Yang teramat. Selesai menghadap Tuhan, kita pun keluar berjoging. Dengan perut yang teramat kosong. Malam semalamnya tidak makan. Tekak terasa sebu. Paginya sebelum keluar berjoging juga tidak makan. Hasilnya, bagai mahu tercabut badan semasa berjoging. Sekejap-sekejap kita berhenti berlari. Dada terasa berdenyut-denyut sesak. Bagai diketuk-ketuk. Perut merungut-rungut dipenuhi angin.

Sampai di rumah.

Kita sudah lemah longlai. Tapi muka tetap digagahkan. Malamnya, bermulalah episod pertarungan nyawa. Di pembaringan, ke kiri terasa tidak lena. Ke kanan juga terasa tidak lena. Duduk pun salah. Baring pun salah. Kaki dan tangan terasa sejuk yang amat. Kepala pula bukan main hebat ia berdenyut. Sakit yang menggigit. Badan pula terasa sengal-sengal sakit. Cuma jari-jari saja berjalan berselawat mengurangkan perit.

Sesungguhnya,
jika ini kifarah untukku,
aku redha dengan ketentuanMu.

Semoga ini bukan petanda demam virus selsema khinzir.

Adik gadis bercuti seminggu. Salah seorang pelajar di dalam dewan kuliah mereka disyaki terkena virus H1N1. Makanya, seluruh pelajar di dalam dewan kuliah itu dikehendaki pulang selama seminggu. Alhamdulillah, disebabkan adik gadis kita pelajar kejururawatan maka telah disuntiknya vaksin H1N1 awal-awal dahulu.

Cumanya.

Kita pula diserang demam sebaik saja baring di sebelahnya.

Demam.
Sakit badan.
Sakit kepala.

Alhamdulillah.

Demam sudah kebah dalam satu malam. Cuma sakit badan dan pening-pening lalat di kepala belum mahu pergi tinggalkan kita. Tekak pula tetap dengan rasa loyanya. Ya, kita belum jumpa doktor. Cukuplah Panadol bersama kita. Semoga dapat menampung daya tahan badan ke Kuching bermula Rabu ini sehingga Sabtu ini.

Ramadhan semakin hampir.
Hai, rindu sungguh dengan Ramadhan.

Ini untuk kamu semua, penyejuk jiwa.

Terjemahan Ya Rabbi Bil Mustaffa.

Ya Allah Ya Tuhan
Doaku panjatkan
Limpahkan hidayahMu
Ya wasi'al karami

Dengan mengingatiMu
Kan tenang di hatiku
Rahmatilah hidupku
Ya wasi'al karami

Tiada amal ibadah
Yang dapat kubanggakan
Mohon belas kasihan
Ya wasi'al karami


Sesungguhnya.

Mohon belas kasihan, Ya Allah.
Mohon belas kasihan, Ya Allah.
Mohon belas kasihan, Ya Allah.

Kumohon.
Belas kasihanMu, Ya Allah.
Mewakili seluruh umat Islam di dunia ini.

Sesungguhnya.

Kami yang hina ini cuma mengingatiMu di kala ditimpa kesusahan saja. Mohon belas kasihanMu Ya Allah. Ya Rabbi Bil Mustaffa.

Mari amin ramai-ramai_

Kategori:

19 Responses to "Apabila Sakit Baru Teringat Pencipta, Itulah Manusia"

Anonymous said :
August 10, 2009 at 5:17 PM
Moga cepat sembuh ya Famia..Amin

The Anon
BasicCX said :
August 10, 2009 at 5:36 PM
Salam,

Sakit tanda Allah sayang, cinta, rindu pada hambaNya. Sungguh bertuah.. cemburu saya. Sebelum saudari meminta Dia sudah memberikannya.. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Semoga Allah mengampuni semua dosa kita. ^_^
famia said :
August 10, 2009 at 5:36 PM
anon: terima kasih wahai Anon.
famia said :
August 10, 2009 at 5:39 PM
basic: waalaikumsalam warahamtullahiwabarakatuh. begitukah? bagusnya kalau memang macam itu. banyak dosa ini. isk.. mana mungkin Dia kasih hambaNya yang seorang ini.
BasicCX said :
August 10, 2009 at 5:48 PM
Ya, benar. Allah memilih hambaNya untuk menjadi hamba pilihanNya, jika tidak kerana sakit pasti insan yang sering leka ini tidak dianugerahkan rasa cinta, rindu dan sayang kepadaNya untuk sering mengingati dan menyebut-yebut namaNya pada setiap saat.. sungguh bertuah..

Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi S.A.W. bersabda: "Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi." (HR. Muslim)
M-I-N said :
August 10, 2009 at 6:00 PM
terima kasih atas peringatan.semoga cepat sembuh.
siPenGarut.. said :
August 10, 2009 at 6:07 PM
beringatlah 5 pekara sebelum 5 pekara..
rase-nye cik.famia lbh mengetahui 5 perkara itu...
....................
moral: tiada satu penyakit pun yg tidak mempunyai penawar kecuali sakit tua dan sakit mati...
.....................
Bintang said :
August 10, 2009 at 6:08 PM
Assalamu'alaikum Ya sa'adiyah.....'manusia punya mahu, tapi Tuhan yg menentukan' sudah sering kita mendengar....Tapi bagaimana kalau 'Tuhan Punya mahu,tapi manusia yang menentukan'...ASTAGHFIRULLAH...'''banyaklah sudah terjadi sekarang'''' Ya Ghafur Ya Lathif Ya Muntaha...Bintang
August 10, 2009 at 7:45 PM
akak famia,

jaga diri baik2 yek. Semoga cepat sehat seperti biasa..

amin.

=)
ladymiaka86 said :
August 10, 2009 at 10:38 PM
kak huxai.. semoga cpt sembuh.. take care..
rajin2 mkn ubat.. kalau teruk kena pi jumpa doc yer..
sue pun baru baik demam..

p/s: windu kat akak!
famia said :
August 10, 2009 at 10:52 PM
basicx: syukran wahai saudaraku atas tarbiah Pencipta itu. sejuk hati mendengarnya.

min: ye baik.

sipengarut: terima kasih mengingatkan.

bintang: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh wahai Bintang. Hmm.. begitulah.

akmar: ye cik akmar. baik doktor!

sue: hai semoga awak sihat selalu hendaknya eh. lamalah tak jumpa. jaga diri. mekap peribadi.
August 10, 2009 at 11:23 PM
This comment has been removed by the author.
nurjihad said :
August 10, 2009 at 11:26 PM
semoga cepat sembuh..
terhapus suda dosa2 kecil..
ehehe:P
..kita lupa nama publisher buku tu..tapi benar B.Mel UPSR..ehehe
famia said :
August 10, 2009 at 11:39 PM
azhar: ya sama dengan. selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak.

nurjihad: hehehe. sengal. ya baiklah. sakit kebahlah wahai sakit.
August 10, 2009 at 11:41 PM
rasa tak terlalu awal ucap selamat menyambut ramadan
famia said :
August 10, 2009 at 11:53 PM
azhar othman: hehe. ya. sama dengan wahai saudara azhar. selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak.
jeehanx said :
August 11, 2009 at 9:39 AM
amin...

jai n iji,
moga cpt sembuh..bykkan minum air byk2 k..
TMUkmkd said :
August 16, 2009 at 7:08 PM
menarik sekali penulisan anda. mempunyai nilai tersendiri. diselitkan dengan madeh yang begitu tinggi dan mendalam maksudnya.

أَلاَ يَا الله بِنَظْرَة مِنَ الْعَيْنِ الرَّحِيْمـَة
Ya Allah ! limpahkanlah kurnia rahmat-Mu
تُدَاوِي كُلَّ مَا بِي مِنْ أَمْرَاضٍ سَقِيْمَة
Yang dapat menyembuhkan semua penyakit-penyakit yang ada padaku

semoga ramadhan kali ini membawa sejuta pengertian dan kenangan kepada kita semua.
famia said :
August 17, 2009 at 4:35 AM
jian: ya. dah baik dah ni. hehe.

TMUkmkd: terima kasih, tapi.. segala puji hanya untuk Allah. selamat berpuasa.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.