Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, May 05, 2009


_Selepas di'Hadhari'kan.. menjadi klules.

Bahasa Inggerisnya.. clueless.

Minta maaf semua cikgu di Jabatan Bahasa Melayu, MRSM Beseri, Perlis.

Orang kata.. 'Rules are meant to be broken'. Makanya. Berkemungkinan besar. Bahasa Melayu yang dipelajari.. ada potensi untuk dipecah rabakkan. Mesti cikgu menyesal tampal karangan saya dekat depan pintu Jabatan suatu masa dahulu. Kan. Takpe cikgu. Saya tak menyesal. Kita seri.

1 + 1 = 1

Patut direjam ini budak.

>___<

Klules.

Cerita ini memang bertujuan untuk membongkar koleksi klules pada penulis. Yang wujud di dalam sekeping akal yang nipis beserta iman yang hampir tertanggal ditiup ujian dunia. Cuma nafsu saja tegar berdiri menyembah bumi. Fuh.. begitu dramatik sekali.

Baik.

Ini cerita 1.

Pada suatu hari. Pada malam yang gelap. Pada waktu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pada..

Assalamualaikum, saudari.

Sila ringkaskan.
Jangan cuba menempeleng struktur ayat.

Baik.

Ini cerita 1.

Pada suatu malam hari yang sunyi sepi ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Di sebuah kawasan parking kereta LRT terkemuka. Terminal Putra Gombak, namanya. Kelihatan seorang gadis yang manis tak berapa nak manis sedang berjalan ke arah keretanya. Dalam keadaan yang agak klules gayanya.

Tritt..!

Masuk kereta.
Kunci pintu.
Start enjin.

Vrr... Vroo.. Vroomm..

Tergagap-gagap enjin menyentak malam. Menuju ke arah keluar. Jauh di hujung sana.

Tiba-tiba..

NO ENTRY

Kelihatan. Laluan keluarnya dipalang besi. Umpama perlu disedekahkan duit tol sebelum melepaskan diri. Gadis itu berasa klules. Nak dipanggil mereka yang terlibat. Langsung tidak kelihatan. Gadis itu berasa cemas. Dan. Masih lagi klules.

Dengan sebiji solusinya.

Gadis itu pun reverse kereta. Dan berpusing-pusing di dalam carpark. Mencari alternatif laluan keluar. Dengan sedikit kegigihan. Dan. Masih lagi klules.

Tiba-tiba..

Muncul sebuah kereta lain. Menuju ke arah laluan keluar yang dipalang besi tadi. Dan palang besi itu pun dengan selamba keringnya menaikkan dirinya tanda membenarkan kereta itu berlalu.

Aku Gadis itu ternganga.

'Macam haram,' detik hati kecilnya.

Rupanya. Cuma perlu ke depankan sikit kereta. Dan palang itu pun dinaikkan serta merta. Dengan selamba keringnya. Maka. Keluarlah kereta itu dengan senang hati. Sambil pemandunya mengharam jadahkan diri sendiri berkali-kali. Dalam hati.

Entah apa-apa kan_

Kategori:

19 Responses to "Klules 1 - Disergah Penghadang Besi"

hafiz abdul said :
May 5, 2009 at 5:47 PM
semalam tak solat tahjud kut
famia said :
May 5, 2009 at 6:10 PM
hafiz: jadi long time ago. bukan semalam. haah yelah tu. tak solat tahajjud.
Dani neh said :
May 5, 2009 at 6:15 PM
aaaaaaaaaaaaaahahahahahah...

kan sama sengal macam entry budakjahat touch n go tuh...

aaaaaaaaahahahahahah
famia said :
May 5, 2009 at 6:18 PM
dani: tak baik gelakkan aku. kejilah. :p
ieba said :
May 5, 2009 at 7:26 PM
ahaks!! ajernyer sengal bunyiknyer
aCe_LaNuN said :
May 5, 2009 at 9:06 PM
zzzzz...
aku pon klules bce entri nie..
so moral of the story???
solat tahjud??
...........
sila basuh kaki seblm tdo....
.............
paiseh said :
May 6, 2009 at 12:19 AM
mukaddimah dengan cerita tak into langsung!!
ni bukan kluless.. ni dah segmen 'diriku yang bengong' gua syak.


hahahahaha..!!
LediAgli said :
May 6, 2009 at 5:39 AM
da makan ubat belom?
famia said :
May 6, 2009 at 7:36 AM
ieba: mmg sengal ni.

ace: moral dia.. sila bijakkan diri.

paiseh: hah. tak syak lagi.

ledi: hehe. keras gile begurau.
May 6, 2009 at 10:26 AM
erk..palang tu ada sensor ke?
famia said :
May 6, 2009 at 4:15 PM
your name is ain: dari mata kasar.. takde unsur sensor. tapi.. built in ade kot. entah. hahaha. selamba je buli.
M-I-N said :
May 6, 2009 at 5:30 PM
hahahahaha.adoiyai.mungkin sebab malam kot,tak berape clear penglihatan.
famia said :
May 6, 2009 at 6:38 PM
min: err.. tak juge. dah memang klules tu. hehe
Sham Hassan said :
May 24, 2012 at 5:36 PM
salam FH

parking lot terminal putra dah ada palang besi ke?
May 25, 2012 at 7:47 AM
ws wbt. Haah ada dah.
Sham Hassan said :
May 25, 2012 at 12:30 PM
skrg ni pun park nami kat situ ke? 
May 25, 2012 at 3:07 PM
sekarang tak naik LRT.
May 29, 2012 at 11:44 AM
fleksibel ^_^
Sham Hassan said :
May 29, 2012 at 12:14 PM
ikut kesesuaian dan keperluan kerja la ek.. :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.