Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, June 08, 2009


_Ya Allah hai.

Kita normal rupanya.

Ingatkan nafsu ke arah fesyen dan baju sebagaimana yang digilai kaum wanita itu tidak terpercik ke kita. Rupanya.. fuh. Berkocak lagi bergetar juga nafsu kita dibuatnya. Siang malam boleh terbayang-bayang. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Minum tak hilang dahaga.

Boleh tahan gila bayang juga.

Rasanya disebabkan namanya yang ada unsur makanan. Justeru, kita pun terpana dan tertarik hati dengannya. Bukan terasa lapar. Cumanya. Terasa seperti mahu lalalala mengikut alunan lagu Dewangga Sakti seperti hari-hari lepas. Sungguh merenggut hati kudusku.

Wahai Jilbab Biskut..

Semoga dikau tidak menjelma di depanku.
Tolonglah jangan menjelma.
Kasihanilah poketku.
Dan nafsuku.

Wajah si Jilbab Biskut yang kacak.

Jilbab Biskut

Mujurlah si Jilbab Biskut bukan kelahiran Malaysia.

Kita yakin 200% si Jilbab Biskut tidak dijaja di pasaran gelap mahupun pasaran terang di Malaysia. Bergoncang nafsu kita dibuatnya. Entah kenapa rajin mencari baju-baju beradik Abaya sekarang ini. Kelihatan seperti lebih 'underground' barangkali.

Tapi.

Aisehmen.. bergoncang.

Satan,
Jangan kau berani cucuk kita.

Kita cucuk kau balik nanti_

Kategori:

10 Responses to "Jilbab Biskut, Namanya"

fishballisme said :
June 9, 2009 at 12:14 AM
Aduh! sangat comel!!
famia said :
June 9, 2009 at 8:36 AM
fish: kannnnn. hehe. nasib baik jual kat UK. 60 pound pulak tu. perghhhh.. kali 7 dah 400 samting.
el said :
June 9, 2009 at 11:18 AM
waahh!!!

errr...bagi la link biskut tu...hehe..theee...hee..
ada yang turut kempunan kang. Ayyoo...!
famia said :
June 9, 2009 at 11:25 AM
el: heheh. tu.. dah letak. silalah. harganya yg mencecah hampir rm400 lebih. pengsan dibuatnya.
el said :
June 9, 2009 at 2:29 PM
kalau kempunan sesangat design la sendiri ikut dia punye detail and pass la kat tylor. ehehe ;p
June 9, 2009 at 3:56 PM
comel nyeee baju tuh..
coklat lagi..
i like!!
hafiz abdul said :
June 9, 2009 at 4:16 PM
aslkm pusing mana2 pun tu la perempuan
famia said :
June 9, 2009 at 4:33 PM
el: heheheh. masih boleh tahan napsu lagi ni.

ainkarim: comel. harga dia pun comel. hihihi

hafiz: ws. yah. kata napsu banyak.
June 9, 2009 at 10:30 PM
tak cumil pownnnnnnnn.. =p

bg sy biasa2 jek. ekekke.tp buleyh lar..hehe
famia said :
June 9, 2009 at 10:39 PM
akmar: hehe. mestilah cik doktor. beauty is in the eyes of beholder. lain orang lain pandangan kacaknya. apa2 pun.. baju ni tetap ekselen.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.