Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, June 25, 2009


_Antara perkara lain yang kita tiada arif.

Walimatulurus.

Sekiranya ada rezeki menjadi ladang atau pun tulang rusuk kiri seseorang yang telah tertulis namanya di Luh Mahfuz untuk kita, tiada mahu kita majlis bersanding. Tiada mahu juga diarak ke sana sini. Yang ringkas-ringkas saja sudah. Bentang tikar, duduk bersila dan makan ramai-ramai.

Senang.

Maka.

Rupa bagaimanakah yang dikatakan majlis tanpa persandingan?

Perbualan di Yahudi Messenger.

Hamba 1: Saya tengah fikir macamana la konon-kononnya majlis tanpa persandingan tu
Hamba 1: Adakah saya perlu tidur seharian?
Hamba 1: Atau lepak di tandas sahaja
Hamba 1: atau membantu makcik-makcik membasuh pinggan mangkuk tanpa mendedahkan identiti
Hamba 2: ahkahkas
Hamba 2: tapi kalau kahwin tanpa bersanding mana ada pelik
Hamba 2: ramai je dibuat orang
Hamba 1: ye la ramai
Hamba 1: cuma caranya macamana eh?
Hamba 2: lepas nikah.. turun ke bendang lah jamu orang-orang makan
Hamba 1: yang paling afdhal yang paling mengikuti sunnah
Hamba 1: oh
Hamba 1: ingat lepas nikah terus ke bilik
Hamba 1: adeh

-__- "

Isk..

Lelaki. Itu juga didahulukannya. Tahulah baru dapat ladang. Tahulah sudah tiada sabar mahu dikerjakan ladang. Alahai. Haha.

Namun.

Ada juga kawan-kawan yang tidak bersanding. Kita sendiri pun tiada suka bersanding. Kalau ikutkan, dalam Islam pun ada tetapkan. Tiada eloknya bersanding. Boleh menimbulkan fitnah. Lagi juga, bersanding itu bukanlah budaya kita. Budaya Hindu bukan. Tetapi, kalau mahu buat juga, silakan. Kita tiada bantahan.

Cumanya.
Memang macam agak rare juga zaman Choki Choki ini.

Bersanding itu memang jarang tiada.

Ya kan_

Kategori:

21 Responses to "Berladang Tanpa Bersanding"

el said :
June 25, 2009 at 2:00 PM
Betul-betul,
asal kahwin je bersanding. asal bersanding je kahwin. Ishhh...
Tapi ada jugak yang tak. Biasanya kita tengok lepas akad nikah tu, pengantin lelaki terus batalkan air sembahyang kat dalam bilik disaksikan keluarga terdekat. Lepas tu bergambar. Lepastu kalu rajin silalah beramah mesra dengan tetamu. Heee~
z@f!r said :
June 25, 2009 at 3:43 PM
hmm.. bersanding tu sekadar nak tunjuk ghupe pengantin kat tetamu je.. ala.. cam letak keta dalam show room je.. semua orang leh tengok..

tapi my sister yang kawen semua takde wat sanding.. letak bantal besar dalam bilik.. duduk la bersila kat situ.. tunggu je tetamu.. kawan² masuk dalam bilik.. lagi senang.. jimat cost nak setup pelamin 5 tingkat.. haha..

p/s: tuan punya blog asik post entry pasal alam perkahwinan ni.. tuan hamba cam menghidu bau nasi minyak ni.. hehehe..
Dani neh said :
June 25, 2009 at 4:00 PM
ko asik beborak dengan sapa ni Xaaaaaaaai.. heheheeeeee
famia said :
June 25, 2009 at 7:21 PM
el: ya? ehhh macam menarik itu. nak tirulah nanti ek.

zafir: letak bantal dalam bilik? ehh macam menarik. boleh tiru jugalah. takpun lepak-lepak atas tikar ramai-ramai bersila pun dah seronok gila je. eh eh.. baru sebut 2 kali tau. hahaha. apalah.

dani: apa pasal soalan macam jeg ni. hahahaha. aku clean ok. hahaha. lepas semua tegur baru aku perasan. tapi, normal apa. semua orang bujang ada nafsu mahu berladang. hahahaha. kelakar pula pakai istilah berladang.
Ezad said :
June 25, 2009 at 10:44 PM
ko ckp pasal ladang ke pasal majlis kawin ni?

isk.. aku sedikit confuse. maklum la

belum dpt ladang

haha
paiseh said :
June 25, 2009 at 11:00 PM
pehh.. bile lu nak berenti buat entry kawen2 nih?? gua tak selesa langsung!
hahahahaa...!!
hafiz abdul said :
June 25, 2009 at 11:09 PM
ASLKM KALAU NAK BERLADANG KENA BAWAK CANGKUL.LEPAS TU BAWAK LA BEKAL SEKALI.
famia said :
June 26, 2009 at 4:18 AM
ezad: hahaaaha. ikut mana satu yang kau nak fahamlah. hehe.

paiseh: hahahaahah. baru 2 ok.

hafiz: waalaikumsalam. haha. baik.
ieba said :
June 26, 2009 at 6:32 PM
hurm...xtau nak taep mcm kepelikan pun yer jugak
curX said :
June 26, 2009 at 9:59 PM
cek kak.. itu citer ladang ka, kawen ka. manyak konpius suda.. @_@

tapi kan, kawen cuma sekali dlm seumur hidup (unless kalo kawen-cerai-kawen la). so since dah jejak kaki dlm kolam, nape x berenang terus kan? tapi terpulang la pada individu tu nak berenang ke x. nak2 lagi la kalo x reti berenang, lagilaa haru. (eh amende merepek psl berenang neh?)

lagi tapi kan, nape guna istilah ladang & bajak ek. nape tak kuda ke, beskal ke, ferrari ke. nape ek? nape ek?
famia said :
June 27, 2009 at 1:18 AM
ieba: hehehe. pelik perihal apa ek?

kurk: hehehe. aik? orang dah kahwin tanya soalan macam ini macam pelik pula. hehehe. begini..

[Surah Al Baqarah: ayat 223].. "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu
bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.


[Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ad-Darami]

haa.. dapat? hehe
curX said :
June 27, 2009 at 10:29 PM
o.. personally tak suka guna istilah ladang, tapi kalo dlm quran sendiri dah tulis camtu takyah ckp bnyk lah.

dulu igt masa wedding mls nak buat sanding2 ni, nak simple je tapi lain plak jadik nyer. kalo nak kira kos plak, bole jimat 1k - 2k camtu. so, terpulang lah. hihih ^_^
adLedash said :
June 28, 2009 at 3:04 AM
nak kawen. hahaha! (ttber je...)
Dop (bukan nama sebenar) said :
June 28, 2009 at 7:07 PM
Kalau nak diikut.

Tak mahu bersanding.
Tak mahu berarak.
Tak mahu (macam-macam lagi)

Tapi, realiti adalah bukan seperti dalam fantasi. Malahan, mulut orang susah ditutup.

Kalau buat majlis ringkas-ringkas, dikatanya kahwin kilat, sebab pengantin dan terlanjur, nak cover line.

Orang kita, perkara mudah, dibuatkan susah. Kalau lelaki dah ada kerja tetap, kahwinkan terus kalau dah suka.

Ni .. macam nak menggalakkan maksiat je ...
M-I-N said :
June 28, 2009 at 10:14 PM
terbaik.ringkas.ikut sunnah.tak pening kepala.kan?
famia said :
June 28, 2009 at 10:55 PM
kurk: hehe. begitu ke.

adledash: aiik? ok. nanti jemput ye.

dope: hehe. cubalah slow talk. aku belum kahwin. memang semua aku taknak. cumanya.. kalau diizinkan.. memang aku cuba slow talk taknak semua itu. dulu ayah aku pernah sebut juga.. untuk hantaran segala bagai.. cukuplah al-quran dan sejadah saja. dan memang aku cuba pegang sampai sekarang. hehe. lagi satu.. yang nak kahwin itu bukan orang lain. tak payah nak fikir mulut orang. hidup bermasyarakat memang begitu. majlis kau.. buat saja style kau suka. mulut orang.. abaikan. tiada kerugian. kita cuma menjamu mereka. sudah dijemput makan pun bermulut busuk juga. biarlah. pahala kau jalan saja. hehe. sorry cuma aku bukan jenis nak mendengar mulut orang. kalau nak story belakang, sila. adat bermasyarakat kan. hehe. apa2 pun.. buat saja majlis kau ikut kau punya suka. tapi jangan lupa jemput aku dan dani ye. hehe. tak sabar nak datang.

min: haah. tak pening kepala. bukannya sebab duit tiada. cuma, yang sederhana saja sudahlah. cuma itulah.. ikut sendiri. kalau mahu meriah, sila. kalau tiada mahu.. sederhana saja sudah cukup.
June 29, 2009 at 11:53 PM
saya nak empat ekar ladang apa macam?

bole?
famia said :
June 30, 2009 at 9:51 AM
7kaki: hahaha. silalah.
dboy said :
July 2, 2009 at 7:16 PM
ai 7kaki> banyak jugak ladang kamu nak? ladang di kedah pun xterjaga... abis la aku nie..
daineso said :
July 3, 2009 at 2:47 PM
betul3 kawen tu nikah jer yg penting sebenarnyer.. yg lelain tu.. adat jer.. tp kekadang mak bapak ni terover excited tu yg mula2 nak simple.. sekali.. terover2 laa jugak nyer.. huhuh
famia said :
July 3, 2009 at 7:13 PM
dboy: hehe. berkongsilah kamu berdua ye.

daineso: hehehe. kan. itulah. harap-harapnya mak ayah orang tak macam itulah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.