Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, July 18, 2009


_Kejam bukan tajuk entri.

Sesungguhnya.

Memang benar. Dunia akhir zaman ini semakin hari semakin tua. Semakin tua, semakin kejam penduduk dunianya. Semakin banyak hukum Allah yang dilanggar. Semakin jauh manusia meninggalkan Penciptanya. Yang melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang Islam, pasti dihukum atau dibunuh atau juga dibenci.

Kebelakangan ini, isu apa dalam carta?

Politik?
Michael Jackson?
Michael Jackson lagi?
Bola sepak Malaysia lawan MU?
Gosip dan berita hangat artis-artis Melayu?
Aksi Barrack Obama menjeling punggung gadis seksi?

Menyedihkan.

Marwa Al-Sharbini dibunuh kerana berjilbab.

Kamu tahu tentang itu?

Yang tahu, baguslah. Sekurangnya mengambil tahu. Kepada yang tiada tahu, rajin-rajinlah mengambil tahu. Kalau kamu cuma ambil tahu tentang berita hangat dan gosip artis Melayu yang tidak ketahuan itu, kamu memang zalim. Sangat-sangat zalim.

Marwa As-Sharbini.
Seorang ibu beranak satu.
Sedang mengandung tiga bulan.
Mati ditikam 18 kali oleh seorang lelaki Jerman.
Di ruang mahkamah Kota Dresden, Jerman sebelum memberi keterangan.
Beliau mengadu kerap dituduh 'Terrorist' oleh lelaki Jerman itu sebelum dibunuh.

Boleh rujuk SINI

Sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

-_-;

Berkopiah bertudung litup,
Dituduh pengganas dan peletup.
Maka, yang terbuka luas,
Tidak pula dituduh ungka dan mawas.

Melaungkan azan,
Dituduh memekak.
Maka, pasang lagu melaungkan F**K,
Tidak pula dituduh memekak.

-_-"

Sesungguhnya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Semoga kita dan kamu semua sentiasa dilembutkan hati.

Aminkan 40 kali dan ke atas.

Boleh tak_

Kategori:

9 Responses to "Siapa Bertudung Akan Dibunuh"

Anonymous said :
July 19, 2009 at 12:55 AM
Al-Fatihah utk beliau, semoga Roh dicucuri Rahmat oleh Allah!! Amin..

The Anon
aCe_LaNuN said :
July 19, 2009 at 1:36 AM
subahanallah...knpe media dinegara kita tidak memberitahu/menghebahkan pekara ini...sesungguh nye kite skrg didalam peperangan...peperangan yg telah bermula dgn serangan minda/media dan pengeploitasian..terhadap pemikiran,jiwa,dan persepsi dunia bahkan dikalangan kita...
SEDARLAH WAHAI SAUDARA2 KU...KINI KITA TIADA MASE..AYUH BERSATU BERSAMA KITA BERJUANG ....
..................
moral: jgn lah kita terlalai.atau leka..musuh sedang bergerak..meracuni kita...
July 19, 2009 at 2:46 AM
aik?

apsal entry ni jam 2 pagi lebih wujud?

bukan anda sudah tidurkah?

pelik nih.
famia said :
July 19, 2009 at 7:05 AM
anon: amin.

ace: hm. tau tak apa.

7kaki: aik? jam kamu laju ke? memang tidur sebelum jam 2 pun.
eyena said :
July 19, 2009 at 1:22 PM
mcm2 laa sekarang ni. takutnya kan..huhu
famia said :
July 20, 2009 at 5:56 AM
eyena: tak apa. jangan takut. semoga sentiasa dalam peliharaanNya.
el said :
July 20, 2009 at 11:07 AM
Hmmm...ya sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.

Zaman sekarang memang teruk, bukan di Jerman sahaja, Malaysia pun sama T______T
Keluarga saya juga pernah dipanggil 'terrorist' oleh 'mat saleh' tua suka mabuk yang berjiran dengan kami. Boleh tak? Sabar jelah...Sob...sob..sob...
Anonymous said :
July 22, 2009 at 1:47 PM
saya ada terbaca kisah kejam ni dalam beberapa blog. cuma baru minggu lepas di akhbar berita harian ada sedikit berita mungkin ramai yang tidak perasan.

al fatihah!
famia said :
July 23, 2009 at 9:44 PM
el: hmm.. sabar sajalah. biar dipanggil terrorist. sebab setiap orang itu memang 'terrorist' dalam hati. apa-apa pun.. jangan gentar. Allah ada :)

anon: kejam kan. cantik sangat wajah Marwa itu. semoga dia dirahmatiNya selalu. -_-;

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.