Siapa Yang Menjeling Kena Turun Pumping Enam Kali

_Demi Allah.
Sungguh.
Tidaklah kita tahu bahawa jelingan mata itu kadangkala boleh memudaratkan. Maksud kita, memudaratkan sehingga penjelingnya dipukul atau didenda. Sebagai membalas tembakan mata yang diberi. Ganas itu.
Setahu kita, jelingan itu juga sejenis pandangan.
Cumanya.
Kepala empunya tiadalah pula digerakkan.
Hanya pandangan mata sahaja yang berekor. Sehingga tembus ke dalam kotak fikiran pihak lawan. Atau juga tembus ke dalam hatinya yang dipenuhi dengan... dengan... err... salur darah mungkin. Atau mungkin juga tembus ke dalam jantungnya sehingga degupan jantungnya terhenti seketika. Mungkinlah. Ganas itu.
Malam tadi.
Dalam kelas seni pertahanan diri kita.
"Tiga... empat. Eh, buah apalah tadi aku dah lupa."
Kami semua memandang.
"Eh, siap ada yang jeling aku itu! Hah! Semua turun pumping 6 kali."
Apakah?
Kami semua terkedu.
Kita sudah dapat agak. Ini mesti kerja mata kita ini. Sudah berkali-kali dipesan, jangan memandang kalau kepala tidak mengikut. Nanti jadi juling jeling. Ibarat memandang sambil membaling lembing ke dada pihak lawan. Tidak serik-serik pula mata ini.
Akhirnya, kami semua pun terpaksa turun pumping enam kali.
-_-"
Sewaktu rehat.
"Eh, Huzai. Aku baru salah cakap sikit je. Dia punya jeling tuuu.."
"Eh, mana ada abang Azli. Saya pandang je. Cuma tak gerak kepala."
"Eleh. Kan dah kena pumping. Itulah jeling lagi."
-_-"
Hai, sabar sahajalah.
Jelingan yang membawa padah.
Mana boleh denda orang yang menjeling kan.
Tak adil itu.
Kan_















10 Responses to "Siapa Yang Menjeling Kena Turun Pumping Enam Kali"
mse kt tadika xajar lak...
..........................
moral.: jelingan manja..mengoda..
..........................
Mereka jeling aku rupanya. Ahhaa.
The Anon
dark: -_-"
anon: eh, eh boleh tahan perasan juga si anon ini. haha.
fdausahmad: -_-" lain kali jangan bilang kenduri brader. Gua tak faham. Lurus ini. Mana ada kendurinya. Cakaplah ajak lawatan sekolah ke blog. Adeh. kena tipu. Ingatkan ada kenduri betul2.
Kadangkala aneh juga dengan unsur Ali yang wujud dalam perkara-perkara berkaitan orang Melayu ni. Tak pernah dengar lagi ubat Tongkat Abu Bakar ke, ataupun Kacip Khadijah ke.
teringat zaman kanak-kanak..suka men jeling2..syok wooo..
kan?kan?
ain: hehe. ya.
Post a Comment