Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, July 18, 2009


_Demi Allah.

Sungguh.

Tidaklah kita tahu bahawa jelingan mata itu kadangkala boleh memudaratkan. Maksud kita, memudaratkan sehingga penjelingnya dipukul atau didenda. Sebagai membalas tembakan mata yang diberi. Ganas itu.

Setahu kita, jelingan itu juga sejenis pandangan.

Cumanya.

Kepala empunya tiadalah pula digerakkan.

Hanya pandangan mata sahaja yang berekor. Sehingga tembus ke dalam kotak fikiran pihak lawan. Atau juga tembus ke dalam hatinya yang dipenuhi dengan... dengan... err... salur darah mungkin. Atau mungkin juga tembus ke dalam jantungnya sehingga degupan jantungnya terhenti seketika. Mungkinlah. Ganas itu.

Malam tadi.

Dalam kelas seni pertahanan diri kita.

"Tiga... empat. Eh, buah apalah tadi aku dah lupa."

Kami semua memandang.

"Eh, siap ada yang jeling aku itu! Hah! Semua turun pumping 6 kali."

Apakah?

Kami semua terkedu.

Kita sudah dapat agak. Ini mesti kerja mata kita ini. Sudah berkali-kali dipesan, jangan memandang kalau kepala tidak mengikut. Nanti jadi juling jeling. Ibarat memandang sambil membaling lembing ke dada pihak lawan. Tidak serik-serik pula mata ini.

Akhirnya, kami semua pun terpaksa turun pumping enam kali.

-_-"

Sewaktu rehat.

"Eh, Huzai. Aku baru salah cakap sikit je. Dia punya jeling tuuu.."
"Eh, mana ada abang Azli. Saya pandang je. Cuma tak gerak kepala."
"Eleh. Kan dah kena pumping. Itulah jeling lagi."


-_-"

Hai, sabar sahajalah.
Jelingan yang membawa padah.

Mana boleh denda orang yang menjeling kan.

Tak adil itu.

Kan_

Kategori:

10 Responses to "Siapa Yang Menjeling Kena Turun Pumping Enam Kali"

aCe_LaNuN said :
July 18, 2009 at 12:07 PM
xpaham la...penerangan cket...
mse kt tadika xajar lak...
..........................
moral.: jelingan manja..mengoda..
..........................
Darkk said :
July 18, 2009 at 12:15 PM
Patut la aku tengok ramai awek duk pumping lepas aku lalu depan mereka.

Mereka jeling aku rupanya. Ahhaa.
Anonymous said :
July 18, 2009 at 6:28 PM
Sy pun hairan bila sy lalu depan pramugari2, tiba-tiba diorang pumping..apakah?? kerana jelingan manja sy mmbuat mereka tergamam dan pumping 6 kali..adakah jelingan sy begitu..:p

The Anon
FdausAmad said :
July 18, 2009 at 7:50 PM
Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..
famia said :
July 18, 2009 at 8:23 PM
ace: tak faham? tak apa. tak perlu faham. hehe.

dark: -_-"

anon: eh, eh boleh tahan perasan juga si anon ini. haha.

fdausahmad: -_-" lain kali jangan bilang kenduri brader. Gua tak faham. Lurus ini. Mana ada kendurinya. Cakaplah ajak lawatan sekolah ke blog. Adeh. kena tipu. Ingatkan ada kenduri betul2.
Indrasakty said :
July 18, 2009 at 11:15 PM
Ok, ini soalan bonus. Kenapa Ali patah atas? Bukan Ahmad patah atas, ataupun Abu, Abdul, Ghazali mahupun Sabaruddin?

Kadangkala aneh juga dengan unsur Ali yang wujud dalam perkara-perkara berkaitan orang Melayu ni. Tak pernah dengar lagi ubat Tongkat Abu Bakar ke, ataupun Kacip Khadijah ke.
July 18, 2009 at 11:54 PM
lama betol tak mengomen kat sini..

teringat zaman kanak-kanak..suka men jeling2..syok wooo..

kan?kan?
famia said :
July 19, 2009 at 12:09 AM
khairulhak: hehe. sila ajukan soalan kamu kepada yang lebih layak menjawabnya. perihal tongkat Ali dan Kacip Fatimah, kemungkinan besar itu nama perintisnya. wallahualam. sesungguhnya, kadangkala ada perkara yang tidak perlu kita tahu sebab musababnya walaupun setiap sesuatu itu ada sebab di sebaliknya. kan?

ain: hehe. ya.
freakafunky said :
July 19, 2009 at 4:22 AM
rajin lagi turun kelas. kelas latihan mana ye? ntahnye bakpe ditanye kenapa nama buah tu mcm tu. kaji sendiri. hmmm
famia said :
July 23, 2009 at 9:45 PM
freakafunky: hehe. kelas latihan jalan kent. saja rajinkan turun. boleh ringan-ringankan tulang.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.