Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 30, 2009


_Pembelinya perempuan, penjualnya lelaki.

Jualannya pasti dibagi murah sedikit.

Eh, betul!

Ini bukan teori mahupun karma bagai. Kita bukan Hindu mahu percaya segala teori karma mereka. Janganlah bersangka buruk dengan nukilan kita yang dahulu. Lalu, melabel selaju kilat bahawa kita ini berpegang dengan teori karma Hindu mahupun pegangan barat. Sesungguhnya, tidak adil melabel kita tanpa mengenali terlebih dahulu. Itu dusta namanya.

Kita bercerita perihal adab.

Bukan ikhlas mahupun istiqamah dan segala teori karma bagai.

Tak apa.

Kosong-kosong sahaja.

Hah.

Pagi tadi.

Hidangan Gembira (Happy Meal) kedai makanan Mesra. Mi goreng berkicap yang agak berair dalam kuantiti yang boleh tahan selonggok juga memenuhi polisterin. Beserta sambal kombo. Dan sepatah dua perbualan.

Semasa di kaunter pembayaran.

"Eh, kenapa jari itu? Luka?"
"Haah. Hehe."
"Kena pisau masa tengah masak ke?"
"Haah. Biasalah. Hehe."


Pling....

RM1.50.

Eh, sugoi!

Kalau makcik itu yang kira, memang paling murah kita kena bayar RM2. Kalau dengan abang itu, memang kita selalu dapat RM1.50. Ambillah banyak mana pun yang berkenan di hati. Memang harga kita kadang RM1.50 sahaja. Kalau ditambah lauk sedikit, dalam RM2. Atau pun RM2.50.

Ha....

Murah kan?
Murah kan?

Eh, jangan salah sangka!

Kita cuma... cuma senyum sedikit sahaja.

Adab membeli kononnya.

Tak apa kan_

Kategori:

7 Responses to "Alah Membeli Senyum Memakai"

ieba said :
June 30, 2009 at 10:14 AM
hehhe...oklah tu.senyumkan sedekah..kira dia pun sedekah jugak lah utk pami hehhe
Indrasakty said :
June 30, 2009 at 11:02 AM
Try kenyit mata, tengok dapat diskaun RM0.50 lagi tak.

Ataupun, try panggil abang/darling/kekanda/honey bee, tengok dapat free ke tidak.
famia said :
June 30, 2009 at 11:18 AM
ieba: ha kan. sedekah. haha.

khairulhak: hahahaah. wah wah.. itu melampau.
Ezad said :
July 1, 2009 at 9:58 PM
kalau kenyit mata, agak2 dpt berapa?

rm1.00?

ke.. freee?
famia said :
July 2, 2009 at 1:15 AM
ezad: haahaha. itu miang atau sakit mata. cis.
pu3sakura said :
July 8, 2009 at 10:25 AM
hehehe...senyum di pagi hari menambah rezeki....
rezeki yang dikongsi bersama....
famia said :
July 8, 2009 at 11:45 AM
pu3: hehehe. sokong!

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.