Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, June 22, 2009


_Tengahari. Hari lepas-lepas.

Hidangan nasi himpit dan kuah kacang.
Khas diusung dari rumah.

Ya.. ya.

Kita tak rajin mahu ke kedai.

Waemah sekangkang ayam saja. Di tingkat bawah saja. Atau di seberang jalan Menara Telekom saja. Cumanya. Memang tak rajin yang berlipat ganda. Bukanlah poket kita mengalami dehidrasi atau penipisan dinding beg duit. Cumanya, kita memang tiada kerajinan. Tiada kerajinan. Tiada kerajinan.

Lebih afdhal ulang sebanyak tiga kali.

Jadi.
Cuba jangan degil.
Sila faham ketiadaan kerajinan kita.

Jam 1.05 tengahari, mula mengisi rezeki ke perut.

Sambil membaca buku 'Honk.. if you are Malaysian'.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Sambil melayari Smashing Magazines.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Sambil mendengar lagu.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Sambil melayan Youtube.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Jam 2.15 petang, tangki perut penuh berisi.

Muthu kawan satu pejabat menegur, "Whoaa.. so long you eat."

Mana ada lama.
1 jam saja.

Tak lama kan?
Kan Janet kan?
Kan?

Ok. Ini rahsia.

Kami adik beradik tiada kekuatan mahu melahap makanan. Sewaktu kecil, paling sekejap kita menghadap nasi pun dalam setengah jam. Rekod bersih, pernah mencapai tiga jam lamanya. Ada 1001 kisah suka duka serta pahit manis di kala menghadap rezeki ini. Sejak terputus tali pusat lagi. Dan bukan untuk paparan umum.

Cukuplah sebiji rahsia itu saja yang kita buka.

Tapi.

Mana ada lama.

Bukan ke sunnah nabi mengunyah 40 kali kan?

Gigi kekal kita belum tumbuh habis. Kesemuanya tak berapa nak matang lagi. Kunyah kiri. Kunyah kanan. Kunyah dan kunyah dan kunyah. Mereka kecil. Mereka tidak kuat. Tapi yang penting, mereka bekerjasama. Justeru itu, kunyahan 40 kali kita biasanya memang mengambil lajak masa yang tiada berkesudahan dia punya lama.

Tapi.

Mana ada lama_

Kategori:

9 Responses to "Penipisan Dinding Selera Makan"

Dani neh said :
June 22, 2009 at 4:02 PM
fes
famia said :
June 22, 2009 at 4:34 PM
dani: hmm.
June 22, 2009 at 5:51 PM
mabeles.

rasanya kalau sy makan bersama anda..

di kala anda selesai dalam to'maninah menghadap rejeki.

saya punya pula sudah menjadi sisa yg perlu di cuci.

10 bintang untuk anda!

ha ha
Dani neh said :
June 22, 2009 at 5:55 PM
alamak..
kenapa balasan komen tuh hmmm

xai.. sori kalo terkacik hati..

aku tak bermaksod wey
famia said :
June 22, 2009 at 6:31 PM
7kaki: makan berjam-jam itu tiada gelojoh. ok apa. menghayati makanan. hehe.

dani: taklah. cuma.. tak tahu nak balas apa je.
fishballisme said :
June 22, 2009 at 6:35 PM
Dani: tak bermaksud atau tidak ada ide utk memberi komen? :)

bai de wei, saya sudah lama tidak mengira berapa kali saya mengunyah sebelom menelan. Terima kasih kerna mengingatkan saya. :)
M-I-N said :
June 22, 2009 at 7:08 PM
tak.sebab diselangi dengan aktiviti² semasa makan itu yang mengambil masa.kalau tertumpu pada aktiviti memngunyah je,tak sampai satu jam rasanya.
Indrasakty said :
June 22, 2009 at 10:15 PM
Harap tak tertidur sebelum habiskan nasi sepinggan.
famia said :
June 23, 2009 at 6:17 PM
fish: hehe. jangan begitu. dani memang tiada bermaksud. maafkanlah dia. by the way juga, saya pun tiada pernah mengunyah sebanyak 40 kali. kita orang gelojoh. segalanya mahu laju saja.

min: ya. hahahahaha. terima kasih.

khairul hak: hahahha. minta maaf. itu bukan perkara aneh. biasa sangat dibuat.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.