Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, June 07, 2009


_Maskara Massacre.

Ramai juga terkorban.

Akibat ditembak beberapa orang sniper Dewangga Sakti. Ramai yang putus nafas di tempat kejadian. Alunan gambus, accordian, gitar dan violin bersama bulu ayam hitam panjang mengurai mereka telah galak membedil penonton yang hadir. Hampir kesemua penonton mengalami pendarahan hidung yang kronik. Dan 2.. 3 orang depan kita pun ikut sama berzikir ke kiri kanan melenggokkan badan mengikut irama Dewangga Sakti yang berkuasa sakti itu.

"Memang suweyyy lagu ini." Kata Azman Dewangga Sakti.

Dan.

Sejak dari mula sampai habis persembahan Dewangga Sakti, memang satu benda saja tekun melekat dalam kepala kita. Terngiang-ngiang sampai sekarang.

Atuk, TV1 dan Kluang.

Oh, 3 rupanya.

Alah. Anggap saja 1. Disebabkan duduknya masih dalam baris yang sama.

Cumanya.

Nak menyampaikan kaki ke rumah PENA bukan kerja mudah.

Setiap kali pergi, kita WAJIB sesat. Tak ketemu jalan. Walaupun ini kali kedua kita ke sana, tetapi masih terasa bebal kepala nak menghafal jalannya. Sudahlah kita buta peta. Dilukis sebegitu terang, jelas dan nyata tanpa dengung pun belum tentu boleh dibaca petanya. Membaca peta memang bukan kerja mudah.

Nak menemukan jalan Loke Yew dari arah Cheras Baru memang tiada jodoh.

Ini petunjuk yang diberi Bro Sinaganaga sewaktu ke Maskara Balak Malaya suatu ketika dahulu. Kemudian, kita terjemahkan menjadi 'peta'. Tengoklah rupa bentuk peta kita. Peta macam ini barulah kita senang faham. Kalau bagi dari pemandangan arial, memang bergulinglah kita nak membacanya dari sudut 180 darjah. Kalaulah dilukis seperti peta minda bukan ke mudah sikit. Kalau bentuk 'point form' lagilah senang kita nak faham.

Maklum sajalah. Kita memang blur ayam sikit.

Mukasurat pertama

Mukasurat kedua

Jangan cakap apa-apa.

Sila simpan dalam hati. Kita tahu awak nak mengata kita. Kita tak kisah. Cuma kita kasihan kalau awak mengata kita nanti kita yang dapat pahala berlonggok-longgok. Tak apa. Kita tak kisahkan kita. Kita kisahkan awak. Tak baik mengumpat dan mengadu domba. Berdosa tahu. Awak nak ke makan daging kita dekat akhirat nanti. Lemaknya tidaklah banyak mana. Tapi, bolehlah dari tak ada. Kan.

Cheras Baru > Taman Maluri > Jalan Pudu > Pusat Bandaraya > Jalan Dewan Bahasa

Tengok.

Menangis air mata darah kita dibuatnya.

Dan macam biasa.

Waktu lalalala kami di rumah PENA, pasti bermula antara jam 9 lebih malam ke atas. Nak datang awal tak boleh. Nak datang lambat pun tak boleh. Dia punya lalalala pasti bermula jam 9 lebih malam ke atas. Fix Time, orang putih kata. Dah ditetapkan macam gitu, begitulah jadinya. Semuanya terpulang kepada berapa lama kami boleh bertahan sesat di dalam perjalanan.

Itu satu.

Yang keduanya.

Setibanya di depan rumah GAPENA. Yang mana, pintu masuknya cumalah satu. Dan itulah satu-satunya pintu masuk yang ada. Kami terbabas mencari-cari kelibat pagar ruyung rumah PENA. Yang disangka berlainan pintu masuk dengan rumah GAPENA. Lebih kurang 3 kali kami tawaf depan pintu pagar ruyung rumah GAPENA dan kedai TETUPAI. Barulah dapat 'figure out' sendiri rupanya GAPENA dan PENA berkongsi pintu masuk.

Macam haram.

Letih kita dibuatnya.

Tapi puas hati.

Kalau awak nak tengok persembahan Dewangga Sakti, silalah cari di Youtube sendiri.

Kita memang rasa macam tengah duduk dengan atuk kita di kampung sambil menonton zapin dan ghazal di TV1 waktu itu. Maskara berikutnya bulan 8. Sesiapa yang pergi itu nanti, harapnya bolehlah tolong tunjukkan kita jalan ya.

Tolonglah cakap boleh_

Kategori:

18 Responses to "Maskara Massacre oleh Soljah dan Dewangga Sakti"

Indrasakty said :
June 7, 2009 at 11:46 PM
Kita beri awak peta hikmat nak? Google Map. Duduk saja-saja awak boleh baca, hafal dalam kepala.
famia said :
June 8, 2009 at 12:01 AM
khairul hak: hahahaa. Kalau namanya map.. kita memang tak pandai baca. cubalah test kalau tak percayakan kita.
paiseh said :
June 8, 2009 at 2:11 AM
kena pakai GPS ni gua syak~
famia said :
June 8, 2009 at 8:42 AM
paiseh: kami pakai GPS lah ni.
June 8, 2009 at 9:47 AM
Terima kasih kerana hadir.Diharapakan terhibur. ;)
famia said :
June 8, 2009 at 9:54 AM
Dewangga Sakti: hehehe. sangat terhibur. kagum baru tau ada band tradisional macam kamu semua dekat Malaysia ni. keep up the good work, lah!
June 8, 2009 at 11:44 AM
Utk CD,boleh emel ke dewanggasakti@yahoo.com
Oh bukan drpd Space Gambus. Space Gambus drpd projek lain.
Ini lagu2 Dewangga Sakti sendiri.
Hajar said :
June 8, 2009 at 12:55 PM
aiseh.. bestnya..
bile la dpt pegi maskara nih?
M-I-N said :
June 8, 2009 at 2:18 PM
beli r CD Dewangga Sakti.layan wooo.
aisyahkama said :
June 8, 2009 at 3:06 PM
nanti jumpa menara MAA dulu sebelum masuk rumah PENA. pergi 2nd time, takkan sesat punya :)
amirnazrin said :
June 8, 2009 at 3:57 PM
bulan 8 ada lagi.tak tau la show apa pulak.
dewangga sakti memang layannnn...
famia said :
June 8, 2009 at 5:03 PM
dewangga sakti: baiklah.

hajar: hehe. bulan 8. meh.

min: baiklah.

aisyahkama: hehe. gi 2nd time pun sesat tu. walaupun dengan bantuan GPS. haha. takpe. kali ke3 mungkin dah tak sesat.

amirnazrin: ha tau takpe.
ezad said :
June 8, 2009 at 9:48 PM
kalu mcm ni punya peta, wa pun boleh sesat nih.

kenapa 'tulis peta', tak 'lukis peta'?

lagi senang tengok gambar dr tgk tulisan

tapi, itulah seni namanyaaaaaaaaaaa
famia said :
June 8, 2009 at 10:19 PM
ezad: ahkahakahkahks. kesian aku kan. kena gi kursus belajar membaca peta ni. terasa bebal betul.
June 9, 2009 at 12:11 AM
Famia,
xper la ... sesat di hujung jalan..kembali ke rumah sendiri. Tp kalo tak jumpa jugak, elok ko g balai polis je.

Ni suda 2x sampai Rumah PENA, confirm kali ke-3 suda jadi pro bangat!
:P
famia said :
June 9, 2009 at 8:39 AM
attokz: hahahaha. balai polis yek. baiklah atokz. semoga kali ke 3 dan kali yang seterusnya tak sesat lagi. aduh.
ieba said :
June 9, 2009 at 11:33 AM
xpe pami pelan2 belaja bc map pastikan ada teman yang sama2 memerhatikan jalan ..misti x sesat lagi..
LediAgli said :
June 12, 2009 at 9:58 AM
pakai sangat la gps.. hahahahahahaha

sape ntah codriver

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.