Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, June 11, 2009


_Teori.

Kita memang suka cipta teori sendiri. Bukanlah berunsur bidaah pun. Dan bukanlah teori tak berasas seperti Teori Darwin pun. Yang mana, manusia ini berasal daripada monyet. Kita rasa, perangai seperti monyet itu banyaklah bersepah. Kalau berasal daripada monyet itu tak berapa nak masuk akallah pula.

Makanya.

Ini teori kita. Teori logik akal, hasil daripada eksperimen menonton sandiwara dunia. Salah satunya, yang macam kita cerita di bawah ini.

Teori ini, kita panggil 'Teori Boleh Pakai Kalau Mahu Pakai'.

Kamu pernah dengar yang namanya, karma?

Bukan kamasutra. Ini karma. Kita lempang kamu sampai bersepai gigi geraham nanti kalau cakap tak bertampal adab sopan. Karma ini, mengikut kepercayaan orang India, setiap apa yang kita lakukan, pasti mendapat balasan dan bakal berulang kembali. Lebih kurang begitulah serasa kita. Kalau salah, tolong betulkan.

Kalau tak faham..

Kamu pernah dengar yang namanya, 'Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat'?

Ini kalau kamu tiada faham, silalah pulang ke rumah menanak nasi dan gaulkan dengan belacan bercambur budu serta cincalok secukup rasa. Mulakan dengan bismillah dan kunyah 40 kali baru telan. Ikut sunnah nabi. Semoga kamu dapat bezakan yang mana satu baik dan yang mana satu jahat.

Kita?

Kita.. tak berapa nak jahat.
Cuma, nakal dan tak semenggahnya bersepahlah.

Begini teori kita.

  1. Kalau mahu orang berlembut dan melayan kamu baik-baik, maka layanlah orang di sekelilingmu dengan penuh kasih sayang dan lembut juga. Jangan berkasar dengan orang sekeliling. Kalau orang berkasar dengan kamu, tahu pula melenting. Tetapi, kalau kamu yang berkasar dengan orang lain, tak boleh pula mereka nak melenting. Keji kamu ini.

  2. Kalau mahu orang di sekeliling sentiasa bantu-membantu kamu setiap kali muncul masalah, maka bantulah juga orang di sekeliling kamu. Tolonglah mereka dengan saki baki kerat daya yang kamu ada. Dan kalau boleh, biarlah ikhlas. Tak adalah kelabu sangat hati itu jadinya.

  3. Kalau mahu orang bercakap perkara yang baik-baik saja perihal kamu, maka bercakaplah perkara yang baik-baik saja perihal orang di sekeliling kamu. Tiada moleknya mengadu domba dan mengumpat di belakang orang. Kalau kamu kempunan mahu meratah daging saudara kamu yang diumpat itu mentah-mentah, silalah. Kita ini pun tengah dalam proses untuk berhenti kempunan meratah daging saudara sendiri.

  4. Kalau kamu mahu orang bersangka baik tentang kamu, maka bersangka baiklah tentang mereka juga. Hati pun mudah jadi putih, bersih dan berseri. Tiada perlunya memakai Fair and Lovely yang hebat menghakis kulit manusia sehingga nipis, putih dan menyilaukan mata memandang.

  5. Kalau mahu orang menutup keaiban kamu, maka tutupilah keaiban orang lain juga. Kalau sama-sama tutup dan tiada singkap-menyingkap akan aib masing-masing, amanlah dunia dibuatnya. Kata orang putih yang sudah lama makan belacan, "Pen merah, pen biru. You tutup I, I tutup you." Maka, jagalah keaiban masing-masing. Diam-diam sudah. Cukuplah Allah seorang saja yang Maha Mengetahui. Tiada guna diwar-warkan sampai masuk Melodi. Yang kesudahannya mendapat malu, mereka dan keluarga mereka juga adanya.

  6. Kalau orang itu sedang berbuih-buih bercerita atau memberitahu sesuatu, dengarlah dulu sampai habis. Kemudian, barulah menyampuk atau memotong cakapnya. Kalau kamu hormat orang sedang berbuih-buih menyampaikan biji butirnya, orang juga akan hormat kamu. Dengar dulu, baru pintas. Kita orang Islam ini ada adab dalam segala hal. Maka, guna dan pakai. Jangan selamba redah. Itu biadab namanya.



Angkat kening sebelah kanan tinggi-tinggi.

Hah.

Ada benar ke teori kita itu_

Kategori:

25 Responses to "Teori Boleh Pakai Kalau Mahu Pakai"

June 11, 2009 at 1:56 PM
Assalamualaikum..

Salam ziarah..bagus tulisannya..template pun unik..buat sendiri ke??
famia said :
June 11, 2009 at 2:00 PM
al-amin daud: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. salam ziarah kembali. err.. tak berapa bagus. bolehlah sikit2. menulis benda2 tak berfaedah. ya. saya buat sendiri. template syok sendiri je ni.
June 11, 2009 at 2:19 PM
takleyh pakai teori ni. tak semestinya ape yg kite buat kite akan dpt sama cm ape yg kite dh buat kt org. hehe. jadi. prinsip hidup terbaik : lakukan ape saje dgn ikhlas. hati yg bersih, hanya kerana Allah.
dgn cara ini, kite tak akan keciwa, marah or rasa ape2 atau ungkit mengunkit.
jika niat hanya kerna Allah, kite tak harap balasan dari org itu, tp kite harap keredhaan Illahi. kembali padaNYA, ape yg berlakuada hikmahnya =)
insyaAllah.
pu3sakura said :
June 11, 2009 at 2:40 PM
bleh je pakai teori nih....
yang penting cakap mesti serupa bikin maa...
kalau cakap xserupa bikin mmg xjadi.....
kalau xcakap tapi bikin lagi bagus....
hmmm...apa yg saya cakap neh...
ntah la, saya pun da pening
Ieba said :
June 11, 2009 at 2:50 PM
pami nak guna pakai teori ni bleh x maw copy paste bg org ada bulih??
famia said :
June 11, 2009 at 2:56 PM
akmar: hehe. kalau boleh pakai, sila. kalau tak boleh.. anggap saja tak mampu. ada beberapa daripada teori tu dipetik daripada Adab dalam Islam juga. hehe.. ikhlas itu memang penting wahai akmar. tapi nak beristiqamah tunjukkan ikhlas 100% tu mampu ke. hehe. jangan cakap saja. tunjuk dan amalkan. kalau tak mampu.. cubalah salah satu daripada teori itu.. tengok apa hasilnya.

pu3sakura: kalau boleh pakai, sila. takpe. paham je. hehe. tengs.
famia said :
June 11, 2009 at 2:57 PM
ieba: ambik je ieba.. kalau bergunalah. hehehe.
June 11, 2009 at 3:01 PM
kaedah nye macam "what u give you get back" lah kan?

tp org skrg dh pndai..saja buat2 baik sbb nk mntk blsn padahal dlm hati menyampah..pura2 je buat baik..huuu
June 11, 2009 at 3:08 PM
nk cube teori tu pown kene istiqomah kan. samalah cam ikhlaskan hati.semua menda kene istiqomah. bila ikhlas. kite redha jek, walupown tak setimpal yg kite pernah buat. tp kite yakin Allah janjikan yg terbaik.
huu, atas pengalaman idup yg singkat ni, hanya segelintir jek manusia akan menghargai dan ingat budi org lain, tetapi lebih byk yg kenang keburukan org2.
kalu ikut prinsip di atas, tibe2 klu kite wat baek tp org wat jahat .cmne? =p ekeke. nk g sekeh ke??? hehe, kdg2 idup tak seindah yg kite sangka. tp ape2 pown jadi, mesti ada hikmah. =)
ckp mmg senang. nk buat baik, org nampak, ikhlas hati, Dia je yg tahu. kite takkan leyh tahu org tu ikhlas atau tidak.tp yakinlah, org ikhlas pasti adalah golongan org yg bahgia dan tenang selalu. ( sy yg lemah masih berusaha menjadi seorg yg bahgia dan tenang sll)
=)
famia said :
June 11, 2009 at 3:30 PM
ainkarim: haah. macam.. what u give.. u get back. tapi itu macam.. sesuai pakai untuk 'Buat Jahat dibalas Jahat' je sebenarnya. Baru nampak lebih berkesan. Dibayar tunai di dunia mungkin. Orang lain.. kalau nak buat baik.. tapi mengharapkan balasan dan masih berselindung di sebalik kejahatan atau kebatilan.. BIARKAN. kita.. buat je ape yg kita tau. lain tu.. bukan urusan kita. yang menilai cuma Dia Yang Esa.

akmar: heheheh. iya. ada betulnye. kalau kamu buat baik.. tapi dia buat kotor atau buat jahat dengan kamu.. BIARLAH. hehe. takkanlah nak dibalasnya. api jangan disimbah minyak. siramkan saja air. lama2 padam je. sesungguhnya.. orang2 mukmin je yg selalu diuji. nak beristiqamah.. kalau boleh biar kena segala hal. jangan ikhlas saja nak beristiqamah. kalau dah biasa tak dengar gosip/umpat keji org.. maka.. istiqamah jgn dengar umpat keji dan pitnah. kalau dah biasa nak solat awal.. istiqamahlah solat awal juge. macam akak ni banyak gile khilaf dan cacat celanya. sebab tu teori tu dinamakan 'Teori Boleh Pakai Kalau Mahu Pakai'. kalau tak mahu pakai.. jangan dipakai. cuma teori tu bukan teori cakap kosong. teori kejadian sebenar. teori fakta. kalau belum pernah merasa.. mungkin rasa teori tu buatan orang semata. terpulang. hehehe. ini.. cuma nasihat seorang manusia kepada manusia lain semata. nak diterima.. silalah. tak mahu.. tak rugi apa2. hehe.
June 11, 2009 at 3:51 PM
ekekek.baeklah akak. sama2 kene memperbaiki diri kan. =) sy lg cacat cela byk.hihi

munkin. boleh pakai prinsip2 di atas cume, munkin lg baek klu kite tak harapkan balasan atas ape yg kite buat. ekekeke. anyway , tq. sy bg pendapat je. hehe. thanx teori2 ni. *stay kewl orite!*
wisata riau said :
June 11, 2009 at 3:57 PM
aslmkm... salam ziarah.... dari Riau ...

kunjungi balik yah >> wisata riau

exchange link please ..
June 11, 2009 at 5:19 PM
huhu..baik..xsampai hati pun nak buat jahat pada orang sbb nnt akan rs serba salah..huu..
tp kalau dah marah sangat, smpaikan tak tersengaja menyakitkan hati org..huk3..
ampun buk..
famia said :
June 11, 2009 at 5:43 PM
akmar: hehe. baik!

wisata: waalaikumsalam. salam ziarah. terima kasih menyinggah.

ain: ye. hehe. sama dengan.
hafiz abdul said :
June 11, 2009 at 6:15 PM
aslkm jangan sangka ilmu yang kita tak tahu tu tak wujud kerana ilmu tuhan itu melaut luasnya
famia said :
June 11, 2009 at 8:31 PM
hafiz: waaalaikumsalam. tiadalah pula saya menuduh melulu yang bukan-bukan. ilmu Allah memang melaut luasnya.
Ezad said :
June 11, 2009 at 11:45 PM
hukum karma?

waa... layan lagu wings ke?

hehe
famia said :
June 12, 2009 at 9:54 AM
ezad: wings? hehe. sorry tak layan.
Nana CS said :
June 14, 2009 at 7:43 PM
salam puan famia.

betul lah tu. kita nak orang buat baik, kita kena buat baik kat orang.
Darkk said :
June 15, 2009 at 1:38 AM
saya baca, saya suka, saya tinggal jejak.

tak dak adap kalau kunjung tapi tak menyapa.
famia said :
June 15, 2009 at 9:39 AM
nananya: salam. ye. mungkinlah.

darkk: salam. terima kasih menyinggah.
esbradz said :
June 15, 2009 at 12:22 PM
huyooo! cam lirik lagu!


*hahaha..aku tak kata berlainan makna!
famia said :
June 16, 2009 at 12:29 PM
bradz: hahaha. ok. fine.
dboy said :
June 19, 2009 at 2:40 PM
hai!.. yelah menyapa lah nie.. hehehe
famia said :
June 19, 2009 at 8:29 PM
dboy: hai kembali! hahaha

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.