Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, July 16, 2009


_Kamu.

Sudah tengok Syurga Cinta?

Syurga Cinta

Cerita melayu terbaru arahan Ahmad Idham. Lakonan Awal Ashari dan Heliza. Yang masih suam-suam kuku di pawagam. Yang pada mulanya kita sangkakan ala-ala cerita Indonesia, Kiamat Sudah Dekat. Tiadalah kita katakan serupa. Cumanya, adalah sedikit secolek terpalit pada Syurga Cinta.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang jenis berat hati sedikit mahu melayan cerita Melayu hasil tangan pengarah-pengarah di Malaysia ini, anggap sahajalah ini entri untuk memaut hati kamu dan kamu untuk menonton Syurga Cinta ini.

Ah, ya.
Dan kamu juga.

Maaflah.

Kita mual banyak dengan cerita Melayu di Malaysia ini.

Sebab itu kita sudah berhenti menonton tv.

Rosak wiper mata kita. Habis hidung kita berdarah-darah. Bernanah-nanah telinga kita mendengar adu domba yang banyak diselitkan dalam cerita-cerita Melayu. Dengan bahasanya yang kadangkala teramat kering adab sopan. Dengan pakaiannya yang semacam tidak cukup kain sampai menjolok mata kita. Terjojol dibuatnya.

Assalamualaikum,
Kamdar, Nagoya dan Sogo banyak jualan murah kot.

Aduh.

Tak patut betul encik-encik dan puan pengarah semua.

Sudahlah kita ini banyak dosa. Iman pula lebih nipis daripada kulit bawang. Disuruh pula tonton adegan ranjang dan rambang. Menambah dosa sahaja. Cuba ajar pelakon-pelakon itu berpakaian sopan sedikit. Barulah rating cerita jadi naik. Itu antara rahsia mahu menaikkan rating penonton. Bukannya dengan singkap baju sana sini sampai nampak lurah mahupun bukit-bukau bagai.

Itu lagi hot?

Iyalah itu.

Hot macam hot api neraka.
Tunggulah dan rasa.

-_-"

Sudahlah.

Kita pandai bercakap sahaja. Tontonnya tiada pandai. Mengarah pelakon juga tiada pandai. Perangai tidak semenggahnya bersepah sahaja. Yang semenggahnya cuma pandai makan kicap sahaja. Makan megi kari pun kita simbah kicap. Cubalah. Bergendang tekak dibuatnya.

Hah.

Intro sikit punya panjang berjela lagi bersepah.

Dah.

Ini komen kita untuk Syurga Cinta.

AWAS.. gerak langkahmu ooo ooo.. (lagu Awas KRU)

AWAS.

Ini spoiler.

Berhenti sekarang jika belum tengok lagi.

PERHATIAN:
Komen di bawah ini teramatlah panjang. Dan gila panjang. Jika semput nafas, berhentilah di pertengahan jalan makanya. Sila tarik nafas dan baca bismillah sebelum memulakan perjalanan.

Ok, go.

Jalan ceritanya mengisahkan Irham yang dicabar teman-temannya untuk memikat cikgu Syuhada. Yang kebetulannya adalah guru kelas Ikmal. Maka, Ikmal telah diajak bekerjasama dengan abang tirinya, Irham untuk memikat hati cikgu Syuhada. Dalam setiap perkenalan itu, Irham dan cikgu Syuhada telah mendidik Irham sedikit sebanyak cara mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Dan akhirnya, Irham telah insaf dan berubah menjadi baik. Lantas, terus meminang cikgu Syuhada.

Sebenarnya, kita rasa itu memang perkara tipikal yang berlaku dalam masyarakat.

Bagi sebahagian keluarga yang kaya dan kurang didikan agama, memang jalan hidupnya serba-serbi mewah sahaja. Boleh usung anak dara ke dalam bilik sampai pagi. Berzinalah apa lagi. Dengan ibu bapanya yang tidak bersolat langsung. Apatah lagi mahu mendidik anak bersolat. Sebaliknya, kaki kelab malam. Togok arak sana sini. Berkaraoke tidak ingat dunia.

Terhibur dengan syurga dunia.

Tambahan lagi.

Teman-teman Irham yang cukup alergi dengan gadis bertudung. Untuk dijadikan sebagai isteri. Kita rasa mungkin memang ada sebahagian lelaki yang cukup anti dan tiada suka dengan gadis bertudung. Terserah. Pilihan hati masing-masing. Cuma, ketahuilah. Jika isteri kamu tiada berhijab kepalanya, kamu juga yang menanggung dosanya. Dosa kamu ditambah dosa isteri.

Hah.

Berapa semuanya?
Sanggup?

Bayar ansuran pun belum tentu habis.

Teruskan, sila.

Cumanya.

Kita rasa. Syurga Cinta ini banyak sangat mesej yang disampaikan. Tahniahlah Ahmad Idham. Kita suka sangat dengan watak adik Haziq Tom Tom Bak. Waemah kita tak pernah tengok budak Haziq itu sebelum ini. Maaflah. Kita tidak menonton tv. Dalam Syurga Cinta, setiap detik si Ikmal beristighfar. Dengan kepetahannya yang bercakap, sekaligus dapat mendidik dan melembutkan sedikit hati abangnya, Irham.

Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari.
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari.
Rupa-rupanya, Allah memberi kita pelangi.

"Ikmal, ada nampak tak cikgu yang pakai tudung dekat sekolah ini?"
"Ya Allah, bang. Ini kan negara Islam. Mestilah kena pakai tudung."


Ya, kan.
Betul.

Tapi, di Malaysia ini belum ramai lagi wanita Melayu Islam yang mampu berhijab.

"Eh, what's wrong with perempuan yang pakai tudung? At least, elok sikit mata orang tengok."
"Eleh."
"Kan? Daripada awek yang dok add aku dekat Facebook itu. Semua benda nak terkeluar."


Ya, kan.
Betul.

Perempuan memang suka dengan kecantikan. Suka benar peragakan diri. Lagi nampak macam hot lagi bagus. Baru macam tip top sedikit di mata lelaki ajnabi. Waemah kadang macam perasan comel. Perasan cun. Lelaki takkan cakap benda-benda macam itu secara direk. Mulut tidak berkata-kata. Hati sahaja. Maka. Berhati-hatilah wahai gadis. Mengundang fitnah nanti.

"Saya senang sangat keluar dengan awak, Syu. Bukan apa. Saya seronok nak belajar agama."
"InsyaAllah. Tapi, kalau boleh saya tak naklah keluar dengan pokok krismas."
"Pokok krismas?"
"Haah. Itu, itu dan itu. Mana ada lelaki pakai rantai dan segala aksesori wanita ini."


Ya, kan.
Betul.

Tapi, di Malaysia ini masih berterabur sahaja lelaki Melayu Islam seperti pokok krismas.

"Am dah lama sangat dekat luar negara itu sampai Am lupa pasal agama. Apa yang Am tahu, dalam IC Am, Am Islam."
"Syu pun manusia biasa juga Am. Kita semua sama. Cuma Syu selalu ingat pesan atuk. Atuk cakap, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri."
"Maksud Syu?"
"Maksudnya, adakah kita ini ingin menjadi Islam yang difaktor atau Islam yang keturunan saja."


Ya, kan.
Betul.

Belum tentu yang Melayu itu Islam. Kadangkala, cuma Islam pada kad pengenalannya sahaja. Kadangkala, mengaku Islam kerana kedua ibu dan bapanya Islam juga. Tapak Islam di dalam hatinya mungkin tiada. Kalau tapaknya tiada, mana mungkin dapat meletakkan tiang. Rukun Islam bukankah tiang agama. Kalau apa-apa pun tiada, maka jadilah dia Islam pada kad pengenalannya sahaja. Kasihan kan.

"Apa yang abang takutkan sangat ini ha?"
"Tak takut Mal cakap. Mal pernah tengok abang sembahyang tak?"
"Tak pernah."
"Ha tau tak pernah. Kalau sembahyang pun tak pernah, macamana abang nak wudhu itu?"
"Ya Allah ya tuhanku. Takkanlah abang tak tahu langsung?"
"Tak tahu."


Ya, kan.
Betul.

Ada juga yang tidak tahu bersolat dan berwudhu. Kasihan kan. Realiti ini.

"I nampak Ikmal dan Irham sembahyang."
"Diorang sembahyang? So? Apa yang nak dikecohkan?"
"Iyalah. I rasa seram sejuklah tengok Am dengan Ikmal sembahyang. Entahlah. Macam satu perasaan."
"Perasaan apa? Dunia nak kiamat? Nak takut apa? Kita ini kan banyak beribadat. Banyak bersedekah."


Ya, kan.
Betul.

Bersedekah itu ibadat juga. Memang bagus. Cuma, yang wajib itu jangan ditinggalkan pula. Tiang iman itu belum cukup lagi. Tidak bersolat. Tapi, bersedekah. Alahai.

"Cinta itu permulaan jodoh. Dan atuk pernah cakap, jodoh itu terbahagi kepada tiga."
"Tiga?"


Yang pertamanya dikatakan jodoh dari syaitan.
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus membuat maksiat.
Akhirnya yang perempuan itu mengandung.
Baru kamu bernikah.

Yang keduanya jodoh dari jin.
Kamu berdua berkenalan.
Kamu suka pada perempuan itu.
Tetapi perempuan itu tidak sukakan kamu.
Maka, kamu sihirkan perempuan itu agar sukakan kamu.
Baru kamu bernikah.

Yang terakhirnya, jodoh dari Allah.
Kamu berdua berpandangan mata terus menusuk ke kalbu.
Kamu terus meminang yang perempuan itu.
Dan perempuan itu menerima pinangan kamu.
Dan bernikah.
InsyaAllah berkekalan ke akhir hayat.
Dan itulah yang dikatakan....

Syurga Cinta.

Sungguhpun tidak sehebat Kiamat Sudah Dekat, Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih bagai. Tetapi, kita rasa Malaysia masih berpeluang untuk menghala ke situ. Cumanya, antara diberi peluang dengan tidak sahaja. Tidak silap kita, ada cerita Nur Kasih kan? Itu pun kita belum pernah tonton. Dengar kata, menarik.

Semoga Nur Kasih dan Syurga Cinta mampu menyuntik sedikit nilai agama ke dalam hati kita dan kamu. Walau tidak banyak, sebesar kuman pun tidak mengapa.

Daripada tiada, kan.

Sesungguhnya, kita tidak ada kepandaian membuat review filem. Buat spoiler hebatlah kita.

-_-"

Maaflah.

Oh, ya.

Suara Heliza sungguh mencairkan hati manusia.

Gadis-gadis, sila jaga lenggok suara ya.
Boleh mendatangkan bahaya.
Percayalah.

Oh, ya.

Kesudahannya, kita tidak berapa gemarlah encik Ahmad Idham. Seeloknya, kalau mahu melamar gadis, jumpalah kedua orang tuanya terus. Atau, atuknya kalau dalam Syurga Cinta. Bukannya berlutut sambil menghulur cincin pada si gadis. Tidak berapa nak manis. Itu macam bukan budaya Melayu. Atau lebih tepat, itu bukan budaya dalam Islam. Budaya Mat Saleh itu kot.

Lagi satu, Irham tidak menginsafkan kedua ibu bapanya. Bahagian itu, encik Ahmad Idham sudah tertinggal. Apa-apa pun, cerita ini tidaklah berat mana. Mesejnya senang difahami. Sangat menginsafkan juga. Dan tidaklah segila dan merepek KL Menjerit, Bohsia dan entah apa-apa lagi cerita Melayu yang tidak berapa manis mahu ditonton.

Kepada yang sudah menonton.
Berapa kali Ikmal beristighfar dalam cerita itu?

Hah, kiralah sila.

Terakhirnya.

Berapa kali pula kamu beristighfar hari ini_

Kategori:

12 Responses to "Syurga Cinta Dunia"

back said :
July 16, 2009 at 3:39 PM
kate nk kasik aku copy.. xde pon...

[ko x jwp lg soklan sms aku pg td.. :p]
Dani neh said :
July 16, 2009 at 3:40 PM
weyh.. satu hari.. ko pergi mane?

[komen yang tiada kaitan langsung dgn entry.. biasalah]

- sms
- call
- twit
- email
- komen blog

oke ape lagi yang aku tak cuba..
Si Aizuddin said :
July 16, 2009 at 5:32 PM
Waalaikumsalam
Kamdar, Nagoya dan Sogo banyak jualan murah kot
famia said :
July 16, 2009 at 6:22 PM
suhaila: sabar. esok aku bawak ya.

dani: hehe. terima kasih sangat-sangat pasal concern. aku dah sms.

aizuddin: -_-" tahu pun.
Darkk said :
July 16, 2009 at 6:57 PM
Saya suka Heliza, jadi saya ulang tayang cerita ini hampir 6 kali.

Saya sudah cair. Oh. Oh. Oh. Saya sudah cair.
nurperjuangan.. said :
July 17, 2009 at 12:24 AM
penggunaan "kita" tu terasa macam bace "ketupat cinta" plak..tun lepat..hakir perihalkan kita...
hehe
paiseh said :
July 17, 2009 at 3:37 AM
heliza pengidap penyakit hyperhidrolisis...

ah.. tak kire. gua nak juga!
famia said :
July 17, 2009 at 6:22 AM
dark: hehe. heliza oh heliza.

nurperjuangan: hehe. kita itu kan bahasa Melayu juga.

paiseh: hyper.. apa? tak tahu pula.
Indrasakty said :
July 17, 2009 at 9:24 AM
Oh ya, betul. Hyperhidrolisis. Itu penyakit kuat berpeluh, sampai boleh cair segala bedak yang dipakai.
famia said :
July 17, 2009 at 12:08 PM
khairulhak: Oh, baru tahu. Tapi, Heliza memang kacak.
aCe_LaNuN said :
July 18, 2009 at 11:57 AM
lom tgk lagi citer nie...
jap.nk g tgl la...
bye...
..............
moral: lom tgk lum tau..
pu3sakura said :
July 20, 2009 at 4:56 PM
saya pun dah tonton filem ni, walaupun terdapat kekurangan tapi setiap mesej yang disampaikan agak jelas dan skripnya yang sinikal lagi sinis itu diharapkan sampai kepada penonton...

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.