Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, June 06, 2009


_Cuba teka.

Dalam dunia ini, apakah yang PALING liat sekali?

(perlu menggunakan huruf besar bagi memberi impak maksima)

Teka, sila.

1..
2...
Ti.. ti..

Cepatlah teka.

Ti..
Tiga.

Hai. Siput berjoging di sebelah pun laju lagi. Cuba lagi lain kali.

Jawapannya: Bangun untuk solat subuh.

Sesungguhnya.
Teramat liat.
Teramat.
Liat.

Memang sangat liat kan.

Liat ibarat keropok lekor yang telah ditinggalkan semalaman. Atau. Liat ibarat kuih dodol yang telah disejukkan pada suhu 10 darjah selsius. Bikin lelangit mulut gundah gelana saja demi segigit makanan yang liat. Rasa mahu luruh segala gigi geraham yang bergayut di gusi.

Dahulukala.

1. Sekolah rendah

Ayah bukan seorang yang garang. Pemarah pun bukan. Malah, seorang yang lemah lembut dan penuh kesopanan. Maka, cara mengejutkan anak-anaknya bangun subuh juga pastilah lemah lembut.

Setiap pagi, ayah mesti tarik ibu jari kaki aku secara perlahan-lahan.

Yang mana, aku mesti terkejut dan bingkas bangun. Waemah perlahan-lahan saja ditariknya. Tetapi, dia punya impak itu memang maksima habis. Kata orang-orang tua, roh masuk dari ibu jari kaki. Entahlah betul ke tidak.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

2. Sekolah menengah

Ayah bukan seorang yang garang. Pemarah pun bukan. Malah, seorang yang lemah lembut dan penuh kesopanan. Maka, cara mengejutkan anak-anaknya bangun subuh juga pastilah lemah lembut.

Setiap pagi, ayah mesti tepuk kaki aku secara kuat tak berapa nak kuat.

Yang mana, aku mesti terkejut dan bingkas bangun. Sebab.. masih memakai cara lama. Iaitu, menyentuh kaki. Senang betul aku tersentak. Memanglah terkejut jadinya. Kan. Nak pula ditepuk kuat-kuat. Lagilah automatik terkejut dan terbingkas bangun.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

3. Universiti

Setiap kali masuk Subuh, mak atau ayah mesti melaungkan nama aku dari bawah secara dengar tak dengar. Atau dari sebalik pintu. Atau juga, dari sebalik tangga. Atau dari sebalik dinding. Pendek kata, dari setiap sebaliklah dikejutnya. Kejutan dari sebalik tabir, aku rasa.

Yang anehnya. Walaupun suara mak atau ayah tak berapa jelas kadangkala. Tapi, suara mereka masih sampai menyinggah ke gegendang telinga aku. Masih sempat menyelinap masuk ke dalam mimpi. Seakan-akan interframe seperti iklan di kala mimpi sedang berjalan.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

4. Dah besar sikit

Pernah sekali, mak renjis-renjis dipilis air sejuk dekat muka. Mati-mati aku sangkakan tempias air hujan. Itu yang serta merta terkejut dan bingkas bangun. Lepas itu, mak gelak-gelak di kala aku masih mamai belum berpijak di bumi nyata. Ish.. ish.. ish.. mujurlah itu emak yang tercinta.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

5. Sekarang

Cari segala alat yang ada sistem penggera. Set masa pada jam 5.30 pagi. Dan besarkan suara pada tahap tertinggi. Serta jangan lupa letak di tepi telinga. Atau sekeliling kepala yang mana agak boleh tahan dekat perjalanannya nak ke gegendang telinga. 'The best route', orang putih kata.

Kalau bernasib baik, mungkin seluruh kawasan perumahan ini boleh terjaga Subuh.

Hah.

Yang tengah khusyuk membaca ini,
Bangun Subuh macamana?

Cuba cerita sikit_

Kategori:

8 Responses to "Terbangun, Dibangun atau Membangun Subuh"

paiseh said :
June 6, 2009 at 9:25 PM
gua tidor pukul 6:15am tiap2 hari...
M-I-N said :
June 7, 2009 at 4:25 AM
yup,kebenaran yang pahit untuk ditelan.cara arwah mak bangunkan subuh,renjis2 dulu,leh lagi wat2 tido,saja nak tengok whats next.nah!takde renjis dah,jirus terus.nasib secawan,sebaldi?
famia said :
June 7, 2009 at 10:08 AM
paiseh: alaa.. lu main tipu.

min: hehehehehhehehe. bagusnya main renjis.
June 7, 2009 at 1:13 PM
ntahla, sy senang jaga pg2. kecik2, sekolah rendah, senang jek mak abah kejut.
pastu msk asrama form 1 - form 5 ; salunyer sebelum subuh dh bgn.tak suke berebut tempat mandi dan tak suke lambat2 siap g sekolah.
alhamdullillah, klu sekrg ni,akan terjaga sebelum azan subuh. or, azan jek terus bgn. or klu letih sgt, kwn panggil nama ketuk pintu..sy dh jaga.
hoho
famia said :
June 7, 2009 at 11:24 PM
akmar: uiyooo.. ekseleen tuuu.
pu3sakura said :
June 8, 2009 at 10:05 AM
kat kg - mama selalu usap kepala tuk kejut bangun subuh....
kat rumah sewa - selalunya terjaga awal dari alarm sebab terdengar azan subuh dari surau dekat² rumah....
buzzybug said :
June 12, 2009 at 9:42 AM
betul tu... mmg sangat liat nak bangun subuh... huhu... dr kecik sampai besar, x pernah berubah pun... huhu...
famia said :
June 12, 2009 at 9:56 AM
pu3sakura: hui.. bagusnya bangun sendiri!

buzzybug: hehehehe. itulahnya.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.