Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 27, 2009


_Sebelum terjadi apa-apa.

Baik seru awal-awal.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Boleh tahan letih juga hari ini.

Fuh, tarik nafas.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Hembus nafas.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Pagi tadi kita ada exam.

Kita bangun jam 4 pagi. Semata-mata mahu ambil semangat awal. Semangat itu.

Exam kita dari jam 9 pagi sehingga jam 3 petang.

Tanpa henti!

Gila kan.

Ini pertama kali kita ambil exam lebih daripada tiga jam. Sangat tepu! Ok, adalah juga dalam lima belas minit rehat sekejap makan tengahari. Itu pun makan di luar kelas. Luar yang tidak berapa luar jugalah. Sekangkang ayam sahaja. Kami tidak dibenarkan keluar jauh daripada bilik peperiksaan.

Yang membuatkan kita overdose penat ini bukan apa.

Pagi tadi. Bersemangat waja betul kita datang mahu ambil exam. Dalam 8.30 pagi sudah sampai. Dalam perjalanan dari LRT ke bangunan itu, tiba-tiba kasut kita yang belah kanan ini tercabut tapak. Bukan sikit-sikit dia punya tertanggal itu. Habis tinggal sepanjang ibu jari sahaja tapak yang bergantung hayat melekat di kasut kita.

Ya Salam.

Memang Thank You Allah.

Nak dijadikan cerita. Kita pun terpaksalah jalan sambil menyeretkan kaki. Kamu pernah tengok cerita Resident Evil? Ingat tak macamana gaya segala Zombie itu berjalan menyerang manusia? Jalan sambil menyeretkan kaki, bukan? Ibarat kaki melekap di lantai. Hah. Macam itu jugalah gaya kita terpaksa berjalan. Dari LRT ke bilik peperiksaan. Memang nikmat!

Fuh.

Memang Thank You Allah.

Pada jam 9 pagi.

Buku soalan mula diagihkan. Boleh tahan tebal juga dia punya case study. Dekat nak sejam jugalah kita ambil masa mewarnakan setiap baris dengan highlighter oren kita. Setiap baris wajib dibaca dengan teliti. Setiap baris pun ada requirement. Setiap baris pun ada yang tersurat dan tersiratnya. Suhaila pesan, baca line by line. Jangan terlepas pandang. Terima kasih Suhaila.

Dalam jam 10 pagi.

Kami semua diberi VMware. Virtual Machine, bahasa Inggerinya. Kelajuan dia, Ya Allah punyalah 'laju'! Siput khinzir yang berjoging di sebelah pun laju lagi. Mujur tak ada siput khinzir. Habis nanti kita taburkan garam sebanyak mungkin.

Bayangkanlah.

Setiap 5 minit skrin kita beku. Habis sistem kita keras kejung tak bergerak. Nak tak nak terpaksa restart komputer. Entah sudah berapa juta kali kita kena restart komputer. Dengan silau lampu depan kita yang terang benderang dengan mengganasnya. Terkebil-kebil kita memandang skrin komputer. Silau yang boleh tahan memeningkan kepala dibuatnya.

Fuh.

Memang Thank You Allah.

Akhirnya.

Setelah bergelut menjawab semua soalan, dalam jam 3 suku petang kita pun habis. Kita orang ketiga keluar dari bilik peperiksaan. Tak tahan. Tepu kepala dan mata dibuatnya. Dengan nak terkejar-kejar solat Zohornya. Dengan kasut yang sudah tercabut tapaknya. Dalam tujuh orang lagi yang belum selesai menjawab soalan. Dan hampir kesemua komputer pun ada masalah 'kelajuan' VMware yang sama.

Fuh.

Memang Thank You Allah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Akhirnya.

Alhamdulillah.

Tamat sudah latihan kita selama seminggu dengan lebihan satu hari.

Sebenarnya bukan apa.

Kita ini nak elakkan daripada mengeluh dan memaki hamun semua kejadian pada hari ini. Itu yang kena tapis fikiran dan hati ini siap-siap. Jangan bagi syaitan menyelit. Nanti entah apa-apa biji butir yang dia sibuk bisikkan. Lepas itu, habislah. Mesti kita menyinga punya. Sebab itulah kena sebut siap-siap Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Lagi pun.

Kita juga yang mengada minta kuatkan kesabaran.

Allah takkan bagi kita kesabaran semudah itu.
Takkanlah nak bagi peha tanpa betis dahulu.
Takkanlah begitu senang kan.

Walaupun Allah itu Maha Pemurah, tapi Dia mesti nak uji sikit iman hambaNya. Nanti kalau main hulur kesabaran percuma macam itu, tak adalah hambaNya nak bersyukur dan belajar jadi manusia. Nanti lupa diri terus. Lepas itu, makin banyaklah bahan bakar api neraka.

Fuh!
Nauzubillahiminzalik.

Tak mahulah kita.

Makanya, sebab itulah.

Allah cuma tunjukkan jalan dan cara.
Tetapi, tidak dibagiNya kesabaran itu secara percuma.

Bukannya sebab Dia tidak Mendengar akan doa kita. Dia dengar. Maha Mendengar itu. Dan Dia Maha Pemurah serta Maha Penyayang dengan hambaNya. Pasti dimakbulkan segala doa hambaNya. Dengan syarat, doalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Makanya....

Opp... opp.

Dah azan Maghrib.
Solat cepat.

Tak payah sibuk nak italickan semua perkataan Inggeris dah Huzai oi_

Kategori:

10 Responses to "Peperiksaan Terim"

attheback said :
July 27, 2009 at 8:38 PM
yey fes!!

[dani kalah.. muahhahaha]

cek kak:
mengikut pengalaman aku.. kalau ade byk dogaan tu ms nk amik exam tu.. insyaAllah ade hikmah yg baik menanti di kemudian hari.. sebagai contoh --> ko akan lulus dengan cemerlang.. cayela ckp aku... insyaAllah..

sbb aku dulu pon mlm sblm exam terim nun jauh kat negeri org => chris stoke bwk dinner atas tasik sampai tgh mlm. blk2 laptop tetiba crash make xleh nk studi. hard disk kong xleh nk start laptop lgsg.. huhuhu.. esoknye sampai bilik peksa [kami peksa dlm library wooo..library dorg cantik woo.. pastu ade cafe dlm library dorg.. :D] nak xnak kena gune laptop trener aku jwp exam... xde can nk mentoyol langsung.. huhuhu..

yg pasti aku x sbr nk dgr apdet ko esok... jom brekfes kat mesra esok.. :D

dah cam wat entri aku ni.. hahahha
famia said :
July 27, 2009 at 9:19 PM
suhaila: hehehe. aminnnlah 40 kali. semogalah. banyak soalan tricky woh! tapi discussion sabtu hari itu banyak gila membantulah. thanks banyak2 ya. ok jom breakfast Mesra esok.
Indrasakty said :
July 27, 2009 at 11:21 PM
Bila nak tahu resultnya?
paiseh said :
July 28, 2009 at 1:17 AM
bulih ke x belakang kira.. lu dah berjaya lalu kesusahan. tu pun dh kire berjaya. heh!!
famia said :
July 28, 2009 at 7:12 AM
khairulhak: yang kami semua submit adalah database dan log database. dan dihantar ke Australia. dalam sebulan atau sebulan lebih baru tahu result.

pai: hehehe. baiklah wahai hanif. alhamdulillah.
Dani neh said :
July 28, 2009 at 9:08 AM
suwaila..
tayah la tules dani kalah.. ahahahah.. sengal gile!!

btw xai..
aa..

result dah dapat ke a?
ke aku tak fokus dgn penulisan ko.. ahahahks
dianna said :
July 28, 2009 at 1:36 PM
such a very sabar person.
wish i can be this sabar. :)

p/s : i bet u will very goooood result :)
famia said :
July 28, 2009 at 2:06 PM
dani: hehe. belum wahai dani. lagi sebulan.

dianna: err.. taklah. saya tak sabar orangnya. bengis. garang. lagi menakutkan. auummm!
Dani neh said :
July 28, 2009 at 5:47 PM
diana:
degil pun ye jugak
aCe_LaNuN said :
July 29, 2009 at 11:16 PM
huhuhu..cik.famia solfware eng?? or S.analis??..
mintk tunjuk ajar...abis belajar nnt antr resume kt cik.famia leh...tgu thn dpn ler abis belajar...
.............................
moral: ilmu itu untuk diajar bkn untuk disimpan..
.........................

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.