Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, July 26, 2009


_Untuk kita.

Dan untuk kamu.

Kata Imam Syafie....

"Apabila tidak ketemu sahabat yang bertaqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat."

Maka.
Kata manusia.

"Engkau selalu ajak aku ke kelab malam. Aku sudah terlupa akan masjid. Aku juga sudah terlupa cara bersolat. Waktu masuknya solat juga tidak ku tahu. Maaf. Biarkan aku sendiri. Aku tidak mahu ikut engkau lagi."

Kata Imam Ghazalie....

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Maka.
Kata manusia.

"Kalau engkau tidak bayar hutang aku pun tidak mengapa. Aku halalkan. Tiada apa-apa yang aku mahukan. Asalkan, kau sudi selitkan namaku dalam setiap doamu. Nama aku si Fulan bin si Fulan. Jangan lupakan aku dalam doamu. Demi ukhuwah kita."

Itu....

Untuk kita. Untuk kamu.

Sahabat,

Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanku dengan amaran Allah.

Jika ku sedih tanpa kata,
pujukku dengan tarbiah Pencipta.

Jika ku lemah tidak berdaya,
ingatkanku dengan kehebatan syurga.

Jika antara kita ada tembok pemisahnya,
ajaklahku leraikan segera.

Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar ku berubah.

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
iringilah lena ku dengan kalungan doa.

Makanya.

Yang dimaksudkan Ukhuwah itu adalah....

Hah.

Apa dia_

Kategori:

4 Responses to "Ukhuwah Manusia"

famia said :
July 26, 2009 at 9:36 PM
First!

Pujukku dengan tarbiah Pencipta..
wahai sahabat.
Hmm.
famia said :
July 26, 2009 at 9:38 PM
Second!

Selitkan kita dan keluarga kita dalam setiap doamu ya wahai sahabat. Nama kita.. Huzaimatus Sa'adiah binti Zulkefli. Syukran.
Ezad said :
July 26, 2009 at 11:01 PM
ukhuwah?

persaudaraan kot..

heh
famia said :
July 27, 2009 at 5:34 AM
Ezad: ai, itu semua orang pun tahu kan. hehehe. sila perjelaskanlah kalau berani. amacam? hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.