Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, July 12, 2009


_Sesungguhnya, masa itu emas.

Emas juga yang menjadi pilihan.

Emaskah yang paling mahal di dalam dunia ini?
Emaskah yang paling mahal?
Emaskah?

Eee.. masss.. kah? Kah? Kah?

Berterabur langsung tanda bacaan.

-_-"

Kita rasa, iman lagi mahal.

Ok, tukar!

Sesungguhnya, masa itu sebahagian daripada iman.

Dan sesungguhnya, kita sangat teruk dalam menguruskan masa. Buat janji pun memang janji Melayu. Setengah jam kemudian baru sampai. Astaghfirullahalazim. Sekarang ini baru bertatih nak uruskan masa dengan lebih semenggah. Sudahlah suka tangguh menangguh. Sungguh dalam kerugian.

Sila jangan tiru macam kita.

Hah.

Berjaga-jaga setiap masa.
Pencuri dan perompak iman itu ada di mana-mana sahaja.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati dengan keberanian dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kesabaran."
Surah Al-Asr (ayat 1 - 3)

Rumah kita ini.

Di tingkat bawah ada sebiji jam dinding. Yang mana agak boleh tahan luar biasa perangainya. Minggu lepas-lepas, jam dinding itu memang sentiasa laju 40 minit. Mak kita pun panjat dinding seperti Spiderman, lalu membetulkan jam dinding itu mengikut waktu yang sepatutnya.

Namun.
Jam dinding itu tetap berjalan laju.
Laju dalam setengah jam dia punya perjalanan masa.

Pelik.

Tanpa berputus asa. Mak kita panjat lagi dinding dan membetulkan jam dinding yang degil itu mengikut waktu yang sepatutnya. Agar tiadalah kami satu keluarga kelam kabut lagi dengan perjalanan masa yang terlebih laju setengah jam. Mahu berbuka puasa pun jadi keliru dibuatnya.

Namun.
Jam dinding itu tetap berjalan laju.
Laju dalam lima belas minit pula dia punya perjalanan masa.

Pelik.

Malaikat punya kerjakah?

Sejak itu. Tiadalah kami menukar lagi waktu pada jam dinding itu. Kalau dia mahu berlari laju, biarkan sahaja dia dengan kelajuannya.

Sebab.

Sesungguhnya manusia memang berada dalam kerugian.

Eh, tapi luar biasa betul jam itu.

Biarlah.

Eh, tak pelik ke dia selalu laju waemah berkali-kali betulkan?

Biarlah.

Eh, tapi....

Biarlah.

Eh, ....

Ish, budak ini. Sudah-sudahlah itu. Ingat ini misteri nusantara ke.

Eh, tapi pelik kan_

Kategori:

12 Responses to "Masa itu Masa"

z@f!r said :
July 12, 2009 at 3:27 PM
teringat lagu nasyid Raihan.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
hafiz abdul said :
July 12, 2009 at 4:35 PM
aslkm di negara kita yg paling mahal diwaktu itu adalah emas.tapi pelik walaupun intan permata itu bernilai tapi tak pulak di buat matawang.erm.. gua pun tak faham.
famia said :
July 12, 2009 at 5:15 PM
zafir: haah. lagu itu best.

hafiz: waalaikumsalam. lu tak faham? gua lagi tak faham. haha.
paiseh said :
July 12, 2009 at 5:30 PM
biar laa.. benda tu nk macamtu...
tapi..

pelik lah!!
Si Aizuddin said :
July 12, 2009 at 8:09 PM
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Eh,tapi..

Mungkin sebab ... hm..

Biarlah..
Ezad said :
July 12, 2009 at 9:28 PM
yg paling mahal adalah nikmat tuhan..

sekali Dia ambik balik, kat mana nak cari ganti?

haa.. pasal jam tu aku rasa la kan, dia mintak pencen tu. so, cari la jam baru.. heh
AtTheBack said :
July 12, 2009 at 10:43 PM
masa??
menepati masa??
pengurusan masa??

huhuhu.. sesungguhnye itu saje rezen yg leh wat aku naik angin secara x terkawal.. aku tau ko phm.. hehehhee..
famia said :
July 13, 2009 at 5:43 AM
paiseh: kan? ha dah kata dah.

aizuddin: haha. biarlah.

ezad: nikmat Tuhan? hehe. ya ke? pastikah? jam itu jam barulah. bukannya dia rosak tak bergerak. gerak je. biarlah.

suhaila: jaga amarahmu wahai my dear friend. hehe.
aCe_LaNuN said :
July 14, 2009 at 2:21 AM
mase.oh..mase..tuk pelajar tadika hingusan cm sy..
mase = jadual..
jadual = tension..
tension = biar pi la...
biar pi la = jadual x siap..
jadual x siap = kelas x mula
kelas x mula lagi = x belajar....
eh..penat la nk smbung...
oleh itu pengurusan mse penting...
........................
moral : mase itu emas kah???
.........................
at-10-ion..insyallah akn ader satu kursus pengurusan mse kt tadika malaysia terengganu..
.........................
bintang said :
July 18, 2009 at 4:48 AM
Assalamu'alaikum.....wahai Huzaimah, tanpa kita sadari Tuhanpun berSumpah dalam firmanNya "DEMI MASA" (Al'Asr)....yg menerangkan hubungan sebab akibat antara amal dlm iman dan Taqwa dlm nasehat...Salam Tauhid bwt keluarga....,,-BINTANG PAMUNGKAS...(www.bintangp@gmail.com)
famia said :
July 18, 2009 at 8:09 AM
ace: hehe. berkawanlah dengan masa makanya.

bintang: wa'alaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih wahai bintang.
keiroro said :
August 16, 2009 at 10:38 PM
masa itu nyawa.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.