Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, July 24, 2009


_Kita ada satu masalah.

Eh, tak... tak.

Kita ada banyak masalah. Salah satunya, susah mengagak jarak.

Rabun?

Eh, tak... tak.

Alhamdulillah. Berkat dipaksa emak makan sayur berbakul-bakul sejak tinggi separas pinggang emak. Hasilnya, mata tetap kekal dua. Cumanya. Kita ada masalah silau (hah, masalah lagi!) yang kadangkala boleh tahan kronik juga.

Cuma itulah.

Kita memang kerap sangat salah mengagak jarak. Mesti kepala juga yang jadi mangsa. Kalau tidak pun, hidung. Kening ke. Kadangkala dagu. Kadangkala telinga. Kalau bukan terhantuk, mesti tergesel. Kalau bukan tergesel, mesti terhantuk. Boleh tahan kental juga tengkorak kepala ini. Kekerasannya memang terbukti.

Setibanya di rumah. Pada hari lepas-lepas.

Macam biasa. Bagi salam. Sambil senyum sumbing depan pintu. Kita pun tunduk mahu buka kasut belah kiri.

Gedegang!

Terhantuk dinding.

"Aduiiii!"

Emak yang berkerut-kerut dahi menahan sakit. Boleh tahan jauh juga dia punya tempias sakit itu. Sampaikan emak pun boleh terasa. Susah payah emak kandungkan kita 9 bulan. Senang-lenang sahaja kita hentam sana sini kepala yang dikandung emak ini. Memang patut pun emak berkerut.

Hari lain.

Dalam bilik air. Kita mahu tunduk mencapai baldi.

Gedegang!

Terhantuk sinki.

"Aduiiiiii!"

Berpinar-pinar kita dibuatnya. Bertakung sekejap air mata menahan sakit.

Hari lain lagi.

Di dapur. Kita mahu capai periuk dalam almari bawah.

Gedegang!

Terhantuk simen batu almari.

"Aduiiiii!"

Gila itu.

Kepala yang sekeras teras bumi. Keras kepala. Barangkali itu agaknya asal usul perangai degil. Yalah. Kita pun sangka macam itu. Paling tidak pun, akibat hentakan yang boleh kata kerap itu telah menyebabkan susun atur memori kita berkecamuk. Bersepah-sepah. Alah, macam hard disk. Kalau terjatuh, mesti lain macam sikit dia punya perjalanan memori kan.

Kalau mahu tahu.

Inilah sebenarnya antara punca kita cepat lupa. Bukan sebab selalu menelan semut. Bukan juga sebab jarang menelan kismis.

Tapi yang satu inilah.

Kebolehan menganggar jarak sebenar semakin terhakis. Susah mahu bezakan jarak dan dinding. Atau singki. Atau simen. Atau atap bumbung. Atau pokok. Atau kepala orang lain. Kadangkala, kita selalu terhentam dahi manusia. Dahi adik gadis kita, misalnya. Mujur jendulnya tiada. Memang kelirulah.

Hai, susah betul.

Ada petua tak_

Kategori:

7 Responses to "Kepalakah atau Batukah"

Indrasakty said :
July 24, 2009 at 10:29 PM
Pakai tudung tebal sikit.
shiamira said :
July 24, 2009 at 11:19 PM
tudung?=_="
apa kena mengena??
Anonymous said :
July 24, 2009 at 11:20 PM
Em..solusinya..Tadaaaa..pakai helmet.. :p
Bila menunduk kaki yg bengkok kan dulu bukan pinggang.. amalkan..hehe :p

The Anon
famia said :
July 25, 2009 at 12:31 AM
khairulhak: eh? ada kaitankah? terhantuk semua dalam rumah kot.

shiamira: kan. tahu tak apa. haha.

anon: ish ish ish.. cadangan ditolak. pakai helmet? -_-" oh, membongkok kalau dalam kawasan rumah, memang bengkokkan pinggang. kalau depan khalayak ramai.. tak adalah buat macam itu. tak sopan itu. yelah. lepas ini kena amalkan. sekarang sudah sakit pinggang yang gila kronik.
M-I-N said :
July 25, 2009 at 2:14 AM
err....suruh orang tolong bukakan kasut,suruh orang tolong ambilkan baldi,suruh orang tolong ambilkan periuk. :P
ezad said :
July 25, 2009 at 8:18 PM
kaedahnya, jgn bawa kepala ko jln2. letak je dlm bilik. confirm tak terhantuk punya

heh!
famia said :
July 26, 2009 at 10:10 PM
min: hehe. itu merangsang sifat malas yang berlipat ganda itu. sekaligus mencipta seorang hamba abdi. ish ish ish.

ezad: hehe. tak berapa nak bernas langsung. sabar sajalah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.