Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, June 24, 2009


_Antara hal yang kita tiada arif.

Mas kahwin.

Perbualan di Yahudi Messenger.

Hamba 1: Ada khabar dari tanah sabah yang seorang kenalan gadis
Hamba 1: mas kahwinnya ialah surah sajadah
Hamba 2: ye?
Hamba 1: biar dia cemas
Hamba 2: bestnya
Hamba 1: macam ayat-ayat cinta mereka itu
Hamba 2: mas kahwin saya.. 3 juzuk lengkap 114 surah
Hamba 1: tapi lagi kacipkan kalau dia bagi mas kawin surah al baqarah
Hamba 2: taklah.. cukuplah hafal surah ar-rahman beserta tarannum sekali
Hamba 2: mas kahwin lembu betina?
Hamba 1: berdarah hidung kadi menunggu
Hamba 2: baiklah surah yusuf ke
Hamba 2: hehe
Hamba 2: surah yasin lah senang
Hamba 2: insaf tetamu semua
Hamba 1: surah al baqarah sahaja sudah berapa juzuk

Fuh..

Mas kahwin.

Berapa paling minimum?

Dengar khabar, lain negeri lain harganya. Semacam melelong anak dara di pasaran saham sahaja lagaknya. Merenung langit lapan harilah kita jawabnya. Bukanlah kita sudah diseru. Cuma terbincangkan hal-hal yang tiada tentu.

Kalau kita..

Sebuah sejadah..
Sebuah Al-Quran Resam Uthmani..
Sekeping surah Ar-Rahman beserta tarannum.

Itu sahaja boleh tak?

Bolehlah_

Kategori:

14 Responses to "Berkahwin Dengan Mas Kahwin"

June 24, 2009 at 8:09 PM
hai.semua org ckp pasai kawen.

hoho. ni cam rasa nk kawen gak.
tapi takde org msk meminang agik lar.

hiks hiks hiks
paiseh said :
June 24, 2009 at 9:17 PM
mas mana agaknya tu aa??
sesenang je bulih nama kan?
famia said :
June 24, 2009 at 9:33 PM
akmar: hehe. suruhlah siapa-siapa masuk.

paiseh: hahaha. tulislah entry asal usul 'Mas' kahwin.
Indrasakty said :
June 24, 2009 at 10:51 PM
Jadi bagaimana diakadkan? Saya terima nikahnya si gadis binti bapanya, bermaharkan sepotong surah sajadah tunai..., begitu?

atau,

"...berhantarankan pinjaman bank lapan belas ribu, hutang."
famia said :
June 24, 2009 at 10:56 PM
khairul hak: jangan ditanya. haha. tiada tahulah kita. sila rujuk mereka yang lebih arif.
June 24, 2009 at 11:54 PM
This comment has been removed by the author.
June 25, 2009 at 12:06 AM
hik hik hik (gelak gedik seorang tua)

bukan mas kawin yg jadi masalahnya kerana mas kawin tu wajib.

tapi malasahnya ialah wang hantaran yang ribu raban tu.

arggghhh! (sambil menarik bulu hidung dgn gaya menarik rambut di selang seli dgn bersin berkelajuan 110 km/jam)
famia said :
June 25, 2009 at 12:21 AM
7kaki: hahahahaha. wahai encik.. mas kahwin dan duit hantaran bukankah lain? ini siapa yang silap cetak mas kahwin dan duit hantaran ini. confius ayam dibuatnya. patutlah tiba2 confius.
Dani neh said :
June 25, 2009 at 3:37 AM
tetiba aku teringat pesanan fazuan tentang mas kawin nih... heheh... ko ingat taaaaaaak...
famia said :
June 25, 2009 at 12:59 PM
dani: tak. yang pasal orang perlis ke? perlis memang tinggi sikit mas kahwin. tapi entry ini sepatutnya aku nak cerita pasal duit hantaran. hahaha. aku pun confius.
z@f!r said :
June 25, 2009 at 3:40 PM
mas kahwin seeloknnya ditinggikan sikit.. ini tidak.. RM80 tunai.. mas kawen akan jadi hak pengantin perempuan.. jadi apa salahnya bagi tinggi sikit.. RM1 ribu ke.. bukannya apa.. sekadar menghargai pengantin perempuan kerana sudi menerima si pengantin lelaki.. apa kejadah aku merepek ni.. hahaha..
famia said :
June 25, 2009 at 7:17 PM
zafir: eh silap. bukan mas kahwin. ini cerita duit hantaran sepatutnya. member pun silap tulis. hahaha. adakah duit hantaran perlu beribu-ribu tinggi menggila sehingga menyusahkan lelaki?
Ezad said :
June 25, 2009 at 10:41 PM
sett...

bila kita nak buat majlis ni?

heh!
famia said :
June 26, 2009 at 4:19 AM
ezad: kita? hahahaha

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.