Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 06, 2009


_Aisehmen.

Terasa nervous pula tiba-tiba.

Setahu kitalah.

Seumur hidup kita belum pernah lagi menjodohkan kawan-kawan. Diri sendiri pun tiada pandai mahu dijodohkan. Apatah lagi kawan-kawan. Ini kalau ada kawan-kawan mahu kenalkan lelaki pada kita pun kita dah angkat kaki seribu. Waemah kaki kita dua sahaja. Orang putih kata, freaked out.

Assalamualaikum.

Ingat tak nervous ke nak dikenal-kenalkan macam itu. Kita dah merasa hari itu. Sia-sia je kita err.. terpaksa tidak terima. KIV pun tidak. Tiada kesanggupan. Pintu hati pun tiada. Mahu dibukanya bagaimana. Walaupun jika maaf itu berguna nak polis buat apa lagi, tetapi maaf sahajalah kita pinta. Urusan jodoh ini, kita serah pada mak ayah kita sahaja. Sila lalu pintu hadapan ya.

Ingat tak nervous ke bab main hati ini?

Nervous, woi!

Tersilap langkah, jatuh zina hati kita dibuatnya nanti.

Cumanya.

Kita sekadar mahu menyampaikan pesanan. Barangkali kita tiada kelayakan mahu jadi orang tengah. Tetapi, kita cubalah bukan. Manalah tahu. Boleh juga menolong kawan. Langkah pertama mahu jadi orang tengah pun kita masih bertatih lagi. Siapa yang arif, harap boleh beri tunjuk ajar. Kalau ada galah boleh tolong jolokkan sekali. Maklumlah, sekarang musim buah-buahan di dusun kampung. Sedekahkan kita seplastik dua buah manggis. Kita kepingin.

Err....

Ada seorang kawan gadis kita ini. Sebaya kita. Tidak muda. Tidaklah tua juga. Mahu mencari pasangan. Sehidup semati. Membina ladang dan masjid. Menghasilkan tanaman yang subur. Dan....

Dah... dah.

Kena penampar sulung juga kita ini nanti.

Beginilah.

Siapa mahu mencari pasangan dan sudi dipasangkan dengan kawan kita?

Sila bagitahu sekarang_

Kategori:

12 Responses to "Orang Tengah Yang Ditengah-tengah, Sila Ke Tengah"

Anonymous said :
July 6, 2009 at 3:39 PM
Siapakah kwn namanya kwn itu?
famia said :
July 6, 2009 at 4:09 PM
anon: aik? anonymous pula. hehe. nama dia emm.. adalah. kalau ada hajat, sila email ya.
Lt Col Dop Mustang said :
July 6, 2009 at 7:51 PM
org mana? belajar ke dah kerja? umur berapa (range pun x mengapa)? BMI berapa?

*tanyakan utk org. bkn utk aku.
belakang said :
July 6, 2009 at 8:18 PM
agak2 untuk aku ade x cek kak.. muahahaha...
famia said :
July 6, 2009 at 9:40 PM
dope: err.. orang Melawatilah dope. budak kelas aku masa sekolah menengah dulu. tapi kan.. aku dah lama sangat tak jumpa dia. nanti aku jumpa ek. boleh tolong riki.. eh tak sopannya. boleh tolong risik ha.. risik. Sekarang dah kerjalah. Kata sebaya aku kan. Sebaya kau jugalah. Aiseh dope ni. BMI ek? Emm.. ideal rasanya. Aku kena double check. Hihi. Nanti ya.

suhaila: hahahaha. aik? sejak bila aku jadi matchmaker ini. hahaha. aku suggest kau kenal2lah dengan abang saudara anis tu. hihi. boleh jadi besan untung2.
Indrasakty said :
July 6, 2009 at 10:19 PM
Apa-apahal, kirim salam dulu pada beliau.
Lt Col Dop Mustang said :
July 7, 2009 at 12:37 AM
byk benda sbnrya psl jodoh ni. rasi ke idak. sekufu' ke idak. nak2 skrg ni pempuan lagi educated dr lelaki (kalau tgk peratusan pempuan di IPT).

blom lg masok bab agama. nak pempuan baik, tp diri sendiri x berapa nak baik.

xpelah, pelan2 kayuh .. syurga pun ada 7 lapis ..

(Tuhanku .. aku TIDAK LAYAK .. masuk Firdaus Mu .. tapi aku tak sanggup .. menanggung siksa .. neraka Jahim Mu *syahdu pulak pepagi neh)
famia said :
July 7, 2009 at 10:50 AM
khairulhak: baik. nanti disampaikan.

dope: hehe. sokong! tang sekufu itu ada benar sesangat.
freakafunky said :
July 8, 2009 at 2:43 AM
lagi sekali entri kawen.
errr cun tak?
famia said :
July 8, 2009 at 9:11 AM
freakafunky: err.. alhamdulillah cukup paras rupa.
aCe_LaNuN said :
July 10, 2009 at 12:28 AM
errr..kite nk jugak?? tp disbb kn usia msh setengah jagung..tadika pon xabis2 lg..kite nk yg adik jer la..
,,,,,,,,,,errrrrrrrrrrrrrrrr,,,,,,,,,
moral:- nyanmuk gigit leh garu..terok2 demam kepialu...buaya gigit berDarah xtahu..errr..pandai2 laa pikir labu..
famia said :
July 12, 2009 at 1:47 PM
ace: kalau tengah belajar lagi, sila belajar sampai habis. yang penting didahulukan. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.