Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, May 31, 2009


_Jangan ditanya.

Johor,
Kirim salam sajalah.

Kenduri kendara,
Semoga bahagia hingga akhirat sajalah.

KL,
Pandang sebelah mata sajalah.

Terengganu,
Bakal ke sana.. tunggu.

Yang dinamakan kerja tidak ingat dunia.

Bermula dari Sabtu hingga Ahad.
Duduk secara solo di rumah.
Keluar rumah jam 9 pagi.
Menuju ke office.
Sampai malam.
Pulang.

Bila pulang.
Perut disumbat maggi.
Tidur berbantalkan lengan.
Beralaskan lantai marmar sekeping.
Ditemani lampu kalimantang galak menyilau.
Bersama cahaya televisyen terbuka hingga ke pagi.
Dengan telefon yang haram nak ditambah kreditnya.

Itu.

Yang dinamakan kerja tidak ingat dunia.

Ya Allah,
Terasa letihnya.
Terasa berbunyi-bunyi tulangnya.

Jangan ditanya.

Tapi.

Jika kerja tidak ingat akhirat. Itu memang wajib dilempang secara berjemaah. Lalu, dibalut kain kapan. Seterusnya, dicampak 7 kaki ke dalam tanah. Dan dikambus dengan segala jenis tanah yang ada. Aduh. Hampir kesemua ruas tulang terkorban sepanjang minggu ini.

Tolong_

Kategori:

11 Responses to "Yang Dinamakan Kerja Tidak Ingat Dunia"

Dani neh said :
May 31, 2009 at 10:32 PM
Ko tak balik Johor ke Xai...
siriesly siriyes?
paiseh said :
June 1, 2009 at 12:16 AM
kerja pun ibadah ape...
kalu lu ikhlas laa...
Lt Col Dop Mustang said :
June 1, 2009 at 8:12 AM
Bersama cahaya televisyen terbuka hingga ke pagi.

>> betul ke ayat yg aku baca ni *samel kesat2 mata*
hafiz abdul said :
June 1, 2009 at 3:59 PM
kesian nye minah ni dh la tk dapat mkn kenduri,overtime plk.nasib badan.tapi rasanya bagus la tak ingat dunia sbb boleh ingat tuhan.bukan senang nak lupa dunia dari hati.nanti ada rezeki boleh la balik, bukan jauh pun. 2 kali tol sampai la.
famia said :
June 2, 2009 at 10:46 AM
dani: siriyesshit. hihi

paiseh: iyeee.. ikhlas (sambil berjujuran air mata)

dope: hahaha. salah.. salah.

hafiz: haah. kesian minah ni.
esbradz said :
June 2, 2009 at 12:51 PM
adakah kesibukan ngan konsert ke?...hahaha


"adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta..yang masih bersemadi untukmu..dan sebenarnya ku mengharapkan..di sebalik senyuman mu itu..kau juga merindui aku" - Dan Sebenarnya

...hahaha
famia said :
June 2, 2009 at 11:07 PM
bradz: ngn keje. hehe. yuna lagi. cehs. cube layan Zee Avi. suara dia lagi best dari yuna.
esbradz said :
June 3, 2009 at 1:57 PM
kokokaina? budak miri tu?..hehe dah penah dgr!..ok gak!..semua ala-ala bic runga!..apa2pun ko yuna!..haha
pablo said :
June 6, 2009 at 4:36 PM
hahah! terbaekk!
Indrasakty said :
June 7, 2009 at 1:18 AM
Oh, lagu Honey Bee tiap hari main-main dalam kepala saya sekarang. Sakit betul.
famia said :
June 7, 2009 at 9:47 AM
bradz: hahahaha. cis. tak makan saman langsung.

pablo: hah ekselen.

khairul hak: hehehe. lagu Kantoi dan Bitter Heart lebih menarik.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.