Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, July 01, 2009


_Betullah.

Ada sesetengah manusia, setianya hingga ke akhir hayat.

Kalau sudah suka sesuatu, sampai mati pun itu juga disukanya. Jarang bertamu kebosanannya. Jarang goyah dengan godaan lainnya. Walaupun kadangkala tidak logik. Namun, suka lebih mengatasi segalanya. Memang crazy.

Salah seorangnya, kita dan keluarga kita.

Kita ada peti kaca gambar bergerak.

Ada juga Astro. Ada berjuta Channel. 24 jam disiarkan segala gambar bergerak. Ada juga berita dunia. Ada juga Liga Inggeris secara langsung bergerak di dalam peti kaca kita. Ada juga telenova Sepanyol yang haram sebiji butir tiada kita faham. Ada juga drama Indonesia yang suka peragakan tudung pelbagai jenis.

Namun.

Hanya satu sahaja di hati kita dan keluarga kita.

Channel 303.

KBSW Korea.

Beritanya korea. Drama bersirinya korea. Iklannya korea. Maklumat kajian cuacanya juga korea. Laporan bola sepaknya korea. Rancangan masakannya korea. Akademi hiburan Fanta Kokakola dan lawak jenakanya juga korea.

Kesemuanya korea.

Kami tetap setia menonton.

Walaupun TANPA subtitle.
Tanpa ya... tanpa.
Tanpa subtitle.

Memang crazy.

Dan setiap malam.

Demi menunggu siaran drama yang bermula jam 9. Pasti kami sudah tertebeng depan itu. Dan sanggup pula dilayan berita korea yang entah langsung tiada faham biji butir yang disampaikannya. Semata-mata kerana setia.

Kalau nampak kilang terbakar,
"Ooo, ini berita kebakaran."

Kalau nampak majlis kahwin artis korea,
"Ooo, ini si polan yang kahwin."

Kadangkala ayah kita berborak dengan mak secara serius.
"Haritu siapa mati? Mak dia tahu tak dia itu bukan anak kandung?"

Waemah tengah bincang pasal drama Korea.

Eh, jangan gelak!
Itu salah satu teknik mempelajari bahasa korea ok.

Cuma kebelakangan ini....

Bukan saja peti kaca gambar bergerak yang menjadi tumpuan kami. Internet pun sama. Sekarang sudah banyak bersepah online drama yang dipasang secara streaming. Youtube pun ada juga. Memang crazy.

Mysoju.com

Suatu petang kita menjenguk mak depan laptop.

"Mak tengah buat apa itu?"
"Diam-diamlah orang tengah tengok ini."
"Ehhhh.. mak pun dah pandai tengok mysoju!"


Mak jeling kita.

Tengok.

Mak kita pun IT savy tahu.

Memang crazy kan_

Kategori:

15 Responses to "Setia Yang Boleh Tahan Menggila"

orgbelakang said :
July 1, 2009 at 10:32 AM
fes!!

[aku pon setia gak bukak blog ko.. kekekek]
ieba said :
July 1, 2009 at 12:16 PM
wah..best sungguh satu keluarga meminati benda yang sama leh tonton sama² ibarat riadah@bsantai bersama keluarga..
ladymiaka86 said :
July 1, 2009 at 2:35 PM
drama korea of coz fevret rmai org..
dah jd trend tgk citer korea lebih dr drama melayu..
suka3x.. ngeh3x..
*windu kat akak*
z@f!r said :
July 1, 2009 at 3:32 PM
waa.. hebatnya ko.. aku pun xde la fanatik cam ko.. setakat layan gitu je.. citer Hello,God setiap 10.10 mlm.. Music Bank.. pastu citer yang Beautiful apa tah tajuknya.. ala.. pompuan² foreigners yang keje @ study kat Korea.. memang enjoy citer tu..

p/s: sarang apa yang banyak kat Korea?
famia said :
July 1, 2009 at 5:52 PM
suhaila: hahhahaa. aku pun setia.

ieba: haah. tapi, aku jarang tengok tv. mak, ayah dan adik-adik je. kalau tengah makan, baru aku tengok tv. lain dari itu.. tak selera.

sue: hehe. kan. drama korea lebih suci daripada drama Melayu. pelakon Melayu seksi nak meninggal dibuatnya. dengan entah apa-apa mulut suka bergosip mengadu domba bagai. tak syok. sama dengan. rindu juga. hehe

zafir: hahaha. mak aku je. aku dah kurang sikit. sebab banyak kerja. kalau tak, memang menggila juga buka mysoju.com itu. Hello God itu mak aku tengok dekat mysoju.com. tv tayangkan lambat sangat. hehehe. aku jarang tengok drama korea dekat tv. boleh kira dengan jari. selalunya aku beli dvd dekat penang rm4 sekeping. takpun online.
zie said :
July 1, 2009 at 6:20 PM
salam..
ye ker minat drama korea....satu kepala la ni..hehehe..
mugiwara said :
July 1, 2009 at 9:47 PM
cik kapitalis paling gila dengan ch 303 n mysoju nih!

cik ratu dangdut pun sama~

haih~
Ezad said :
July 1, 2009 at 10:01 PM
kita pun ada pinggan atas bumbung

tapi kita tengok chanel 101 hari khamis malam jumaat
macha_sezs said :
July 2, 2009 at 12:06 AM
drama korea tu ada subtitle??

maaf,saya tiada piring-atas-bumbung.
famia said :
July 2, 2009 at 1:13 AM
zie: salam. hehe. ya minat.

mugi: dangdut? no no no. blacklisted.

ezad: ada apa khamis malam jumaat?

macha: haha. mestilah ada. berita je tak ada subtitle.
mist said :
July 2, 2009 at 1:16 PM
cool gila.

satu family. huhu. minat korea juga, tapi ,mungkin tidaklah sesetia kamu
dboy said :
July 2, 2009 at 7:27 PM
abis la dah tgk mysoju tu....
rehat pun xgi makan nanti hehehe
famia said :
July 2, 2009 at 11:43 PM
mist: hahahaha. tak adalah cool mana. semacam buang tabiat saja. haha.

dboy: hahahaha. mana ada tengok dekat ofislah. tak syok langsung.
aCe_LaNuN said :
July 4, 2009 at 7:48 PM
klu ak tgk kbsw nie..mmg mengiler r...xsmpi 1mnt/60saat.tros tukar....tp klu tgk animax..c715.mmg setia n melekat...smpi kne buang chnl tersebut oleh pemilik astro umh(mak gan abah)
.................................................
tp satu yg mereka xmampu halang kesetian ini...
.................................................
iaitu melayari interent dn mengunjugi blog ini..dn membaca smbil tersengih.....
..............................................
Moral: jgn-lah lupa kpd rukun negara...krana yg pertama: kepercayaan kpd tuhan..
kedua : kesetian pada raja dan negara
ketiga: keluhuran pelembagaan..
keempat: kedaulatan undang-undang..
kelima: kesopanan dan kesusilaan..
famia said :
July 6, 2009 at 2:10 PM
ace: hahahahahaha. hello. sini bukan tempat untuk tersengih secara terbuka ya. sabar jelah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.