Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, June 29, 2009


_Sesungguhnya.

Bukan senang mahu memahami hati seorang ibu.

Melainkan, kamu adalah seorang ibu.

Sebarang kehendak hati ibu, tiadalah kita tahu. Cuma yang tersurat sahaja kelihatan pada riak wajahnya. Yang tersiratnya, tiadalah sesenang itu boleh diselaminya. Andai boleh diselami, betapa senangnya mendapatkan keredhaan ibu. Betapa senangnya mendapat berkat dan restu seorang ibu. Betapa senangnya menjaga hati seorang ibu.

Kata orang-orang tua, uban ibu berkadar linear dengan dosa anaknya. Semakin banyak dosa kita kepada ibu, semakin bertambah uban di kepalanya.

Hah.

Cuba bilang jumlah uban di kepala ibumu.

Oh, ibu....

(Suara Mamat Exist serak-serak basah menjerit di telinga)

Tahun ini.

"Adik, jom kita buat kek untuk emak nak?"
"Jom. Tak payah kita beli dekat Secret Recipe dah."
"Tapi, mana kak Jai tahu resipi nak buat."
"Adik ada. Jom ajak kak Eg sekali."
"Wahoo..!"


Sebiji kek keju ala-ala Secret Recipe.
Cadangan kami begitu.
Untuk ibu.

Namun.

10 minit termangu-mangu di meja makan.
"Macamana nak mula ini."

10 minit lagi tercangak-cangak di dapur.
"Kita ada bekas kek besar ke dekat dapur?"

5 minit lagi termundar-mandir depan bilik air.
"Lap lantai ini dulu. Nanti susah nak buat kerja."

5 minit lagi terdongak depan microwave.
"Kena tengok ini berapa lama nak panaskan Cream Cheese ini."

10 minit kemudian, emak datang menjenguk.

"Ini nak buat apa ini?"
"Err... akak cakaplah."
"Nak buat kek untuk emak. Tapi, macam tak tahu."


Emak diam.

Kami sengih-sengih.

Lepas itu, emak gerak ke dapur mencapai segala barang masakan. Kami ikut sama. Keletang keletung keletang keletung bunyi periuk di dapur.

30 minit kemudian.

"Mak, dah setengah jam ini. Boleh angkat tak kek ini?"
"Belum. Tunggu kejap lagi."


40 minit kemudian.

"Mak, bila nak angkat ini? Nanti dia hangus."
"Belum. Tunggu kejap lagi."


1 jam kemudian.

"Mak, saya dah cucuk kek itu. Macam ok. Bila nak angkat ini?"
"Ha, keluarkanlah terus."


Fuh!

Menjadi juga.

Sebiji kek keju ala-ala Secret Recipe.
Cadangan kami begitu.
Untuk ibu.

Walaupun mak terpaksa menolong menyiapkan keknya sendiri dan walaupun kami tak berapa nak boleh diharap, namun puas juga hati kami semua dapat memasak kek khas untuk mak. Walaupun mak yang memonopoli kek itu dari mula sampai habis, kami tetap terasa seronok sampai langit ke tujuh.

Kek yang seronok.
Kek yang telah dijampi serapah.
Dengan kasih sayang dan zikir berlipat ganda.

10 jari kami hulur.

Selamat hari jadi mak.

Semoga bahagia dunia akhirat.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.

Tertulis di kad pengenalan mak.
29 Jun.

Hari lahir mak yang sebenarnya.
17 Jun.

Apa-apa pun.

Kita sayang mak dunia akhirat.

Muah... muah... muah_

Kategori:

10 Responses to "Muah Muah Muah Mak"

Dani neh said :
June 29, 2009 at 5:51 PM
ahahah.. ini ke kerja korang hari ahad hari tuh...
kekeke
mugiwara said :
June 29, 2009 at 10:53 PM
Kata orang-orang tua, uban ibu berkadar linear dengan dosa anaknya.


kalau betul la...
brape byk dosa kami ye?
erm...masa mak dh tido, kena kira uban mak nih!
pastu cabut!
June 30, 2009 at 12:01 AM
lain kali buat la burasa special.
paiseh said :
June 30, 2009 at 2:11 AM
ni sempena hari lahir ke hari repot nih??

hahahaha..!
famia said :
June 30, 2009 at 9:49 AM
dani: eh tak. time itu aku memang tengah masak ayam. dia tengah meletup-letup. hahaha.

mugi: hehehehe. sampai hati mencabut uban mak. ingat tak sakit ke. itu sebahagian daripada rambut ler.

7kaki: hahaha. itu makanan bermusimlah.

paiseh: hahahaha. sukalah.
orgbelakang said :
June 30, 2009 at 10:09 AM
seriyes!!!
ciskek tu sedappppppppppppppppppppp... yum yumm... :D
June 30, 2009 at 3:25 PM
dah tu cik famia.

adakah hari yg anda buat kek utk mak itu hari-hari?
famia said :
June 30, 2009 at 3:44 PM
suhaila: hehe. bolehlah. first time cuba. nanti aku buat lagi.

7kaki: hahaha. taklah hari-hari. tapi lebih keraplah daripada buat burasak yang setahun sekali.
dboy said :
July 2, 2009 at 7:21 PM
minta kek yang seronok satu hehehehee
famia said :
July 2, 2009 at 11:45 PM
dboy: boleh. nahhh.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.