Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 27, 2009


_Kita tahu.

Ada segelintir manusia yang tidak sukakan doktor.

Tidak suka, dalam erti kata malas mahu berjumpa doktor. Susah mahu menelan ubat. Sukar lagi mahu bertentang mata dengan tuan doktor. Alasannya? Mungkin kerana kurang percaya dengan doktor. Atau, mungkin malas mahu membazir duit. Atau, mungkin sedikit fobia dengan suasana klinik atau hospital itu. Bau ubat dan darah, misalnya.

Maka.

Ini antara tips untuk kamu dan kamu yang mahu membaikpulih diri sendiri.

Pertolongan secara terus diaju kepada Dia Yang Maha Esa.

Guna tangan sahaja.

Dari Abu Abdillah yaitu Usman bin Abul 'Ash r.a. bahawasanya ia mengadu kepada Rasulullah s.a.w. kerana adanya suatu penyakit yang diderita dalam tubuhnya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda padanya.

"Letakkanlah tanganmu pada tempat yang engkau rasa sakit dari tubuhmu itu, kemudian ucapkanlah Bismillah tiga kali, lalu ucapkanlah pula sebanyak tujuh kali yang ertinya: "Saya mohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari keburukannya sesuatu yang saya peroleh dan saya takutkan." (Riwayat Muslim)


Memang berkesan.

Cubalah, sila_

Kategori:

6 Responses to "Tips Membaikpulih Diri Sendiri"

Dani neh said :
July 27, 2009 at 8:55 AM
ferst..
banyak gila entry.. rasa macam.. lama sangat ke aku tak online neh... hahaks
Anonymous said :
July 27, 2009 at 9:46 AM
Em kalu camtu anda sudah cuba meletakkan tangan dekat mata, mn tahu dgn izin Allah SWT, keupayaan menganggar jarak anda akan pulih, xperlulah pkai helmet ala Ultraman.. :p

p/s : Sy takut Doktor Pompuan..aww .. :p

The Anon
attheback said :
July 27, 2009 at 10:02 AM
hmm.. weh dani.. leh la prektik tiap2 bulan ni.. mane tau insyaAllah xyah la lg ko ulang alik / bertapa dlm toilet lg dah.. hahhaahha...
Dani neh said :
July 27, 2009 at 10:31 AM
suwaila:
yah.. betol betol betooool..

aritu bos aku nak g umrah
kagum aku baca doa tahan kentut weyh..
maknanya..
anything pon boleh berdoa..

btol tak xai..
ooo xai...
atthebackagain said :
July 27, 2009 at 3:55 PM
dani:
doa tahan kentut??
sure lps tu bile dah dpt kentut bau dia nauzubillah kan..
hahahahahahhaha
famia said :
July 27, 2009 at 6:40 PM
dani: hehe. tak. ini semua entry untuk rujukan aku sendiri. ada benda nak dikejar.

anon: hehe. takut patutnya dengan Tuhan. sesama manusia pun nak takut ke.

suhaila: eh eh. apply dekat kaulah sekali. kau kan selalu kronik punya senggugut. hehe.

dani: tang mana yang betul?

suhaila: ish ish ish.. tak sopan betul perbualan anak dara dua orang ini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.