Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, May 24, 2009


_Tuah ayam. Pada sabungnya.

Alim manusia.
Di mana letaknya?

Pada..

Janggutnya.. kah?
Tudung labuhnya.. kah?
Serban atau ketayap di kepalanya.. kah?
Gamis atau jubah yang dipakainya.. kah?
Ketebalan berbiji-biji tasbih di tangannya.. kah?

Atau.

Kah Kah Kah.

Hah.

Di mana?

Pengertian 'Orang Alim' bagi manusia akhir zaman.

"Jiran aku itu pakai tudung labuh. Berpurdah lagi."
"Huiyoo.. orang alim."


"Takkanlah kita nak pakai serban pergi kerja. Ishh.."
"Haahlah. Orang alim bolehlah. Nanti orang tengok semacam."


"Huishh.. panjangnya janggut pakcik itu. Sampai ke dada."
"Itulah pasal. Orang alimlah katakan."


Mentaliti kita. Yang biasa-biasa.

Dengar nasyid 24 jam.
Disangka orang alim.

Keluar masuk masjid berkali-kali.
Disangka orang alim.

Pegang tasbih merata-rata.
Disangka orang alim.

Bertudung labuh litup.
Disangka orang alim.

Tidak bersalam tangan dengan bukan muhrim.
Disangka orang alim.

Terkumat - kamit berzikir memuji Allah.
Disangka orang alim.

Pelik bukan.

Serasa akulah. Perkataan alim itu bukankah daripada perkataan arab. Yang bermaksud berilmu. Memanglah berilmu. Pakaian dan perwatakan seperti orang Islam yang berilmu. Mengikut suruhan dan sunnah yang sepatutnya. Kalau itu yang dikatakan orang alim.. maka selebihnya orang apa agaknya.

Barangkali orang yang tidak berilmu.

Mungkin juga. Mungkin juga.

Atau
orang miskin ilmu.

Atau
orang bodoh.

Atau
orang tidak berotak.

Takrifan keras. Dan kasar. Sebuah realiti. Makanya. Andai berjubah berserban dituduh orang alim, adakah berskirt pendek, berbaju singkat dan ketat serta berseluar pendek gaya seperti kebaratan itu orang miskin ilmu? Atau bahasa kasarnya.. orang bodoh baghal?

Jika orang yang sebegitu boleh dipanggil orang alim..
Barangkali orang yang sebegini boleh juga dipanggil orang bodoh baghal.

Bolehlah agaknya.

Kan.

Mentaliti kita. Yang biasa-biasa.

Begitukah_

Kategori:

6 Responses to "Yang Dinamakan Orang Alim"

hafiz abdul said :
May 24, 2009 at 5:44 PM
Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti. Alim hati kurang bercakap, banyak berbakti. Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.

Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya (tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik.

Orang yang alim kitab tapi bukan ahli fikir laksana mempunyai emas sebesar tempayan, orang ramai tidak dapat manafaat dari emas tersebut.
Nikuve said :
May 24, 2009 at 7:22 PM
Tidak bersalam tangan dgn bukan muhrim.
=> ni bukan alim ke hape, mmg hukumnya HARAM. Tapi ramaiiiiiii REMAJA yg Baghal buat lg. Sbb tak cukup ilmu Islam, yg banyaknya akademik. Islam ditumbangkan, Dunia di bangunkan.
--
Pakai serban apa salahnya. Org melayu 50% Islam je pandang serong.
--
Summaryznya, Ilmu Islam taknak belajar, org nasihat taknak dgr, Berdoa malas bukn kena byr.. FREE of charge.

Kritikan Bebaz.

wslmz.
May 24, 2009 at 8:24 PM
hehe. aperlah gunanya ilmu tanpa amal kan.

klu sy, istilah alim tu..adalah ditujukan pada org yg baik pakaiannya,berbudi bhs sopan santun pergaulannya sesama manusia, dan cinta nya pada Allah melebihi segalanya sehingga segala amalnya hanya kerna Allah.

marilah kene mancari ilmu dan mengaplikasikan ilmu itu.
senyum! =)
famia said :
May 24, 2009 at 10:08 PM
hafiz:
ye. tapi.. mentaliti orang sekarang itu yang susah dah nak ditukar.

nikuve:
perihal bersalam tangan dengan bukan muhrim, bukan di kalangan remaja saja yang 'miskin ilmu'nya. Tapi juga.. di kalangan ORANG TUA dan SEMUA golongan umur. perihal serban.. itulah. tapi jarang betul nampak lelaki berserban ke sana ke sini melainkan ke dalam masjid. hehe. ya. ada yang berilmu.. tapi tak selari amalannya. itu yang jadi lain tu.

akmar:
hehe. wahai akmar. kamu pun orang alim juga. orang berilmu. bukan ke? berpakaian + berbudi bahasa + cara pergaulan dibataskan bagai.. semua itu tuntutan dalam Islam bagi semua umat Islam. kalau.. dia mengaku dia Islamlah. Kalau Islam pada IC je.. takleh nak cakap apelah. Masalah orang sekarang ni.. melabelkan orang alim pada tempat yg tak kena. bukankah semua itu memang dah disuruh dlm Islam. Kalau buat.. dipanggil orang alim. Kiranya.. kalau tak penuhi tuntuan Islam.. bolehlah kot dilabel orang tak berilmu atau bahasa kasarnya bodoh baghal mungkin. kan? hehe. begitu ke.
Kehelan said :
May 27, 2009 at 9:37 PM
alim dr perkataan bahasa arab... org yg berilmu! :)
June 6, 2009 at 5:07 PM
No komen.. yang pasti.. never judge books by it's cover.. zaman skarang nih.. luaran lain.. dalaman lain... hati manusia kn... sapa yg tau...

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.