Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, July 02, 2009


_Orang kata, mimpi itu mainan tidur.

Ada benarnya itu.

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

"Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Adakalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi itu ada tiga macam:

  1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

  2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

  3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.


Mimpi kita yang satu ini, entahkan mainan atau tidak.

Dalam mimpi itu....

Kita dan adik gadis kita terdengar satu lagu. Lembut terbuai-buai kita dibuatnya. Iramanya menenangkan. Kita terasa semacam di tepi pantai yang indah. Sambil berlari-lari anak. Bukanlah seperti bersa'i. Cuma, larian secara gerak perlahan ala-ala pasangan romantis berlari-lari gedik mengada tak ingat dunia di tepi pantai di dalam cerita Mat Saleh di kaca televisyen. Ah, pelakon Melayu pun ada juga.

Mungkin jika dimodenkan lagu tersebut, adalah sedikit bunyinya macam lagu 70an di bawah ini.

Di tepi pantai yang indah.. greng greng greng
Ku duduk seoranggg diri..
Suasanaaaa...

Hah.

Lagu yang dalam mimpi kita itu bukan digoreng gitar bunyinya. Cuma perasaan tenangnya semacam di tepi pantai itulah.

Kita tanya adik gadis, "Apa tajuk lagu ini?"
Adik gadis kita senyum simpul menjawab, "Damai bersamamu."

Kapoof!

Kita terus terjaga daripada tidur. Mata tercelik. Terus kita tanya pakcik Google tajuk 'Damai bersamamu' itu. Sangka kita tak terjumpa. Mimpi itu bukankah mainan tidur. Entah apa sahaja yang disampaikan satan dalam mimpi itu ke kita. Maka, tiadalah kita bersandar harapan dengan hasil carian pakcik Google.

Dan entah macamana, pakcik Google gigih pula mencari lagu itu sampai terjumpa.

Pling!

Nyanyian Haddad Alwi - Damai Bersamamu.

Masyaallah.

Memang iramanya sebiji macam dalam mimpi kita.
Tajuknya pun sebiji sama juga.
Dinyanyikan lelaki juga.

Terkejut kita.

KESIMPULANNYA:
Silalah bangun untuk bertahajud atau bertaubat menghadap Allah jika terbangun pada sepertiga malam. Jangan tiru macam kita. Boleh pula kita menghadap pakcik Google sebaik sahaja tercelik mata. Astaghfirullahazim. Segala yang tak semenggah itu memang milik kita.

-__-"

Hah.

Cuba lalukan lagu itu ke telinga.

Tengok damai tak damai bersamamu_

Kategori:

6 Responses to "Mimpi itu Mainan Tidur Atau Mimpi itu Tidur Dimain-mainkan"

ieba said :
July 2, 2009 at 2:42 PM
Hurm....syahdu hurm..menusuk..hurm...
M-I-N said :
July 2, 2009 at 6:17 PM
ok.nanti tanya Google.pernah juga dapat mimpi jenis no.1 itu.
hafiz abdul said :
July 2, 2009 at 9:56 PM
alhamdulillah.
ummi adibah said :
July 2, 2009 at 10:50 PM
komen menyimpang (sebab semacam tiada chatbox.mungkin)

blognya rapi.
sekemas pemiliknya.
saya suka.

sekian :P

salam.
famia said :
July 2, 2009 at 11:40 PM
ieba: kan. hehe. damai gila.

min: ya? hehe. baguslah.

hafiz: syukran.

ummi: err.. awak. chatbox di sebelah kalau ternampak. hehe. eh, minta maaf. saya bukan orang yang rapi. cuma, mata itu ada sikit masalah suka menengok benda2 yang sedap mata memandang. tuannya tiadalah rapi mana. meja kerja bersepah saja. susah mahu buat kerja kalau meja terlalu kemas.
Niza Dekja said :
February 5, 2010 at 8:47 AM
uh sgt mendamaikan.. meremang saya dengar ;) syukran!

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.