Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, July 28, 2009


_Penat gila cari satu rumah semalam.

Malam tadi.

Lagi 3 ke 4 minit mahu masuk Isyak, kita bawa handphone ke tingkat bawah. Sibuk menjawab sms seorang kawan (Dope). Dengan handphone di tangan, kita ke dapur. Buka paip air. Basuh tangan. Sambil melilau tengok makanan apa yang ada dalam dapur ini. Sambil telan air liur. Sambil minum air. Lepas itu, buka peti sejuk. Lepas itu, tutup balik peti sejuk. Masuk bilik air. Ambil wudhu. Tutup lampu. Buka peti sejuk balik.

Terus azan Isyak.

Ayah panggil ajak berjemaah sekali dengan emak semua. Kita pun terkocoh-kocoh tinggalkan dapur. Entah apa benda aku buat, eh kita buat dekat dapur pun tak tahulah. Buang masa betul. Lepas itu, solat. Habis solat. Bentangkan tilam untuk ayah. Bagi emak makan ubat. Pergi dapur balik. Tengok singki. Lepas itu terus naik atas. Terasa macam ada benda hilang. Tapi tak boleh nak recall balik.

Dalam bilik....

Bersila. Menghadap laptop. Buka kipas. Duduk melayan Internet yang boleh tahan 'laju' gila! Sambil menunggu itu, teringat adik gadis kita. Ada benda mahu disampaikan. Cadangnya mahu sms. Terus kita capai telefon. Selalunya ada atas katil lepas balik kerja. Pusing kiri kanan pun tak jumpa. Kita pun bangun geledah beg laptop. Tengok bawah katil pun tak ada. Bakteria dan hama je ramai sekampung bawah katil.

Penat kita recall balik.

Gila tak ingat.

Sampai haus kita dibuatnya.

Kesudahannya, kita turun bawah. Buka peti sejuk. Sebaik sahaja tangan mahu mencapai gelas, tiba-tiba ternampak objek yang begitu dikenali sedang menggigil kesejukan. Habis dia punya muka penuh wap. Kesian gila.

Ya Allah!

Apa hal aku pergi letak handphone dalam peti sejuk ini_

Kategori:

15 Responses to "Lupa... Lagi"

Anonymous said :
July 28, 2009 at 4:11 PM
Hehe, sib baik xmasuk ayam hidup dalam peti ais..hehe, kalu xnaya jek.. jgn lupa lg yek.

The Anon
Indrasakty said :
July 28, 2009 at 4:19 PM
Lepas beri emak makan ubat, sebelum terus naik atas, tengok singki. Tengok singki buat apa?
Dani neh said :
July 28, 2009 at 5:33 PM
sengal laaaaaaaaaaaaaaa... sian kat.. em.. Nokia [nama hp ko aku tak ingat a]
@dBack said :
July 28, 2009 at 6:07 PM
hp mane ni? yg water proof tu ke?? hahahahhaha...

[alamak.. dani dulu dr aku.. huhuhu]
famia said :
July 28, 2009 at 7:33 PM
anon: kalau tak lupa pesanan itu, memang tak lupalah. haha.

khairulhak: tengok singki penuh ke tidak. kalau penuh, basuh dulu segala pinggan mangkuk periuk belanga bagai. hehe. anak dara. pantang nampak singki penuh. serabut ayam dibuatnya. itu pasal kena tengok.

dani: haah. kesian. nama dia.. aku rasa.. mengikut IC.. emm... Nooky agaknya. (i did it all for the nookie.. the nookie...)

suhaila: hahaha. mestilah hp yang putih itu. aku dah lama tak buka yang hitam itu. yang hitam itu lagi kesian. ahkahakhakhaks. nasib baik bos jumpa. aku tak ingat pun dia jatuh dalam baldi penuh air itu! gilalah. nasib baik dia weng kejap je. hahahahahaha. tragik sungguh.
Ezad said :
July 28, 2009 at 8:29 PM
nasib baik ko tak rendam hp ko dlm sinki

haiyaaa...

ni tanda2 alzheimer ni... makan ubat tau

heh
paiseh said :
July 29, 2009 at 1:57 AM
lu panaskan balik pakai hair dryer x?? ke pakai rendam air panas je??

*xyah laa panggil gua pakai nama betul. rasa mcm kat opis!
famia said :
July 29, 2009 at 7:59 AM
ezad: pernah je. bukan singki. tapi dalam baldi penuh air. itu pun bos aku yang terjumpa. kalau tidak, mesti dah mati lemas dah handphone itu.

pai: panaskan apa bendanya. biar kering pakai tenaga solar saja sudah. ringkas. lebih selamat. ahkahkahkas. ok ok. gua tak panggil lu hanif dah ya HANIF.
pu3sakura said :
July 29, 2009 at 4:46 PM
hehehe...sama la kita... saya pun pelupa tahap kronik juga...
Ada tak ubat untuk hilangkan penyakit yang satu nih..????
aCe_LaNuN said :
July 29, 2009 at 10:50 PM
hahah...sme lah kite...hpnd dlm peti.sjuk..xpon ats peti sejuk.....
moral: pekara yg lame jgn dikenang -_-"
M-I-N said :
July 30, 2009 at 2:40 AM
:) henpon menggigil ek?
Lt Col Dop Mustang said :
July 30, 2009 at 6:22 PM
kih3x. cian kembar yuna. sampe kena letak nama spesifik dlm kurungan - "Sibuk menjawab sms seorang rakan (Dope)" utk mengelakkan gosip2 liar. kih3x.

for the record, kami duwe tade pape. no press .. no press .. *samel menutup muka ngan surat khabar dari percikan flash kamera"

anyway. noki ko ada berubah kaler tak? mcm jam boy london. hak3x.
famia said :
July 30, 2009 at 9:32 PM
pu3: hehehe. mungkin ubatnya kena rajin baca Al-Quran barangkali.

ace: apalah nasib handphone itu. menggigil kesejukan. haha

min: haah. tak pernah tengok ke? hahaha

dope: cis! lantak koranglah dengan Yuna. malas nak layan dah. hahaha. gosip liar bahaya woh. mengundang fitnah. gile dangerous. hehehe. berubah warna? aik? aku rasa aku je yang macam sesumpah. si Noki itu normal je. dia bukan sahaja water resistant, malah COLOR resistant! hahaha.
Lt Col Dop Mustang said :
July 31, 2009 at 10:35 AM
noki x pernah lupakan ko. tetap mentunggu di dalam peti ayes dengan setia walaupun menggigil kesejukan. tapi kao .. kao yang melupakan dia. huk3x.

ngkn nokia ialah lupa resistant juga. hik3x.
famia said :
August 3, 2009 at 1:21 PM
dope: lupa resistant? ahakhakhakas. it's a good one dope. cool itu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.