Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 13, 2009


_Tadi. Kita dan Dani bertemu.

Lama tiada bertanya khabar berita. Rindu sungguh dengan sahabat dunia akhirat itu. Ya. Rindu orang belakang kita dan jiran baru kita juga. Itu sahaja yang paling dekat dengan kita. Sampai terasa macam ada kakak besar dan adik tambahan pula. Sekarang jiran baru kita itu sudah jadi jiran kita. Hari-hari boleh datang rumah dia pinjam kicap.

Ok. Ok.

Kawan-kawan yang lain pun kita rindu juga. Semua pun saudara seIslam kita bukan. Rindu berjemaahlah mari. Gusar ada yang berkecil hati nanti. Janganlah kamu menggores hati dan kecilkan saiznya. Tiadalah kita berniat mahu mengkastakan manusia. Sesungguhnya, kita bukan keling. Err.. silap. Sesungguhnya, kita bukan orang India kelas paling bawah.

Tapi.
Jumpa Dani memang seronoklah hai!

Ha.

Ini cerita kita.
Sebelum jumpa Dani tadi.

Sesungguhnya.

Jodoh itu rahsia Allah.
Ya... ya. Betul.

Tiada perlu mahu tercari-cari bercouple bagai.
Ya... ya. Betul.

Mengundang zina hati nanti.
Ya... ya. Betul.

Bersabarlah dalam menanti jodoh.
Ya... ya. Betul.

Ha.

Ini cerita kita.
Selepas jumpa Dani tadi.

Sudah terasa mahu mencari pekebun ladang pula.
Ya... ya. Betul.

Sudah terasa diseru pula.
Ya... ya. Betul.

Sudah terasa mahu menumpang membina masjid pula.
Ya... ya. Betul.

Kena pergi tahajjud malam nanti ini.
Ya... ya. Betul.

Aiseh.

Sabarlah hati hai.

Tak.

Kita tak cakap perihal kahwin. Kita cakap perihal ladang. Perihal.. err.. fitrah manusia. Fitrah menjadi manusia lengkap. Fitrah mahu mencari pelengkap. Selepas bertemu pelengkap. Kalau Matematik, dia macam satu tambah satu jadi dua.

Kita + Kamu = Masjid = Ladang = Ternakan

Woi.. woi!

Astaghfirullahalazim.

Nafsu yang mana satu yang buat perangai ini, hah?

Nak kena ini_

Kategori:

21 Responses to "Satu Tambah Satu"

curX said :
July 13, 2009 at 11:26 PM
nape, dah ade calon ke?
AtTheBack said :
July 13, 2009 at 11:58 PM
dani dah nk kawen?? oooo x ckp kat kiteorg pon... [saje wat propaganda..hahhahaha]
famia said :
July 14, 2009 at 12:12 AM
kerk: belum. ada nak dikenalkan ke? hehe. JANGAN. boleh mengundang keruh.

suhaila: eh, aku pun nak kahwin. kau tak nak ke makcik? hehehehe.
aCe_LaNuN said :
July 14, 2009 at 2:45 AM
semoga berjaya dalam membina masjid..mendapat peladang yg terbaek..memperolehi hasil ternakkan yg subur dan banyak....
........................................
moral : bg lelaki..cr wit byk...pastikan cukup segala2 nye tuk mengusahakan sebuah ladang atau 2, atau 3 atau 4 atau..eh cukup2 -_-"..xlh lebih2..bg memastikan hasil ternakan cukup makan..
........................................
walimaturus nnt jgn lupe jemput..
curX said :
July 14, 2009 at 8:17 AM
emm, mmg xde calon pn. hihi :p

sometimes it's better to be single rather than being married to a jerk, nak2 jenis laki yg x mampu bagi nafkah tp nak berbini. dah kawen & beranak sumer bini yg kena tanggung, sian nengok kan.
famia said :
July 14, 2009 at 9:44 AM
ace: haha. amin. semogalah.

kerk: hehe. itu.. wallahualam. setiap yang buruk wajib ada hikmahnya. kan.
Dani neh said :
July 14, 2009 at 10:08 AM
xai...

best things comes last~
abangpit said :
July 14, 2009 at 10:15 AM
kawan-kawan aku ramai lagi yang single.. kalau nak aku kenalkan boleh je.. :p
freddie said :
July 14, 2009 at 10:28 AM
sesungguhnya ako kurang memahami apa yg nk disampai kan...
hahaha...
Anonymous said :
July 14, 2009 at 11:18 AM
Sy Single!! yeay!! :p

The Anon
famia said :
July 14, 2009 at 11:37 AM
dani: hehe. ok. noted.

maoi: ehhhh takpa. taknak. haha.

freddie: hahahaha. tak payah fahamkan.

anon: haha. tahniah.
Lt Col Dop Mustang said :
July 14, 2009 at 1:03 PM
sometimes it's better to be single rather than being married to a jerk, nak2 jenis laki yg x mampu bagi nafkah tp nak berbini. dah kawen & beranak sumer bini yg kena tanggung, sian nengok kan.

^ yezza. tp bini pun jgn le mintak memacam. intan berlian emas harta, melebihi dari keperluan. drpd laki tu mampu, jadi x mampu.

kalau tak paham, sila dengar lagu mawi hehehe.

"apakah yang dikejar dalam hidupmu
berkali ku kata padamu
kita singgah di dunia yang sementara
penuh tipu daya

yang kekal
di sana
biarlah..kita bersama

usahlah
hanyut terus terlena
kerana dunia"

ps: housemate aku skrg ni, duda. cerai lepas setahun kawin kerana perkara di atas.
Indrasakty said :
July 14, 2009 at 2:16 PM
Ohh.. (faham).
freakafunky said :
July 15, 2009 at 4:13 AM
Sudah tidak sabar memiliki peladang bertauliah. Dan hasil yg berbaloi-baloi. Kene puasa byk2 ni. Heh
famia said :
July 15, 2009 at 9:22 AM
dope: hehe. lagu mawi? aiyoo..

khairulhak: pick up laju. excellent.

freakafunky: itulah. astaghfirullahalazim. kena puasa sampai habis Syaaban ini. hehe.
Dani neh said :
July 15, 2009 at 12:30 PM
kekadang aku freaked out..
seb baek dia bleh handle.. hahaks..
bintang said :
July 15, 2009 at 1:23 PM
Bismillaahirrohmaanirrohiim, tiada pertemuan yg indah kecuali antara Adam dan Hawa, berselimut nafsu rindu mulai dari surga sampai bumi dunia..tanpa ikatan pernikahan, hanya mengandalkan ikatan tanah,darah dan unsur2x alam milik Allah, yg menjadikannya terikat dalam perzinahan yg halalan thoyyiban...semoga kita mengerti akan makna Syar'i Tuhan dan hayalan Manusia Hina...taubatan biiznillaah...Ya Ghofar Ya Aziz Ya Hayyu..
famia said :
July 15, 2009 at 3:15 PM
dani: hehe. cepat2 ikat ya wahai my dear friend. semoga bahagia sampai akhirat.

bintang: salam. indahnya kata-kata itu. terima kasih banyak-banyak. semoga Allah berkati kamu dan keluarga kamu.
ieba said :
July 15, 2009 at 4:17 PM
sabar menanti kad undangan hehe..semoga berjaya meemiliki apa yg di idam dan dhjti...jgn terlalu memilih :P
famia said :
July 15, 2009 at 4:54 PM
ieba: hehe. bukanlah terlalu memilih. cumanya, sekadar memilih lelaki yang baik dan beriman. boleh bukan? hehe.
ieba said :
July 16, 2009 at 9:54 AM
hehe..dah itu yang spttnyer jgn smp memilih stgi langit udah lah..apapun smg bjaya dalam pencarian..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.