Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 30, 2009


_Tanpa ilmu, hidup manusia bakal kucar kacir.

24 jam terasa cemas dan takut yang tiada menentu.

"Tumpang tanya. Sini boleh beli tiket Putra tak?"
"Putra?"
"Haah. Nak ke Kelana Jaya. Tiket Putra beli sini ke?"
"Ha ya. Sini."


Sesaat kita pula keliru. Serasa kita memang ini Stesen Putra LRT. Mungkin disebabkan tahap cemas kakak itu meninggi, maka tiadalah dinampaknya papan tanda Stesen Putra LRT KL Sentral besar terpampang di situ. Bersangka baik.

"Hello, sir. Can I buy a ticket to Thailand, please?"

Sesaat kita keliru lagi. Serasa kita memang ini Stesen Putra LRT. Mungkin disebabkan tahap ringan mulut Mat Saleh itu meninggi, maka sanggup benar dia beratur berbaris panjang semata-mata mahu bertanya demi satu soalan. Motivasinya tinggi. Bersangka baik.

-__-"

Kita dahulu pun macam itu juga.

Mengenalpasti semua jenis kenderaan awam di Malaysia ini pun satu ilmu juga. Kalau tidak tahu, memang cemas juga dibuatnya. Entah ke mana sahaja dibawanya nanti LRT itu. Itu belum lagi masuk ilmu mengenalpasti monorail dan komuter. Jangan tak tahu. Antara LCCT dan KLIA, kita pun tiada ilmu. Mati-mati kita sangka LCCT dan KLIA itu benda yang sama.

Maklumlah, kita orang kampung.

Hah.

Cuba teka apa perbezaan STAR LRT dan PUTRA LRT?

Tengok keliru tak keliru_

Kategori:

14 Responses to "Kemudahan Awam Yang Tidak Berapa Nak Mudah"

June 30, 2009 at 3:35 PM
star lrt tu saya selalu naik utk ke Sri petaling.

Dan..

putra lrt tu tiada lain di guna kalau tak ke masjid jamek atau klcc.

sekian melaporkan.

karam di lautan utk tivi tiga
famia said :
June 30, 2009 at 4:08 PM
7kaki: ha... nasib baik tahu bezakan. bagus karam di lautan. *pap.. pap.. tepuk bahu.
Dani neh said :
June 30, 2009 at 4:47 PM
eh...
aku ada rasa cam satu bernad fani yang pernah di bicarakan oleh saudari irina il miah [befdey dia isnin lepas] pasal
beza antara star lrt dgn putra lrt
tapi aku tak ingat
tapi mmg kelakat gila...

ko ingat tak

eh..
napa ko kita2 ae skang?
[k, aku tanya 2 soalan nih]
famia said :
June 30, 2009 at 5:24 PM
dani: bernard fani tu siapa? hehe. aku selalu ingat birthday irin. dia kan sama dengan birthdate mak aku. err.. tak ingat pun bernard fani. kita? haha. sebab asal usul dulu aku bercakap pun bahasakan diri.. kita. kenal kau baru jadi kau. hehe. saja nak berkita balik. aa.. tak boleh ek?
Dani neh said :
June 30, 2009 at 5:42 PM
alahai.. aku sgt typo lah
bagi aku rephrase k

aku ada rasa cam satu BENDA FUNNY yang pernah di bicarakan oleh saudari irina il miah [befdey dia isnin lepas] pasal
BEZA ANTARA STAR LRT DGN PUTRA KRT
tapi aku tak ingat
tapi mmg KELAKAR gila...

alaaaa.. ade...
either:
- star kat atas, putra kat bawah
ataupun
- star tak bagi balik kad, putra bagi balik kad (sebenanye kita beli pergi balik utk naek putra masa tu, star kita beli sehala)

aa.. antara 2 tuh la..
tapi sangat FANI..
aku cam gelak sampai nanges rasanya..
mugiwara said :
June 30, 2009 at 6:13 PM
tahu tak?
mesia pun ada komuter...
ada keretapi untuk ke negeri negeri lain. negeri sembilan, perak, dan penang sebagai contoh.

tahu tak?
ada bisnes klas dan ekonomi klas (bukan mata pelajaran sekolah) yang mana berbeza dari segi keselesaan katil, kerusi, atau harga~

wah~
banyak juga nak kena belajar ni. nanti temuduga untuk dabel trek senang sket~
famia said :
June 30, 2009 at 7:39 PM
dani: eh.. serius aku tak ingatlah dani. aku kan Dory.

mugi: hahaha. iya. tahu. baru tahu.
ain said :
July 1, 2009 at 2:03 AM
kak Famia = Dory ?
takpe.
sgt comel la
sy suka
hehe :p
famia said :
July 1, 2009 at 9:25 AM
ain: Dory memang comel. Kita tak comel pun. Hilang ingatan laju-laju je adalah. Hihi
Ezad said :
July 1, 2009 at 10:04 PM
star lrt ada drebar
putra lrt tak der drebar...

ahahaha
famia said :
July 2, 2009 at 1:14 AM
ezad: haa.. bijak bijak.
LediAgli said :
July 2, 2009 at 11:29 PM
famia. kalau ada pass bulanan putra. time kat star jangan beli tiket.

ingat?
famia said :
July 2, 2009 at 11:44 PM
ledi: eh, ya ke? hahaha. aku macam dah lama gila tak beli menatang pas bulanan itu. pakai TnG je.
February 9, 2010 at 12:56 PM
aku ada rasa cam satu BENDA FUNNY yang pernah di bicarakan oleh saudari irina il miah [befdey dia isnin lepas] pasal
BEZA ANTARA STAR LRT DGN PUTRA KRT
tapi aku tak ingat
tapi mmg KELAKAR gila...

alaaaa.. ade...
either:
- star kat atas, putra kat bawah
ataupun
- star tak bagi balik kad, putra bagi balik kad (sebenanye kita beli pergi balik utk naek putra masa tu, star kita beli sehala)

aa.. antara 2 tuh la..
tapi sangat FANI..
aku cam gelak sampai nanges rasanya..

-->>> Hamboi2 korang mengutuk aku, ni pun aku ter google. AKu hengat la incident Kak M sme ada kt g mkn burger king kat masjid jamek! :p blh korang kan? muahahahhaha! aku kan sengal

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.