Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, July 26, 2009


_Manusia.

Daya ingin tahunya teramatlah tinggi.

Ada yang berbatas. Ada yang tiada. Kepada yang tiada, itu teramatlah bahaya. Pernah dengar 'Curiosity kills the cat'? Janganlah diajukan pertanyaan kepada kita. Tiadalah kita tahu mengapa kucing yang dibunuh. Mengapa tidak anjing, khinzir mahupun ayam. Tetapi. Kita yakin pasti ada cerita di sebaliknya.

Kalau ada yang tahu, sudilah kiranya dapat berkongsi dengan kita.

Begini....

Ada yang mengaju soalan pada kita. Soalan yang boleh tahan kerap juga kita terima. Maka, ini segala jawabnya. Sekadar mahu menjernihkan cerita. Bukanlah kita sudah malas mahu menjawab soalan. Err, kadangkala malas jugalah. Maaflah. Kita manusia biasa yang sangat hina dan tiada guna. Semoga di kemudian hari, keruhnya tiada.

Ok, mula.

Anda seorang photographer?
Mestilah bukan. Hehe. Mengambil gambar itu kegemaran kita cuma. Orang putih bilang, passion. Fotografi itu sebenarnya banyak hikmahnya. Antaranya, lebih rasa bersyukur dengan segala nikmat dan kejadian Allah. Tak kisahlah kamera jenis apa pun yang kamu gunakan. Rasa beryukur kepada Penciptanya itu pasti datang menyinggah.

Anda seorang designer?
Eh, lagilah bukan. Kerja kita lebih ke arah teknikal. Computer support. Pengurusan rekod. Kadangkala ada juga kita buat kerja-kerja design di pejabat. Cuma bukanlah kita seorang designer. Apa lagi graphic artist. Design itu juga salah satu passion kita.

Anda seorang lelaki?
Eh, kenapa selalu ingat kita lelaki? Mujur hati kita besar. Tiadalah pula ia mengecil. Seperti lelakikah kita ini? Hehe. Tetapi, kalau belum pernah bertentang mata memang selalu kita disangka sebagai lelaki. Lali dibuatnya. Mujurlah kita tidak buat perangai. Kalau datang balik perangai lama yang tidak semenggah itu, sudah lama kita menyamar menjadi seorang lelaki. Boleh main-mainkan orang. Lepas itu dapat dosa. Kena seksa dekat neraka. Astaghfirullahalazim. Jangan main-mainkan orang. Tak baik. Kita sudah insaf. Isk.

Anda 23 tahun?
Hahahaha. Kalau kita kata ya, sudah pasti digunting lidah kita di akhirat nanti. Secara jujurnya, kita bukan bawah 25 tahun. Maaflah. Kita rasa disangka muda bukan perkara yang menyeronokkan kita. Bila disangka muda ini, biasanya fikiran belum matang habis. Kebudak-budakkan yang teramat. Terasa jauh dengan kematian. Sungguhpun kita sudah lebih 25 tahun, tetapi kita mengaku yang kita sendiri masih kebudak-budakkan lagi. Choki Choki, oh! Maaflah. Gigi bongsu belum tumbuh lagi tiga. Apa kaitannya dengan gigi bongsu? Berkait dengan kematangan mungkin.

Ok.
Itu sahaja yang dapat kita ingat.

Hah, kamu!

Jika ada sebarang kemusykilan, sila suakan_

Kategori:

12 Responses to "Menjawab Pertanyaan"

Ezad said :
July 26, 2009 at 11:04 PM
first!

haha.. dpt gak aku jadi first comment
Indrasakty said :
July 26, 2009 at 11:46 PM
Gaya tulisan yang begini, mustahil sudah orang mahu anggap lelaki lagi. Semakin terserlah kewanitaannya (ini pujian).
famia said :
July 27, 2009 at 5:32 AM
ezad: tahniah.

khairulhak: hehe. ada dalam satu hadis ini, disuruh baling pasir kepada manusia yang memuji. relevannya? wallahualam. cumanya, sesungguhnya segala pujian itu untuk Allah semata. semakin terserlah kewanitaan? hehe. penggunaan 'kita' itu agaknya.
Dani neh said :
July 27, 2009 at 10:34 AM
Anda dari Indonesia?
Aaa.. itu aku kena.. dah 3 kali..
masa kat ppp
masa kat case
lagi satu masa bila tah tah pasti..

huuu..
shiamira said :
July 27, 2009 at 3:43 PM
ini soalan cepumas and a little private
Anda sudah kahwin?
:)
famia said :
July 27, 2009 at 7:21 PM
dani: hehehehehe. kiranya, anda dari Indonesia ke ini wahai anda? :p

shiamira: hehe. belum wahai shiamira.
Anonymous said :
July 27, 2009 at 11:11 PM
Ni soalan maut, anda berumur 7x4 = ?,anda tidak rabun?.. sy syg kucen dan syak wasangka sy tidak akan membunuh kucen..kerana kucen haiwan kesayangan Rasulullah SAW.. =)

The Anon
famia said :
July 28, 2009 at 7:09 AM
anon: belum 7x4 lagilah. sehari sebelum puasa baru sah 7x4. rabun? alhamdulillah belum. waemah hari-hari mengadap komputer dari jarak dekat. berkat makan sayur yang dipaksa mak dari kecil dulu agaknya. kucing adalah binatang yang penuh kasih sayang. tapi saya tak bela kucing. sebab seriau dengan bulu dan kukunya. lebih menarik jika bela ayam. haha
Anonymous said :
July 28, 2009 at 9:54 AM
Nak bela ayam boleh tapi bela lah ayam katek ker atau ayam serama, takut2 nnti ayam kesayangan jadi hidangan tengahari..haha

The Anon
famia said :
July 28, 2009 at 2:08 PM
anon: eh, bela ayam memang untuk dimakanlah kan.
Anonymous said :
July 28, 2009 at 4:06 PM
hehehe..papelah

The Anon
August 7, 2009 at 10:17 PM
bela beruang lah...

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.