Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, July 15, 2009


_Beringatlah.

Setiap kosong perpuluhan kosong kosong kosong satu saat.

Sesungguhnya.
Yang paling dekat dengan kita adalah mati.

Bukan mak.
Bukan ayah.
Bukan suami.
Bukan makwe.
Bukan pakwe.
Bukan....

Sudahlah itu.

Ok.
Bukan mereka semua.

Tetapi.

Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.

Mati?

Ya.
Mati.
Takut tak?

Tak takut pun.

Serius?

Serius.
Perlu takut ke?
Kata nak kembali ke tempat asal yang kekal.

Kalau bekalan belum cukup, tak takut ke?
Kalau belum sempat bertaubat, tak takut ke?
Dah cukup ke bekalan segala serba-serbi bagai?
Dah pasti ke takkan jadi bahan bakar api neraka?
Dah confirm ke dapat cium bau syurga mahupun jejak ke sana?

Bekalan?
Cium?
Err....

Dari sebelah 'sana'. Malaikat Izrail diarahkan melawat si dia yang tiada gentar dengan kematian. Sekadar membuat lawatan dan bancian rambang. Dari rumah ke rumah. Ala-ala direct selling.

Malaikat Izrail bertamu di kaki pintu.

"Woi, buka pintu!"

Eh, itu bukan Izrail.
Kering dengan adab sopan itu.

"Yo, dude! Gua di luar ini. Keluar sekarang!"

Eh, itu lagilah bukan Izrail.
Macam... macam samseng Kampung Dusun itu.

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, wahai tuan rumah."

Pintu dikuak si dia.

"Ya, cari siapa?"
"Cari kamu."
"Dan kamu ini siapa?"
"Saya malaikat... malaikat Izrail."
"Hah!"


Gedegang.

Pintu ditutup laju semula. Terhempas ke muka malaikat Izrail. Peluh sejuk mencurah-curah ke muka si dia. Langkahnya laju mencari bilik persembunyian. Sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku belum mahu mati lagi."

Diulangnya lagi.

"Aku belum mahu mati lagi. Aku belum puas dengan dunia ini."

Diulangnya lagi.

"Aku belum mahu mati lagi. Aku belum mahu mati lagi."

Gedebuk!

Jatuh tergolek.

"Aduh!"
"Oi, kau kenapa?"
"Jangan! Jauh dari aku! Jauh kau Izrail!"
"Woi, hilang akal ke!"


Mata terbuka.

Terkejut.

"Astaghfirullahalazim. Mimpi lagi."
"Apa hal kau ini?"


Nafas si dia masih mengah tercungap-cungap.

"Kau sihat ke tak sihat ini?"
"Aku... aku jumpa Izrail."
"Siapa Izrail? Kawan kau yang mana satu ini?"
"Aduh, Izrail pun tak kenal ke kau ini."
"Ah, lantak kaulah. Anyway, dekat pintu ada seorang lelaki nak jumpa."
"Lelaki? Jumpa siapa?"
"Dia cari kau. Nak jumpa kaulah."
"Nak jumpa aku? Ah, sudah. Siapa nama dia?"
"Aku tak ingatlah. Kau pergi sajalah buka pintu itu. Banyak cakap pula."


Kaki melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu.

Tangan terketar-ketar mencapai tombol pintu.

Tombol dipulas perlahan-lahan.

Berdiri seorang lelaki.

Yang bernama....

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, wahai tuan rumah."

Si dia tersentak.

"Iz... iz... izrail!"

Degupan jantungnya terhenti.

Hah.

Sudahkah kamu menunaikan solat semasa membaca entri ini_

Kategori:

13 Responses to "Bila Izrail Datang Melawat"

Dani neh said :
July 15, 2009 at 6:17 PM
ok.. entry yang agak berkesan...
heheheh..

btw..
aku baca kat twitter..

"BRAZIL DATANG MELAWAT"

ergh.. sengal apa mata aku dah nih..
dah kenetutup pc balik rumah kot nih..

jom balek~
thejijie♥ said :
July 15, 2009 at 10:03 PM
hahaha...funny. kita pun baca brazil datang melawatt hehehe...

btw, entri ni agak menginsafkann
z@f!r said :
July 15, 2009 at 10:45 PM
seram sejuk plak baca entry kali ni.. insaf seketika
famia said :
July 16, 2009 at 12:02 AM
dani: BRAZIL? apakah? hehe. sabar sajalah.

jijie: emm.. mengerikan juga kalau dilawat Izrail sebenarnya.

zafir: sama dengan. aku pun.
Si Aizuddin said :
July 16, 2009 at 9:16 AM
Sedang beribadah lah sekarang ni. Dah, Dah jamak dah subuh tadi
Anonymous said :
July 16, 2009 at 9:36 AM
Jom jln2 melawat dari rumah kerumah bukanlah nk jual barang cam (MLM)..haha, tp melawat jiran2..hehe, lepas ni ramai la plak nk guna nama Malaikat.. :p ..nk Insafkan org katanya..hehe tp cite ni suspen dan menginsafkan..

Tok tok tok..Dtg nk pinjam kicap!.. :p

The Anon
bintang said :
July 16, 2009 at 10:48 AM
Assalamu'alaikumm..innalillaah..Kalimah salam terakhir yg kita dengar sebelum datangnya Assalamu'alaina dari El-Maut...dicabutnya Sang Ruh dari dubur bagi Sang Pendosa..Tercabutlah Sang Ruh dari wajah bagi Sang Soleh..Semuanya itu hanya butuh 40 hari dari perintah Sang Kholiq,,,ditandai dg jatuhnya seHelai Daun Ajal yg bertuliskan nama Pulan dan Pulanah....Tak Perlu berdandan, Tak Perlu..Tak Perlu..Tak Perlu....Tak Perlu lagi berdoa JIKALAU..Sang Sangkakala berhembus..ISHRAFIL...Kau memutuskan Silaturrahiim..Hilang sudah Khayalan..Habis sudah Catatan..Pergi sudah Kawan..Lenyap sudah Lawatan...Ya Jabbar Ya Salam Ya Mughniy....
famia said :
July 16, 2009 at 2:07 PM
aizuddin: alhamdulillah.

anon: hehe. kicap? kedai banyak.

bintang: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih banyak-banyak.
M-I-N said :
July 16, 2009 at 7:01 PM
whoah.sangat saspen.kalau dia datang dalam keadaan yang putih bersih,tidaklah takut mungkin boleh tersenyum lagi.tapi jika sebaliknya....fikir sendiri.
famia said :
July 17, 2009 at 9:23 AM
min: Kalau dia datang menjenguk dulu pun dah cukup bagus. Daripada main ragut saja nyawa. Fuh.
Ummi Adibah said :
July 20, 2009 at 2:48 AM
ih sukalah cara kamu.cepar ja masuk dalam hati.bagus sekali
Ummi Adibah said :
July 20, 2009 at 2:49 AM
*cepat
famia said :
July 20, 2009 at 5:59 AM
ummi: hehe. hati kamu yang mudah menerima itu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.