Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 23, 2009


_Naik LRT, kesukaan kita.

Hari-hari kita melayan kesukaan kita. Tetapi, sifat terlupa itu juga kesukaan kita. Boleh kata hari-hari juga kita melayan terlupa.

Pagi hari.

Ke Kerinchi. Menaiki LRT. Seperti hari-hari. Kereta di Terminal Putra terbiar sendiri. Perjalanan sejauh 40 minit sambil berdiri.

Petang hari.

Dari Kerinchi. Menaiki LRT. Seperti hari-hari. Kereta di Terminal Putra sudah menanti. Perjalanan sejauh 30 minit sambil berdiri.

Tiba di Terminal Putra.

"Ya Allah.. kereta di Kerichi!!!!!!!!"

Gila.

Mujur imaginasi yang keji.
Imaginasi.
Keji.

**Tampar pipi 8 kali.

Naik LRT, kesukaan kita.

Hari-hari kita melayan kesukaan kita. Tetapi, imaginasi itu juga kesukaan kita. Boleh kata hari-hari juga kita melayan imaginasi yang kadangkala bertukar kepada illusi. Yang menjelma di kala kita terlalu banyak kerja. Bersarang di kepala.

Jangan disalahkan keturunan semut api, semut halus berbau keji, semut hitam, kerengga dan seangkatan dengannya. Golongan mereka, tiada kita sampai hati mahu menyimpan di dalam perut ini.

Imaginasi.

Gila keji.

Inilah akibatnya kalau sudah terlalu lama sangat tiada memandu ke tempat kerja. Sekejap-sekejap sahaja mahu terlupa kewujudan kereta di bawah tanah bangunan ini. Mencemaskan kita sahaja. Tersadung kewarasan akal. Entah apa-apa. Harap sekejap lagi tiada kita berimaginasi lagi. Ngeri. Jika betul-betul terjadi.

Setakat ini.
LRT sahaja di hati.

Kita.. janji cuba.

Gentar mahu menabur janji. Lebih menggentarkan lagi jika mahu menepati janji. Tersilap tabur.. tiada ditepati. Jadi Munafik kita nanti.

Selalu terlupa.
Menjadi-jadi.

Macam ikan Dory dalam 'Finding Nemo'.

Belum beruban separuh kepala sudah nyanyuk begini.

Apa ini_

Kategori:

14 Responses to "Bila Imaginasi Berperangai Keji"

Dani neh said :
June 23, 2009 at 4:45 PM
heheheh...
bagi korang yang konfiyus..

ini entry sengal sebenarnya..
hafiz abdul said :
June 23, 2009 at 4:46 PM
aslkm kalau dah tak suka kereta tu bagi jer kat saya
famia said :
June 23, 2009 at 4:48 PM
dani: ahkahakhakahkas. gilalah. kau faham! hebat! sayang kau.

hafiz: waalaikumsalam. eh.. siapa kata. cuba fahamkan jalan cerita yang bersimpang siur itu.
M-I-N said :
June 23, 2009 at 4:54 PM
kerichi?mana tu?dekat² karachi ke?hehehehe :P
famia said :
June 23, 2009 at 5:18 PM
min: karachi? apakah?
ieba said :
June 23, 2009 at 8:01 PM
bilaku baca dikala tahap kesengalan yang agak tinggi sesungguhnyer aku mcm faham tp mcm x faham....
Indrasakty said :
June 23, 2009 at 10:25 PM
Oh.. ya, saya juga sehebat Dani. Tak susah memahami kepala kamu.

Uban dah berapa helai?
Ezad said :
June 23, 2009 at 10:49 PM
hahaha..

cuba imagine begini pula

bila teringat kereta di kerinchi, maka turun lrt, patah balik ke kerinchi..

dah turun lrt, nak masuk Myvy..

Ya Allah!!
kunci Myvy dlm LRT


bayangggkannnn
famia said :
June 24, 2009 at 6:48 AM
ieba: hehehehe. jangan fahamkan. bahaya.

khairul hak: hehehehehe. tak susah? hebat.

ezad: imaginasi kau lagi gila rakus. ngeri.
curX said :
June 25, 2009 at 8:29 AM
... -_-'

ganbatte ne! :)
famia said :
June 25, 2009 at 1:00 PM
kurk: terima kasih sudi bersabar dengan kawan sebegini. hehehe.
curX said :
June 26, 2009 at 10:30 PM
alah, kalo dh terlupe tu sume org pon same je. 2x5, 8+2, 12-2 & lain2 persamaan kuadratik yg sama hasilnya. kehkehkeh
aCe_LaNuN said :
June 27, 2009 at 2:35 AM
pergh..klu dibayangkan....
jika berlaku lah pada ak...
emmmmmm(berfikir sejenak..)
ak akn patah blik g kerinci amk kereta...
tp tercari2 kereta ak..tp xjumpe...
dan baru ak sedar...mne ak ader kereta...
.........................................
moral...kurangkan mkn semut yg xberdosa..lebihkan makan kismis yg berguna lagi berkahsiat...
.............................................
famia said :
June 27, 2009 at 10:24 AM
kurk: hahaha. tahu pun.

ace: hehehe. jangan disalahkan semut dan keturunannya.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.