Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 09, 2009


_Kita betul-betul penat malam itu.

Kerja di pejabat macam timbunan gula. Kita pula, ibarat semut mati di tengah timbunan gula. Mana nak kejar tarikh akhir kerja lagi. Nak melayan School Vandals, Mafia Wars dan Pet Society di Facebook lagi. Nak melayan cerita Suffian Abas yang selalu bersambung tak pernah dihabiskannya lagi.

Kita mandi, dengar lagu Aladom satu dua dan..

mata pun pejam.

Mimpi baru nak masuk montaj logo Facebook bercampur Friendster dan Myspace yang tak semenggah bila terdengar bunyi telefon.

Kita angkat.

"Hello?" suara pakwe. Terkejut bukan main kita. Iyalah, selain dari adik beradik lelaki yang merangkap pengawal peribadi kita, tiada pakwe lain yang berani telefon kita sekarang.

Oh, kecuali pakwe Maybank. Itu pun sebab sibuk nak paksa beli Maybank punya kad kredit.

Kembali kepada soal kita terkejut tadi. Kita pun membetulkan suara, supaya nampak ayu dan bersahaja.

"Ya?" jawab kita, kontrol ayu.

"Dah tidur ya?" pakwe itu bertanya.

"Err, belum. Tengah baca buku masak-masak," menipu sikit. Pakwe tak suka gadis yang tak tahu nak bezakan mana satu kuali dan mana satu periuk (kecuali Paiseh).

"Tipu, I kenal you,"

Huh, ber i ber you, pakwe lalalala ini.

"Kenal I? Hebat!"

"I kenal you luar dalam. I kan suami you,"

"Huh? Bila pula I kahwin? Tak pernah pergi Golok pun."

"I suami you dari masa depan. I cuma nak beritahu, start makan ulam setiap hari, makan coklat itu biarlah Choki Choki, I tak suruh berhenti, cuma kurangkanlah sikit makan Choki Choki itu."

"Uh?"

"Sebab I baru kehilangan you. Masa kita sekejap saja."

"Huh? Kalau betul you suami I, macam mana kita jumpa? Bila? Esok ke? Apa nama you?"

"Kalau kasi tahu, tak suspen la, nanti you tak buat macama mana you buat masa nak beli jiwa I,"

"Ci sinnn!" jawab kita sambil mematikan panggilan. Kita terus tidur. Tak nak beritahu sudah. Buang masa. Esok nak kerja. Kalau masuk lewat, mahu kena lempang dengan bos kalau kita beri alasan berbual dengan suami dari masa depan. Bos bukan jenis suka percaya alasan staf.

Dia tak sms atau telefon lagi. Merajuklah itu_


*NOTA
Karya asal: Vovin
Karya lain: Pipiyapong, Paiseh

Kategori:

16 Responses to "Suami Kita Dari Masa Depan (Versi Akustik)"

Dani neh said :
June 9, 2009 at 5:50 PM
fes
famia said :
June 9, 2009 at 6:03 PM
seken!
MaJa said :
June 9, 2009 at 6:09 PM
ted
M-I-N said :
June 9, 2009 at 6:22 PM
febeles!oh,fourth.
famia said :
June 9, 2009 at 6:34 PM
maja: hei! main-main. hahaha

min: ni lagi sorang. hahaha.
June 9, 2009 at 7:04 PM
hi-five!!! ;p suami dari masa hadapan? hahahah gila lah.
famia said :
June 9, 2009 at 8:54 PM
yati:hi 5! ini versi cetak rompak. :p
ast3 said :
June 9, 2009 at 8:59 PM
kuang kuang kuanggg..sgt klaka oke.. nice one..
oh ye..saya no 6.. woooohooo
June 9, 2009 at 10:23 PM
dh penah baca dh. tak besh ah! rasa cm ntah hape2. version ni sgt tipikel kot =p
famia said :
June 9, 2009 at 10:29 PM
as3: hehehehe. ni versi cetak rompak. saja suke2 mengada. semoga tak disaman Vovin.

akmar: hehe. terima kasih.
paiseh said :
June 10, 2009 at 3:35 AM
hahaha... taniah..!!
tapi background lagu Aladom tu tak kena ngan tema laa gua syak. ending pun cenderung arah pipi. dah malas laa tu. hakhakhak.!!



*apesal nama gua bulih enteprem?? royalti xde ke.. royalti...??
hahahha..!!
famia said :
June 10, 2009 at 10:02 AM
paiseh: kata akustik dan kontrol ayu. mestilah pakai lagu Aladom. Barulah tradisional. ahkahakhaks. royalti? aaa.. tunggu Wangsa Walk tu bukak. haha
June 10, 2009 at 1:46 PM
huhu..comel lah..
famia said :
June 11, 2009 at 12:41 PM
ainkarim: akak ke? hahahahah. tengs!
Ezad said :
June 11, 2009 at 11:49 PM
cerita ni kalau buat filem best ni.

mesti david teo suka nih
famia said :
June 12, 2009 at 9:55 AM
ezad: err.. David Teo itu siapa?

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.