Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, July 07, 2009


_Manggis boleh ditanam di mana-mana sahaja.

Siapa kata tidak boleh.

Manggis ini kegilaan kita tahu. Setiap tahun terpaksa tunggu bulan Jun dan Julai. Barulah dia muncul. Kepingin betul. Zaman muda-muda dahulu kalau balik Johor, kita rajin memanjat pokok. Tetapi, sempat beberapa minit sahaja berdiri di atas dahan pokok manggis. Gayat betul nampak kerengga berlari-lari anak di sebelah kita. Tanah berpijak pun jauh betul dari mata.

Fuh....

Kali terakhir kita menjolok manggis sambil berdiri di atas dahan pokok manggis, kita dan kakak saudara dikejar geng tebuan. Pengganas betul geng tebuan ini. Kalau terjumpa dek FRU, sudah lama disiram air atau disembur gas pemedih mata. Akibatnya, lari bertempiaran kita dibuatnya di dusun atuk. Maklang kita pun sempat disengat di batang hidung.

Hasilnya, hidung maklang kita jadi dua.

Kasihanlah.

Manggis dan kita.
Ada juga angan-angannya.

"Mak. Nanti kita tanam pokok manggis eh?"

Mak pandang makngah kita sambil tergelak-gelak.

"Tengok dia ini Ngah. Dia ingat pokok manggis itu besar pokok cili agaknya. Ada ke nak ditanamnya depan rumah tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini."

Kita terkebil-kebil.

Sampai hati emak.

Tunggulah manggis.
Suatu hari nanti, terpacak juga kamu depan rumah kita.

Siapa kata tidak boleh_

Kategori:

20 Responses to "Bandar Manggis"

back said :
July 7, 2009 at 8:24 PM
feveret jugak...

huh.. tiap2 thn ko ckp nk ajak blk kg jolok manggis.. tp sampai skang x penah sampai2 pon.. huhuhuh
Ezad said :
July 7, 2009 at 9:52 PM
meh dtg rumah aku meh

takat manggis ni berlambak dah.. heh

tak der sapa nak panjat pokok manggis aku..

ko nak panjat.. panjat la..

heh
hafiz abdul said :
July 7, 2009 at 9:54 PM
aslkm nanti mintak dewanbandaraya tanam pokok manggis ganti pokok2 bunga.
Darkk said :
July 7, 2009 at 10:46 PM
buleh kot. try hidroponik.
Dani neh said :
July 8, 2009 at 3:45 AM
sebenanyekan.. dari minggu lepas aku cam terberangan2.. xai tanak ajak aku balik kampung dia ke... skang cam musim manggis durian.. uhuhuhuuu
famia said :
July 8, 2009 at 9:06 AM
suhaila: hehe. setiap kali aku ajak.. bukan semua boleh pergi. lagi pula.. pertengahan jun dengan awal julai je. pastu musim manggis dah habis dah kat belakang rumah atok aku. takpe next time insyaAllah.

ezad: ye? boleh panjat? apa kata.. geng 8sen singgah rumah kau boleh tak? bolehlah. aku sudi je nak panjat memanjat.

hafiz: waalaikumsalam. DBKL tak lalu depan rumah ini. ayah yang rajin jadi tukang kebun. landscape buat sendiri.

darkk: eh, serius ke?

dani: hehe. kalau nak ke mana-mana kena tanya kau boleh ke tak. PD dengan Melaka pun belum sampai lagi ini dengan korang. hehe. Johor banyak sikit duitnya. Dia depan lagi sikit dari PD dengan Melaka kan. hehehe. Takpe. Next time insyaAllah.
Anonymous said :
July 8, 2009 at 9:50 AM
Alah tanam pokok "Dogi" jek Famia, ti leh wat gantung kat keta ker mn2 dalam rumah ker, ni nk dekat raya ni ganti lampu raya..hehe :p

Mari Berdogi!! Yeay

The Anon
paiseh said :
July 8, 2009 at 11:00 AM
mana?? mana pokok manggis kat melawati? gua nak panjat ni..!
ieba said :
July 8, 2009 at 11:47 AM
pami hang p jelah kat area kuala selangor ker xpun area sg tekala tu byk pokok mangis..hang p berenti satu rumah hang tny leh x nak pajak buah skali amik mkn smp puas hehe...
famia said :
July 8, 2009 at 12:10 PM
anon: pokok Dogi? apakah? tak pernah dengar pula.

paiseh: hahahaha. lu perkecilkan gua ke? lu tunggulah pokok manggis itu.

eiba: kuala selangor? hahaha. jauhnya mak oi.
eyena said :
July 8, 2009 at 12:30 PM
ahaii kat kedah pon byk manggis..heee jom2..
ladymiaka86 said :
July 8, 2009 at 12:45 PM
waaa.. sedapnyer manggis.. meleleh air liur..haha

kak huxai tanam la cpt dpn umah tu..nnti lambat plak nak tunggu besar pokok tu..lambat jugak la nak tgk aksi kak huxai panjat memanjat dpn umah ni..haha
back said :
July 8, 2009 at 2:13 PM
anon..

nak jugak pokok 'dogi'. nak gak gantung dlm keta.. dlm umah or ganti lampu raye.. save bajet.. :D
famia said :
July 8, 2009 at 2:47 PM
eyena: ahai.. jauhnyaaaa.

sue: ahkahkahakhakaks. orang panjat pokok pun sopan tahu. -_-" sabar sajalah.

suhaila: hahaha. haahlah anon. silalah hadiahkan kawan saya seorang ini juga. (siapa entah anon ini. misteri nusantara betul)
Anonymous said :
July 8, 2009 at 5:00 PM
Kwn anda leh beli sendiri melainkan dia cute tu leh dipertimbangkan..:p , psr malam pun ada..huuhuu

The Anon
famia said :
July 8, 2009 at 5:15 PM
anon: ya. kawan saya semua cute belaka. fuh.. subhanallah. hah. silalah hadiahkan untuk kawan saya ini. saya tak payah pun tak apa.
hana said :
July 8, 2009 at 11:12 PM
lalala
aCe_LaNuN said :
July 10, 2009 at 12:18 AM
manggis??? xminat la...lebih berminat dgn durian(ketika menaip komen nie...bru lps melantak durian)....
...................................
pape pon cik.famia usha tangga kejayan..chayok2..
..................................
moral: klu dh mengiler...tetap giler la
July 11, 2009 at 8:15 AM
manggis, nak nak! tp sy lebih giler kan durian. yumm yumm.. hiks.

akak, banje manggis! :p
famia said :
July 12, 2009 at 1:43 PM
hana: aik?

ace: hahaa. manggislah sedap.

akmar: haha. ok mari sini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.