Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, August 18, 2009


_Tahukah anda, Al-Quran dan perut juga ada hubungkaitnya.

Perkara ringkas tentang perut.

Rasulullah SAW pernah bersabda, perut adalah tempat berkumpulnya penyakit. Maknanya, segala jenis spesis penyakit memang duduk tersembunyi dalam perut. Duduknya penyakit itu pula terpulang kepada penyakit itu sendiri. Samada tinggal secara tetap atau tinggal secara sementara saja. Ini termasuklah juga penyakit malas. Dan juga penyakit berat tulang. Dan turut serta juga penyakit degil bersolat. Semuanya ada kaitan dengan perut.

Hah, patutlah.
Patutlah.

Tapi.

Semakin besar diameter perut itu, tidaklah bermakna semakin banyak dan besar penyakitnya.

Jadi, kepada mereka yang berdiameter besar perutnya usahlah gusar. Sesungguhnya, kita rasa saiz diameter perut tidak berkadaran terus dengan besar serta banyaknya bilangan penyakit yang ada. Tetapi, orang yang berdiameter besar perutnya, boleh jadi juga menyimpan lebih banyak penyakit berbanding orang yang berdiameter kecil perutnya.

Maka, berhati-hati.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, ada sedikit yang mahu kita kongsikan dengan kamu. Tentang Al-Quran, penyakit dan perut manusia.

Dipetik daripada buku Konsep Perubatan Islam oleh Dato' Dr. Haron Din.

Menurut Muhammad Mahmud (1992:28-29), Al-Quran, sama ada keseluruhannya ataupun sebahagian daripada ayatnya adalah setinggi-tinggi penawar dan ubat paling utama. Setiap huruf yang terkandung padanya merupakan penawar penyakit jiwa, melahirkan ketenangan, penawar sakit dalaman dan luaran dengan syarat adanya iman terhadap Allah, Pencipta segala yang wujud, yang menurunkan Al-Quran. Allah memberitahu bahawa Al-Quran itu diturunkan sebagai peringatan kepada manusia dan penawar bagi hati orang yang beriman (at-Taubah:30).

Setiap penyakit ada ubatnya.

Sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran (Riwayat at-Tarmizi)


Allah SWT yang menjadikan penyakit, Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap sesuatu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia llahi yang tidak difahami oleh manusia. Allah s.w.t. memerintahkan pesuruhnya, iaitu Muhammad SAW agar memberitahu mereka yang bertanyakan tentang roh, bahawa roh itu adalah urusan Ilahi (Isra':85).

Setiap sesuatu yang berlaku, termasuk penyakit dan masalah manusia mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, Al-Khaliq, yang berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata: Jadilah, maka jadilah (Yasin: 82).

Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan.

Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah SWT melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya (al-Baqarah:195), tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan sebagainya. Allah SWT menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141).

Allah larang.

Ingat.

Allah larang.

Maka, janganlah melantak sampai tak ingat dunia. Bersopanlah sedikit bila nampak makanan ya.

Menurut Shamsuddin Muhammad (t.t.:13), keperluan pada makanan itu ada tiga tahap, iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan.

Ingat, eh.

Keperluan.
Mencukupi.
Dan berlebihan.

Dan ulang sampai kenyang.

Rasulullah SAW memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas.

Secara Matematiknya,

1/3 untuk makan
1/3 untuk minum
1/3 untuk bernafas

Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit. Perut apabila penuh dengan makanan, ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu pula berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit. Ini akan menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat.

Dan.

Akan berlakunya juga kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.

Hah.

Makanya.

Bersempena bulan puasa yang bakal tiba ini, silalah jaga perut itu sebaik-baiknya. Kalau tak ada perut, dekat mana lagi penyakit nak berkumpul secara berjemaah. Takkan dekat otak pula kan. Huish, ganas gila. Makanya, jagalah perut itu dengan sebaiknya.

Eleh, cakap orang.
Dia punya perut itu setiap minggu gastrik.

-_-"

Yalah.
Tak sedar diri betul Huzai ini.

Ok. Ok.

Mari lancarkan kempen menjaga perut.

Menjaga perut dengan membaca Al-Quran, segala jenis penyakit (melainkan maut) pun boleh lari. Dengan izinNya. Kalau Dia tak izinkan, bacalah sampai lapan juta kali seumur hidup pun belum tentu pulih sediakala. Tapi tak apa. Tak rugi pun. Itu tandanya, Allah cinta dan kasih sama itu manusia.

Makanya.
Rajin-rajinlah baca Al-Quran.

Hah, rajin sikit baca Al-Quran itu woi Huzai. Asyik baca komik je. Apa nak jadi ini. Blablabalbalbla... prong prang prong prang. Lepas itu, merungut sana merungut sini. Mengeluh sana mengeluh sini. Merintih kenapa diuji sebegini, sebegana, sebegunu. Prong prang... prong prang.

Dah, dah.
Jangan bebel lagi.
Faham dah ini, isk.

Hah. Baca Al-Quran memang bagus. Tak perlu pun kos perubatan yang beratus-ratus bagai. Percuma je weh! Nak cukupkan satu pertiga perut untuk makanan pun senang. Telan saja berbiji-biji buah kurma. Setiap kali waktu berbuka mahupun waktu bersahur. Dah habis puasa pun boleh telan kurma lagi.

Alamak!

Tak beli kurma lagi_

Kategori:

12 Responses to "Apa Sebab Kena Baca Al-Quran"

M-I-N said :
August 18, 2009 at 5:26 PM
ya!kena beli kurma.kurma yusuf tayyub!
mugiwara said :
August 18, 2009 at 5:54 PM
yalah!

baca sampai lupa nak beli kurma!

[masih ingat nak isi perut. bukan nak baca Quran. haih~]
famia said :
August 18, 2009 at 6:31 PM
min: hahaha. hari itu, baru terdengar iklan dia dekat radio. lepas itu, tengok dekat Giant macam mahal je harga si kurma bernama Yusuf Tayyub itu.

mugi: -_-" samalah. iskk.. mari baca Al-Quran sehelai sehari. lama-lama habis je.
siPenGarut.. said :
August 18, 2009 at 11:58 PM
byk kelebihan mukjizat rasulluah nie ye..
lme dh xmembace...asik ingt nk mencekik jer...
dh nk dekat pose dh...
tp asik ingt nnt bln pose
nk nk nk...bkk pose..
nk sumbat per dlm perot nie..
nk memcekik per...
nk telan per...
smpi dh bt jdual bkk pose harian..^_^!!
......................
moral: jGn luPe pose tuk menahan diri dr lapor dan dahaga serta perkara yg leh mmbtlkan pose..bkn pose tu tuk mencekik mse berbuka..
.....................
paiseh said :
August 19, 2009 at 1:49 AM
gua syak lu dah boleh ganti ustazah cakar2 dalam tiwi tu la.. mekasih!
famia said :
August 19, 2009 at 1:16 PM
sipengarut: kan. selamat berpuasa juga.

pai: -_-" lu ni isk. gua menyampaikan pun dah dituduh ustazah. biar betik lu ni.
August 19, 2009 at 4:16 PM
demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali ......
August 20, 2009 at 8:50 AM
mari kita saling mengiingatkan..hmm terima kasih atas ingatan..tanfaul mukminin nih
Anonymous said :
August 21, 2009 at 12:46 AM
wahai adik, sila betulkan pada satu perenggan yakni rasulullah SAW bukan rasulullah SWT, takper.. mungkin kesilapan pada teknikal adanya
famia said :
August 21, 2009 at 5:13 AM
kuina: ya. betul itu.

ila: sama-samalah kita mengingatkan ya.

anon: wahai kamu, terima kasih banyak2 sangat. ya sudah diperbetulkan.
Aldohas said :
September 1, 2009 at 4:41 PM
Assalamu'alaikum,

Ramadhan memang saat yang sangat tepat untuk kita meningkatkan lagi kedekatan kita pada Al-Qur'an.
Kalau bisa khatam sekali, atau 2x lebih bagus lagi. Dan nanti setelah Ramadhan juga harus tetap dipertahankan.

Selain baca juga harus meresapi makna setiap kata dlam Al-Qur'an, baca terjemahan atau tafsirnya. Syaamil ada Al-Qur'an dengan terjemahan perkata, sangat memudahkan untuk membaca Al-Qur'an sekaligus mengetahui arti setiap katanya, juga sangat membantu kalau mau belajar bahasa Arab. Coba lihat di http://www.sobatmuslim.com
famia said :
September 2, 2009 at 11:39 AM
aldohas: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. syukran. semoga Allah berkati kamu sekeluarga selalu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.