Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, July 22, 2009


_Jika mahu jadi pencinta, belajar bercinta itu haruslah ada.

Dan.

Jika mahu belajar bercinta, jalan percintaannya juga mestilah ada. Yang mana, mungkin jalan jauh dan panjang. Mungkin juga jalan pendek. Dan boleh jadi juga jalan pintas. Semakin besar jarak jalan percintaan itu, semakin mencabar pula pembelajarannya. Pembelajaran itu ibarat halangan. Dan boleh jadi, semakin sukar juga mahu mencipta seorang pencinta.

Sama ada kecundang atau tiada, silalah rujuk Allah Yang Esa.

Sekejap.

Pencinta, bercinta dan percintaan yang kita maksudkan, langsung sama sekali tiada kena mengena dengan pencinta, bercinta dan percintaan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan belum lagi diikat secara halal. Zina melambai-lambai itu dari jauh. Lebih gila menakutkan daripada ngilaian pontianak dari atas pokok durian. Maklumlah, sekarang kan musim buah. Itu sebab dia khusyuk bertenggek dekat pokok durian. Kadang-kadang dekat pokok manggis. Pokok pulasan pun ada juga. Kadang-kadang rambutan.

Hah, apa beza pulasan dan rambutan?

Woi, sila kembali ke pangkal jalan sikit.

Baik!
Astaghfirullahalazim.

Kesimpulannya.

Pencinta pencipta.

Hah.

Cuba sebut 'Pencinta Pencipta' lapan kali dalam satu nafas.

Menggelupur ke tidak. Boleh tahan terbelit juga lidah kita dibuatnya. Umpama menyebut 'Buaya Biawak' selaju mungkin. Sungguhpun tiadalah banyak mana faedahnya, namun kita rasa masih boleh menyumbang faedah jugalah. Kita kan suka menyumbang benda yang tiada faedah. Hati-hatilah dengan kita. Gunanya memang tiada.

Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.

Cuba letak alunan muzik sikit.

Barangkali senang mahu lekat dalam kepala. Lagu Pencinta Pencipta oleh hamba hina.

'Aku memang pencinta pencipta
Namun ku tiada upaya
Untuk setia pada pemilik nyawa
Ku cuba mencintai Dia...'


Woi, sila kembali ke pangkal jalan sikit.

Baik!
Astaghfirullahalazim.

Sambil itu, sila pasang niat mahu bangun sepertiga malam.

Dan ulang sampai tertidur.

Oh, lupa.

Itu pengenalan. Ini baru jalan ceritanya. Biasalah. Kita kalau mahu menyampaikan cerita ke muka jalan, memang luar biasa dia punya belit-belit bersimpang-siur. Macam ular. Ada seorang kawan kita kata antara keling dan ular, kalau terjumpa kedua-duanya serentak, bunuh keling dahulu. Kemudian, baru ular. Mungkin kalau ular sudah mematuk dan memagut kaki sehingga terputus segala urat darah pun memang perlu dibunuh juga keling itu dahulu.

Relevannya?

Ah, tanyalah kawan kita itu sendiri.

Oh, ok.
Jalan cerita.

Seminggu ini. Bermula dari Isnin lepas sehinggalah Isnin minggu hadapan. Tiadalah kita menjejak kaki ke pejabat. Khusyuk mempersiapkan diri. Kononnya Isnin hadapan ada peperiksaan. Boleh tahan cemas juga kita dibuatnya. Tak apa. Cuba selagi terdayalah agaknya. Kalau dah tak terdaya, kita tawakal sahaja. Serah sahaja pada Pencipta. Sambil itu, nyanyi berulang-ulang kali lagu Pencinta Pencipta.

Op, op.

Sambung cerita.

Tempat kita training itu, dekat Amcorp Mall. Makanya, tiadalah susah jiwa mahu ke sana. LRT kan ada. Taman Jaya, namanya. Seindah rupa. Tempatnya subhanaAllah. Makan minumnya alhamdulillah. Memang kita tak ada masalah.

Melainkan satu sahaja.

Suraunya.

Di tingkat dua. Setiap kali kami naik lif dari tingkat bawah tanah ke tingkat dua, pasti terpaksa naik tangga kesudahannya. Mana tidaknya. Lif itu tidak akan berhenti di tingkat dua. Semua nombor memang ada stesen perhentiannya. Cuma bukan di tingkat dua. Tekan lapan kali pun tidak bernyawa lampunya. Sudahlah kami diberi rehat makan tengahari sekejap cuma. Makan campur solat, terkejar-kejar kami menekan lifnya. Dan buat penambah perisa, lif ke tingkat dua memang tidak ada.

Mengharukan.

Saja-saja tiada atau memang disengajakan tiada atau tersengaja tiada.

Wallahualam.

Akhirnya.

Setiap kali mahu bersolat, kami terpaksa singgah ke tingkat tiga dahulu, dan kemudiannya turun menaiki tangga ke tingkat dua. Paling tidak pun, singgah ke tingkat satu dan panjat tangga ke tingkat dua. Ikut malas dan rajin. Kalau rajin yang sampai dahulu, memang kami ke tingkat satu dan panjat ke tingkat dua. Kalau malas yang sampai dahulu, memang kami ke tingkat tiga dan gelongsor turun ke tingkat dua.

Fleksibel kononnya.

Hah.

Itulah yang kita alami sepanjang kita kena habiskan training dekat sini. Memang terkejar-kejar kita dibuatnya. Maklumlah, instructor kita ini dari negara kanggaru. Serba serbi laju. Tercungap-cungap juga kita. Tak tahulah boleh mengurangkan jisim badan atau menambahkan jisim badan.

Tapi.

Memang betullah.

Lif ke tingkat dua itu ibarat jalan percintaan seorang pencinta.

Menuju Pencipta.

Patutlah luar biasa semacam dia punya jalan. Kena ada jalan susah sikit nak jumpa Pencipta. Mungkin kena tunjukkan bukti sedikit dan tahap kecintaan kepada Pencipta barangkali. Kenalah bersusah-susah sedikit. Takkanlah semua benda datang bergolek sahaja depan mata. Itu malas namanya. Malas itu syaitan memang suka. Memang ngam gila dengan syaitan lepas itu. BFF.. err.. best friend forever orang putih kata.

Kan.

Iya, betul.
Kita tak tipu.

Tak mahu kita digunting lidah dekat akhirat nanti.

Kalau tak percaya, cuba singgah ke sana dan tekan lif ke tingkat dua_

Kategori:

16 Responses to "Mencipta Pencinta Pencipta"

Indrasakty said :
July 22, 2009 at 9:47 PM
Pejam-pejam mata pun tak dapat ingat dah macam mana pelan lantai Amcorp Mall.

Seingat-ingat lupa, rasanya lif barang ada dekat betul-betul sebelah dengan surau. Cuma kalau keluar dari situ, nak cari jalan pulang ke dalam mall macam jauh sikitlah kena pusing-pusing.

Kalau tidak, naik escalator dua kali dan cuci mata cuci hidung lalu restoren minang, kedai vcd, kedai urut dsb., sampai juga ke suraunya di bucu segala sudut.

(Ini dalam mall tau, bukan di tingkat pejabat sebelahnya)
mugiwara said :
July 22, 2009 at 10:28 PM
biasa naik eskelete je...
tapi agak romantik la tahap kelajuan dia...

nak jumpa pencipta pun perlu ada feeling juga kan...

dan.
ya.
kena pukul keling tu dulu!
sebab.
ntah.

kata orang, kalau tak pukul dia, nanti sekor ular jadi sploh ular...erm...
paiseh said :
July 23, 2009 at 12:20 AM
mana satu cerita lu ni..??
Anonymous said :
July 23, 2009 at 3:26 PM
_Untuk bercinta, kena mengenal pencipta pencinta dulu, dan dari pencipta cinta kita mengenal cinta dan mula mencipta cinta dengan pencipta, samada cinta itu diterima sila rujuk pada Maha Pencipta.

Beza Pulasan dan Rambutan??, tak sama isi dengan Manggis.. :p

Relevankah? sgt relevan sape suh bwk ular dan lepaskan merayap2, kan dah kena bunuh..ekek, relevan ke?? :p

Syukur tgkat 2 sahaja, kalu tgkat 8 pasti pkai tracksuit, dan berotot pula kakinya pula..wah jadi ahli sukan pula bertambah sihat dan kuat.. :p

Selepas ini buatlah design opis(kalu ada opis sendiri nnti) yg lebih "fleksibel" utk ofis biar selaras, takut ada yg lemah lutut naik tangga.. :p

Buat sang instructor, patut diberikan makan belacan agar kurang lompatannya bukan untuk melembabkan, tp naik turun naik turun ni mmg penat jugak katanya..kurang bitamin agaknya.. :p

Semua cinta itu bersebab, saya juga tidak tahu kenapa sy mengomen di blog ini..Cinta Mungkin pada pencipta blog..nehhh.. :p

The Anon
orgbelakangpongitreninggaktapidahabbisharinihahahaha said :
July 23, 2009 at 5:23 PM
nak join amik exam gak... huwaaaaa..

eh.. ko becinta ngn The Anon ke cek kak?? [gile xde kena mengena.. hhahahaha]

x sabar nk blk opis ni esok.. huhuhu
famia said :
July 23, 2009 at 9:39 PM
khairulhak: ada. lif barang. dah cuba sekejap tadi. kesudahannya turun dan masuk terus ke syarikat mana entah. cuak gila. terus kami semua masuk lif ke tingkat dua semula. lepas itu ambil eskalator.
-_-"

mugi: hehe. lif romantik ok apa. tak adalah terkejut kucing jantung kena sentak dalam lif itu. ular jadi sepuluh ular? aik? serius?

paiseh: lu tak baca bismillah. ish ish ish.

anon: orang putih mana makan belacan. hehe. ini dah jadi sebiji entri ini wahai anon. cinta pada Pencipta Dunia lagi bagus kan. hehe. jaga-jaga. jangan sebarang taip. mendatangkan fitnah nanti.

suhaila: berapa kalilah nak ambil exam Admin itu makcik. tehcnical course tu tak ada exam pun. takpe next time suruh bos hantar kau pergi Perth balik ya. bercinta? fuiyo.. sanggupnya fitnahkan aku. sanggupnya. sanggupnya.
Anonymous said :
July 23, 2009 at 11:13 PM
oh salah faham jek cik famia..hujung tuh bukan bermaksud ni..nehhh bermaksud (maybe not).. :p
tp kan why not?

The Anon
famia said :
July 23, 2009 at 11:17 PM
anon: hehe. tepuk dada tanya Allah.
maapkankamiiiiiii... said :
July 23, 2009 at 11:17 PM
alaaaa... xde niat pon weh.. gurau2 je.. maap.. maap.. maap.. tgn aku cabul.. huhuhuhuhu... maap maap maap maap maap maap maap maap maap maap... [sambung lg 8juta kali.. huhuhu]

nak trening+exam gakkkkkkkkkkkk.. bos2 xkan hntr gi perth lg dah... nak exam jugakkkkkkkkkkkk.. huwaaaaaaaaaaa.. [seriyes aku mmg frust x dpt join.. lg2 trening teknikel tu.. sedih.. :( xpe bigbos.. fineeee.. xnak tlg dia dah.. merajuk ni.. huhuhuhu...]
famia said :
July 23, 2009 at 11:22 PM
suhaila: hahaha. saja je gertak. anyway, exam itu memang TRIM Admin yang macam kau dah ambil itu. Tak ada beza langsung. Manual 6.2 dekat encik Z. Silalah usha kalau nak. Aku rasa lain kali baik kau atau Mr V je yang bagi training. Lebih bermakna. Hehehe. Jumaat nanti lepas habis aku singgah opisto. kalau sempat, kita jumpa. hehe. boleh tahan pancit juga nak menapak dari LRT ke Amcorp Mall itu. Dengan LRT punya tangga yang ala-ala tangga Batu Caves. Boleh kurus dibuatnya.
back@opis said :
July 24, 2009 at 8:41 AM
xpe.. manual 6.2 aku pon ade... tp nk jugak exammm... x dpt exam kelas teknikel pon jd la. :(
July 24, 2009 at 6:30 PM
semalam tgk video org yg dah mati pastu kubur dia digali semula lepas 3 jam kena tanam..
menakutkan betul...
famia said :
July 24, 2009 at 8:23 PM
suhaila: takpe. mesti ada rezeki kau punya lagi. insyaAllah.

ain: ya? nak nak! mana link dia?
bintang said :
July 26, 2009 at 2:01 AM
Assalamu'alaikum wahai Huzaimah...jumpa lagi kita karena Sang Pencipta melafadzkan melalui RosulNya utk Lita'arrofu...Cinta antara Cipta dan Rasa memiliki ruang temu pd alam fana yg sengaja terCipta tak lain dan tak bukan hanya utk menCintai Syukur ni'matNya....,memenuhi segala Rasa yg terkandung dlm tinta2x langit yaitu Za'faronn...harumnya menambah pesona PenCinta Cipta dan Sang PenCipta....Wallohu Qoriib..Wassalammu'alaikum...
dop yang bodoh lagi hina :( said :
July 26, 2009 at 9:19 PM
oh, aku penah pegi training kt tempat yg sama, tahun lepas (kalau ko ingat lagi la, aku penah msg ko yg aku menyanyi2 riang naek LRT kekeke)

aku pun training 5 hari gak. paham perasaan ittew. tapi kan, kes aku tambah lagi satu, sbb aku ada solat Jummat. aku bkn la baek sangat la kan, tapi kalau semayang Jumaat pun tertinggal, dok lepak dgn geng2 non-muslim yg attend the same class, dah la malu dgn Allah, malu dgn org non-muslim lagik.

warghh. tak sanggup. lagi sanggup tinggalkan sebahagian kelas + lunch (kampeni aku provide lunch).
famia said :
July 26, 2009 at 10:13 PM
bintang: Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh wahai bintang. syukran.

dope: oh, yang kau sibuk2 naik LRT itu ke situ ke. alkisahnya. hehe. aku training 5 hari. hari ke 6 iaitu isnin esok ini exam. hehe. itulah.. instructor aku pun mat salleh. tapi sebab majoriti melayu traineenya. kami pun selamba ayam sahaja minta permission mahu break lama sikit. perform prayers di amcorp mall. boleh tahan jauh jugalah nak menapak. mujur instructor itu baik hati.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.