Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, July 29, 2009


_Malam tadi ini kita ada majlis.

Tengah seronok kami semua yang perempuan-perempuan ini berehat-rehat, tiba-tiba seorang kakak ini menegur kita.

"Eh, awak kalau jeling macam itu tadi memang sebiji muka macam Yuna."

Kita ternganga.

Ya Allah.

Not again!

No.
Noo.
Noooo.

Nafsu murka terus menerpa.

Buat kali ke 8 juta, kalau kamu mahu ulang benda yang sama kepada kita, harap simpan sahaja. Dikhuatiri kita bakal naik murka. Hahahaha. Lain, woi! Muka cik Yuna itu lebih kacak embun dan manis berbanding kita. Cuma, kita lahir lebih beribu-ribu hari daripada beliau. Pastilah agaknya dia yang ada mirip kita sikit mungkin. Mungkinlah.

Cumanya.

Boleh tahan sedih juga terasa di hati, eceh.

Bukan apa. Sepanjang tumbesaran kita ini, telinga kerap sangat dengar ayat seperti "Eh, muka dia ini macam cousin aku." Paling tidak pun, "Eh, muka dia ini macam kawan aku." Dan paling tidak pun, "Eh, ada kakak ke? Muka macam samalah." Dan paling tersangat paling tidak pun, "Eh, macam muka Yuna." Atau mungkin yang lebih teruk lagi, "Eh, adik-beradik Yuna ke?"

Muka macam Yuna?
Siapa Yuna?

Penyanyi itulah.

Lagu apa yang dia nyanyi?

Lagu yang sebut, 'Oh bulannnn...'.
Yang itulah. Takkan tak pernah dengar.

-_-"

Dengar. Dengar.
Dah.

Kita terus jadi tak berkenan dengan segala lagu budak itu.
Maaflah cik adik Yuna ya.

Ah, jangan nak gatal suruh kita letak gambar dekat sini. Tak ada masa. Kita tahulah kononnya setiap manusia ini, dijadikan muka seirasnya dalam 7 rupa. Ini entahlah sahih ke tidak. Sebab kita pun dengar daripada mulut orang-orang tua sejak kita setinggi paras lutut ayah kita.

Tapi itulah.

Bukan takat tujuh ini. Dah sampai keturunan ke berapa entahnya. Macam sudah tujuh ratus rupa dah kita miliki sama macam hamba Allah yang lain. Oh, sungguh tidak uniknya kita. Kalau emak dan ayah kita dengar, sedihlah mereka. Kecil hati kita.

Tapi.

Boleh menyerupai wajah manusia lain lebih daripada tujuh rupa.
Terasa macam sesumpah pula.

Kan_

Kategori:

26 Responses to "Muka Macam Yuna"

Indrasakty said :
July 29, 2009 at 9:15 AM
Comel sikit daripada Yuna (ini untuk mengambil hati supaya tidak murka).
etdebek said :
July 29, 2009 at 9:28 AM
jom wat charity konsert nak?? kekekeke

[gurau2.. peace.. :D]
Anonymous said :
July 29, 2009 at 9:52 AM
Tak tahu lak selama ini komen kat blog you..na, lalalala, nyanyi la skit..hehe, sesumpah leh gak tiru2 sore..hehe, gurau2..

The Anon
ieba said :
July 29, 2009 at 10:08 AM
ahaks!! pami muka tu xpasti tp kalo style yuna dgn hang sama dr segi tudung je gasanyer kot..tp dia yang lebih glamer jadi ramai kata hang yang mcm dia walau hakikat nyer hang lahir dulu hehhe

off topic:-pesta buku jom hehe :)
famia said :
July 29, 2009 at 11:06 AM
khairulhak: hai baiknya hati kawan seorang ini. nak ambil hati tak ada pulangan pun. haha.

suhaila: hahaha. buat konsert mengajilah macam itu.

anon: cis... cisdel.

ieba: tudung dan baju? -_-" pesta buku? shah alam kan? haha. insyaAllah. tak boleh turun agaknya kot. tengah mengawal kewangan untuk holiday awal Ogos ini. kalau ternampak buku, pasti wajib harus mesti beli punya. fuh. kronik.
archiq said :
July 29, 2009 at 11:45 AM
eh.. Yuna tu mukanya sebijik cam fami laa.. hehehe..

[in reverse]
Dani neh said :
July 29, 2009 at 12:07 PM
aku baru tgk vklip yuna..
ha-ah.. bleh a ade iras yuna..

mebi faktor fesyen tudung kots.. hahaks

tapi kite kalo jalan berdua..
boleh pulak orang ckp..
"bradik eh?"

padehal kalo aku jalan dengan adik aku..
orang pasar malam siap tanya
"bungkus asing ke?"

~kecik hati yoyo hahaks
famia said :
July 29, 2009 at 12:54 PM
aciq: cis.

dani: alaaaaaaaaaaaaaaa.. lainlahh. kalau kita dua macam beradik itu sebab ke hulu ke hilir pun saing. di mana ada Dani. di situ ada Huzai. tapi, sekarang dah tak. sob sob sob.
abangpit said :
July 29, 2009 at 5:00 PM
aah la... betul la.. ada iras-iras la.. ishh.. kagum kejap.. bila nak wat konsert?
July 29, 2009 at 8:46 PM
hehe. =D
famia said :
July 29, 2009 at 10:21 PM
maoi: wey lu! siot je. hahaha.

akmar: -_-"
abangpit said :
July 29, 2009 at 11:46 PM
alamak.. takkan blushing kot.. hahahah
July 30, 2009 at 2:30 AM
tak suka saya kalau orang salah sangka ingat saya David Beckham.

dah takde org lain ke nak di salah sangkakan?

(ok.saya reka cerita - -")
M-I-N said :
July 30, 2009 at 3:49 AM
rugi tak mintak autograf.ada album baru jangan lupa simpankan ek. :P
freakafunky said :
July 30, 2009 at 5:28 PM
eh aah la. pandang lagi sekali!
betul la... macam TUNA.
haha
paiseh said :
July 30, 2009 at 8:47 PM
lu penahkeje shell MRR2 kat taman melati/gombak?? gua penah tegur makwe shell kat situ mintak otograp. igtkn Yuna.
famia said :
July 30, 2009 at 9:28 PM
maoi: aku tak pandai blushing. aku tengah adjust temper je. haha.

7kaki: Fuiyoooo! David Becham mata sepet! hahahaha

min: -_-"

freaka: ikan tuna dan ikan sardin, sedap lagi sardin.

pai: lu dah kronik gila bayang ini dengan artis itu. haha
Ezad said :
July 31, 2009 at 9:24 PM
yuna tu mcm mana rupanya

heh! tak pernah tengok pun
Anonymous said :
July 31, 2009 at 10:42 PM
Bila nk update entri baru yuna??..hahaha

The Anon
nurnana said :
August 3, 2009 at 9:26 AM
Faminye,
aku dah kata berapa kali.
kau selalu tak caye apa aku cakap.

~Nananye.
famia said :
August 3, 2009 at 11:30 AM
ezad: tak apa. tak payah tengok.

anon: -_-"

nananya: haha. ok ok. aku percaya kau cakap. tapi aku tak sama macam dialah. mungkin gaya, mutu dan keunggulan je kot.
curX said :
August 3, 2009 at 9:16 PM
emm.. kalo yuna tu dgn gitar dia, "yuna" ni dgn dslr dia. kikikiki :p
Zuriani Y. said :
August 4, 2009 at 10:52 PM
lol
Amirez said :
August 5, 2009 at 7:15 PM
oo..macam yuna rupanya wajah kak famia eheh :P
famia said :
August 7, 2009 at 10:17 PM
kerk: tsk.. lainlah.

zuriani: -_-"

amirez: takkk.
nkniessa said :
August 8, 2009 at 12:11 PM
apa kata huzai letakkan dlm blog ni gambar huzai dan gambar yuna.. nanti kitorg leh bg komen.. adakah betul ianya sama... heheheheheh

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.