Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 20, 2009


_Ini ada soalan.

Ok.

Hari ini hari apa?

Isnin.

Ok.
Hari ini hari ke berapa dalam Rejab?

27 Rejab.

Ok.
Maka, setelah ditolak tambah, hari ini ada apa?

Err....
Hari ini semua orang kena pergi bekerja.
Malamnya ada perlawanan MU melawan Malaysia lagi sekali.

-_-"

Alahai.

Wahai kamu,
Kira-kira pada tanggal 27 Rejab,
Setahun sebelum Hijrah pada suatu masa dahulu,
Telah terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas nabi Muhammad saw.
Tahu?

Oh.
Israk. Dan Mikraj?
Ok, apa itu?

Yang dinamakan Israk itu adalah....

Terbukanya bumbung rumah nabi Muhammad saw.
Turunnya Jibril dan dibawa nabi Muhammad saw ke Baitullah.
Di sana, Jibril telah membelah dada nabi Muhammad saw.
Dibelah dari paras leher sehinggalah ke paras perut.
Dibersihkan hatinya dengan air Zam Zam.
Dan kemudian dipenuhkan dengan hikmah dan iman.
Lalu, dijahit semula dada nabi Muhammad saw.
Dan, dihadirkan seekor binatang yang panjang berwarna putih, Buraq.
Dan, ditunggang bersama Jibril menuju ke Baitulmaqdis.
Setelah menambat Buraq dan bersolat di sana, nabi didatangi Jibril.
Dengan dua bejana yang berisi susu dan arak.
Baginda telah memilih susu, yang bermaksud fitrah.

Yang dinamakan Mikraj itu pula adalah....

Jibril membawa Nabi Muhammad saw naik ke langit bersama Buraq.
Melepasi langit pertama bertemu Nabi Adam.
Melepasi langit kedua bertemu Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahya bin Zakaria.
Melepasi langit ketiga bertemu Nabi Yusuf.
Melepasi langit keempat bertemu Nabi Idris.
Melepasti langit kelima bertemu Nabi Harun.
Melepasi langit keenam bertemu Nabi Musa.
Melepasi langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim.
Dan diperlihatkan Baitul Ma'mur, sebuah rumah atau tempat.
Yang mana saban hari dimasuki 70,000 Malaikat untuk bersolat.
Dan kemudian, sampai ke Sidratul Muntaha.
Dan seterusnya boleh rujuk SINI.

Ok.

Faham ke entahnya ini.

Kiranya.

Israk dan Mikraj, apa kita dan kamu perlu buat entahnya ini_

Kategori:

15 Responses to "Israk dan Mikraj"

Dani neh said :
July 20, 2009 at 9:27 AM
arinih aku pose..
n
ade ceramah IsrakMikraj kat cneh
belakang said :
July 20, 2009 at 9:35 AM
lerrr.. MU lwn mesia lg skali ke? bkn dah kalah ke hr tu... hek elehhhh... ntah hape2 dorg ni...
el said :
July 20, 2009 at 11:09 AM
Selamat berpuasa cik famia Mia...!

;p
z@f!r said :
July 20, 2009 at 12:52 PM
cik famia.. semakin hari semakin syok saya baca blog awak.. banyak info saya dapat.. thank you.. ;p
shiamira said :
July 20, 2009 at 3:26 PM
ada cerita mengatakan masa nabi dalam perjalanan ke baitulmaqdis,nabi dikejar oleh setan.betul ke?
aCe_LaNuN said :
July 20, 2009 at 4:08 PM
israk-mikraj byk iktibar dia...
emmm....cik famia pose ker?? sme la kite..
buka nnt sme2 yek..cik famia belanjer..
..............................
moral: bola ...bola gak...jgn lupe dgr ceramah israk-mikraj kt masjid nnt...bola mlm nie malaysia mng...
..............................
shiamira said :
July 20, 2009 at 6:46 PM
encik lanun;malaysia mng sbb berkat iskrj mkraj ke?
;)
famia said :
July 20, 2009 at 6:58 PM
dani: wah, bagusnya. nanti panjang-panjangkanlah isi ceramah itu.

suhaila: hehe. aku dengar dari angin. aku tak layan pun ok.

el: sama dengan. hehe.

zafir: er, kalau ada info... alhamdulillah. blog tak berfaedah ini. -_-"

shiamira: hehe. sebenarnya bukan dikejar. tetapi baginda dipujuk iblis di tengah jalan supaya datang mendekatinya. kira masa tu Jibril pun suruh jalan terus. jangan pandang belakang. pasal Jibril taknak nabi Muhammad saw cenderung kepada iblis itu nanti. lebih kurang macam itulah. hehe.

ace: hehe. nak belanja tak salah. cuma.. tak malu ke main suruh belanja ini. tak menjemput pun. :p

shiamira: haha. tau takpe.
Anonymous said :
July 20, 2009 at 10:33 PM
Erk..Sy lgngsung xamik tahu psal MU Lwn M'sia, cik famia pose, lain kali sy blanje berbuka..psal dh mlm ni, sy tahu mesti cik Famia dh knyang..erk :p,
apa pun penuhkan mlm ni dgn ilmu agama.

The Anon
lunaticg said :
July 20, 2009 at 11:56 PM
Terima kasih ya kerana berkongsi ilmu akhirat. Kadang-kadang kalau kengkawan tak ingatkan, kita mudah lupa.
Jumpa lagi.
July 21, 2009 at 2:53 AM
satu je hal penting isra` mikraj kita kena amal, jaga dan konsentrasi betul2 sepenuh hati sampai kita mati nanti.

solat!
famia said :
July 21, 2009 at 3:50 AM
anon: hehehe. excellent.

lunaticg: sama dengan ya. terima kasih menyinggah.

7kaki: ya. baik tok!
July 21, 2009 at 1:11 PM
Saya buat apa ya. Tidak boleh berpuasa. Tetapi saya kurang kan makan dan bercakap. :)
July 23, 2009 at 6:56 PM
sebenarnya banyak lagi cuma yang perlu di beri perhatian yang lebih serius yg satu itulah.

- -"
famia said :
July 23, 2009 at 9:41 PM
ainunl: hehe. itu pun dah dapat pahala kan.

7kaki: ya ya. betul itu!

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.