Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, July 03, 2009


_Perempuan dan alat solek.

Ibarat lelaki dan rokok.

Namun.

Perempuan kalau mahu digandingkan, 8 kajang kertas pun belum tentu cukup. Belum tentu habis satu malam dibentangkan kertas kerjanya.

Perempuan dan mulut pok pek pok pek.
Perempuan dan segala jenis tudung.
Perempuan dan hiasan rambut.
Perempuan dan tas tangan.
Perempuan dan alat solek.
Perempuan dan kasut.
Perempuan dan baju.
Perempuan dan....

Oh, perempuan!

Yalah.

Kita pun perempuan juga.

Oh, kita!

Sudah... sudah.

Tersasar alignment dibuatnya. Kena buat balancing ini. Kita mahu cerita lainlah. Ini semua satan punya angkara. Suka sangat terbuai-buai entah ke mana mencecehnya. Manalah tidak berpatah-patah perkataan ditulisnya. Suka sangat berlayar. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga.

Get carried away, orang putih kata.

Macam ini.

Hari-hari lepas.
Dalam LRT.

Biasalah.

Mata kita ini kadang degil juga mahu disuruh menunduk. Sekejap-sekejap mahu meliarkan mata. Lantas, terpandanglah kita akan benda-benda yang tiada molek. Manusia, beginilah perangainya. Bila mahu melemparkan kesalahannya kepada orang lain, alasannya pasti ada perkataan 'ter'. Sedikit pun tiada mahu mengakui itu silap sendiri.

Iya. Itu bukan salah kita. Itu satan, empunya angkara.

Hai, manusia.

Hah, di kala itu.

Ternampaklah kita seorang awek gadis yang sedang gila khusyuk mentenyeh segulung gincu ke bibir mulusnya. Penuh khusyuk lagaknya sambil memandang cermin compact powder jenama entahlah tetapi berwarna coklat cerahlah badan compact powder itu.

Sekejap-sekejap ditenyeh gincu.
Sekejap-sekejap ditenyeh eyeliner.
Sekejap-sekejap ditenyeh pemerah pipi.
Sekejap-sekejap ditenyeh pembayang mata.
Sekejap-sekejap ditenyeh tompok bedak di muka.

Kita tesengih.

Kita tengok yang duduk depan gadis itu kesemuanya jejaka. Berbagai bangsa. Yang seorangnya memandang ke lain. Terasa segan di hati mungkin. Yang lagi seorang memandang tepat sambil tersengih melihat lagak gadis itu.Yang seorang lagi terbuai diulit mimpi.

Kita tersengih lagi.

Khusyuk sungguh kita memandang gadis itu. Melaramnya bukan main. Semacam tiada manusia di sekeliling. Langsung tiada datang kesopanan, keseganan dan kesusilaan.

Selamba kering sahaja.

Yalah.

Kita pun tenyeh juga celak di mata.

Cumanya, tiadalah kita tenyeh di depan orang. Semacam segan pula menjalar andai berduyun mata yang meliar menjamah mata kita di kala sedang melaram di khalayak ramai.

Lepas itu.

Kita ada nampak lagi. Dalam LRT lagi. Kali kedua. Gadis yang berlainan. Khusyuk mentenyeh pelembab bibir pula. Tidak silap kita, Lip Ice Glossy. Lebih kurang begitulah yang dipakainya.

Tenyeh, tenyeh, dan tenyeh.

Selalunya kita nampak dalam cerita Mat Saleh di kaca tv sahaja. Bersolek di dalam kereta dan di dalam keretapi. Maka, tidaklah begitu rare kelihatannya. Kerana itu Mat Saleh. Yang memang kurang kesopanan, keseganan dan kesusilaan. Hidupnya memang selamba kering sahaja.

Cumanya.

Kalau Melayu yang buat begitu, kita terasa sedikit kelakar dan pelik pula.

Kita tahulah pelik itu normal.

Cuma maaflah. Kita memang jakun sedikit dengan benda-benda semacam itu. Barangkali, itu perkara biasa di mata rakyat Malaysia. Cuma kita pula yang terlebih terasa segan. Dan kelakar. Maaflah gadis-gadis. Tergelakkan kamu-kamu.

Entahlah perasaan kita sahaja, atau....

Bersolek di dalam LRT itu memang perkara basic dekat Malaysia ini_

Kategori:

14 Responses to "Makan Choki Choki Bersama-sama, Ada Benarkah Bermekap Di Dalam LRT itu Perkara Biasa"

famia said :
July 3, 2009 at 7:56 AM
saya first!
ladymiaka86 said :
July 3, 2009 at 9:56 AM
haha.. akak ni.. rupanya komen nak jd first jer..

tp kak kak.. mmg btol pun.. slalu jer nmpk gadis lain camtu.. entahlah..
kang komen byk2 takot terkena kat diri sendiri ke, adik su ke..anak2 ke..huhu
M-I-N said :
July 3, 2009 at 12:03 PM
tahniah²! jadi pengkomen pertama :P
pelik rasanya,macam kat rumah tadi tak sempat buat sesi tenyeh-menenyeh je.
coklatCip said :
July 3, 2009 at 12:57 PM
cite ape entah..cite jepun pasal pramugari2 tuu..
entah lupe pula tajuknye..
tapi memang saya ingat sampai sekarang la cikgu diorang marah kt sorang pelatih tu..
dia nasihat, yg bersolek di khalayak ramai ni same la macam pakai baju di khalayak ramai..hehee..
orang Jepon pun tahu malu..tau.
hafiz abdul said :
July 3, 2009 at 1:54 PM
aslkm hebat nya tuhan menciptakan perempuan dengan perangai yg mcm2
July 3, 2009 at 2:00 PM
ekekek. biaw jek lah. =p rasa2 cm biasa jek perkara tersebut. hehe
Amirez said :
July 3, 2009 at 3:14 PM
kalaulah sy yg 'ter'nampak gadis begitu..
jujur kata mata suka memandang..
tapi ikhlas kata hati cemuh melihat..
famia said :
July 3, 2009 at 7:12 PM
sue: hahahaha. kan. tapi.. itu ah. akak je kot yang terasa segan menyegan.

min: hehe. kadangkala.. tenyeh menenyeh tu tak sempat juga. rasanyalah.

coklatCip: pramugari? ha.. ada. tajuk dia.. err.. apa entah. tadi ingat. aduh. hehe bersolek ibarat memakai baju? wooo.. lagi malu tu. hehe

hafiz: waalaikumsalam. haah ye -_-"

akmar: biasa ek? oo.

amirez: hehehe. begitukah.
aCe_LaNuN said :
July 4, 2009 at 7:09 PM
ditenyeh...ditenyeh..para-siswazah kt uni2 seantero m'sia suka menenyeh...peristiwa ini dpt di perhatikan ketika dlm kelas...lab..or kuliah..atau ketika tengah nk jln kaki g kls..sempat t melaram...
tu cter yg popuan...
citer yg lelaki pulok.
ditenyeh marboro..
ditenyeh dunhil..
ditenyeh camel..
ditenyeh kent..
ditenyeh rokok..(jauhi rokok..kerana ia haram..dan membahayakan kesihatan..)
......
klu ak..tenyeh choki-choki...
merokok...XNAK...
.........................
AMARAN: JAUHI ROKOK...ROKOK HARAM DISIS ISLAM
.........................
zie said :
July 6, 2009 at 12:17 AM
salam...
zie pun rasa malu jugak tgk org cam tu...
kalau boleh mahu jer cakap kat dia
"dah la tu...dah cantik dah.."
hehehehe..
July 6, 2009 at 1:53 PM
mungkin kalau dalam LRT, tak sesuai buat begitu sebab terang2 terbuka di khalayak ramai. tapi, pada saya, kalau dalam kereta sendiri, ok lagi kot. sebab saya selalu jek pakai lip balm time tunggu traffic light. :D
famia said :
July 6, 2009 at 2:06 PM
ace: hehehehe. kalau lip ice tak apa kot. haah ya. merokok itu tidak bagus. sila berhenti. majoriti perempuan tidak suka perokok. Harap maklum.

zie: salam kembali. hehehhe. ya kan. dahlah itu. dah cantik pun.

mykelisaputih: hahaha sama dengan. iyalah. lip balm tak apa. Kalau bersungguh-sungguh tenyeh gincu dengan eye shadow bagai dalam LRT. Depan orang ramai. Macam agak segan sikitlah kan. hehe. Kalau tidak segan tak apa. Sila je.
UP said :
July 6, 2009 at 9:08 PM
Kalau mekap2 tu mmg la hampeh.. dlm LRT lak tu..
segan deh nak mekap dpn org.. kat toilet ofis pun kadang2 rasa segan.. kalau nak touch up pun kadang2 terpakse masuk jamban... =p

Tapi kalau pakai lip balm jenama lips ice tu atau nivea (sbb kita pakai nivea),rasanya xpe kot... sebab lip balm/gloss ada yg utk penjagaan bibir bukan mekap pun... coz some people ada masalah kulit bibir sgt cepat mengelupas dan berdarah, so lepas makan, biler berjalan di luar atau biler rasa sgt kering, kenalah pakai lip balm... itu pun kadang2 biler kena pakai rasa malu dan segan, takut org nampak...
famia said :
July 6, 2009 at 9:44 PM
UP: hehehehe. kita pun pakai lip ice juga. sebab bibir kering. tak pandai nak pakai lipstick. tapi itulah. macam segan sikit nak pakai dalam LRT. belum pernah lagilah. cuma itulah.. rasa nak tergelak bila tengok awek bermekap2 secara meriah dalam LRT. hehe. bersungguh2 betul.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.