Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, May 20, 2009


_Di belakang rumah.

Sebatang dahan.

Daunnya merimbun. Rajin berguguran. Bertaburan. Bermandi hujan. Menyembah bumi. Hari demi hari.

Kelmarin..
Sehelai.

Semalam..
Sehelai lagi.

Hari ini..
Berhelai-helai.

Semakin lama.

Semakin rongak dahan itu. Yang tinggal, cumalah gusinya si ranting. Helaian gigi-gigi daunnya pula habis jatuh berguguran dijentik bayu. Tersungkur mencium tempat langit dijunjung. Barangkali, perlu dipakaikan pendakap gigi.

Gigi daun.

Yang bernama..

kegigihan.

Atau, bahasa melekitnya.

Terasa dihimpit putus asa. Hari demi hari. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa. Putus asa.

Walahai.

Macamana_

Kategori:

11 Responses to "Keguguran Gigi Daun"

Dani neh said :
May 20, 2009 at 10:44 AM
yang yang btol ko nih..
tak dapat aku nak intepret..
famia said :
May 20, 2009 at 1:52 PM
dani: hehehe. boleh. rujuk bahasa melekit.
hafiz abdul said :
May 20, 2009 at 2:39 PM
agak nya tak cukup baja tu tuan dia buat tak tahu jer atau pun ada penyakit memang dah sampai masa nya dia gugur.gigih mcm mn pun kalau tuhan kata tak perlu ia akan tak jadi demi keselamatan hamba2nya.kecuali.......
Ezad said :
May 20, 2009 at 9:43 PM
wah..
dah masuk bab sastera pulak nih
May 20, 2009 at 10:02 PM
hehe.idup mmg byk dugaan.

*nk senyum jek lah *

hehe =)
aCe_LaNuN said :
May 21, 2009 at 2:44 AM
zzz...
tutup mata disangka buta...
tidak menoleh dikate tuli..
tidak berbicara dikate bisu..
.................
jika dikate xpaham entri nie nnt dkate x g sekola
.................
moral: lu pikir la sendiri.
famia said :
May 21, 2009 at 6:19 PM
hafiz: kecuali..?

ezad: bukanlah. itu cerita pasal pokok belakang rumah aku.

akmar: hehe. kan. senyummm.

ace: hehehe. baca.. yang di sebalik. barangkali baru boleh faham.
paiseh said :
May 21, 2009 at 11:26 PM
sastera..??
cmn gua nak campur nih??
IsteriCun said :
May 23, 2009 at 2:49 AM
adeh.. tak paham lansung.. hohoh tinggi giler bahasa...
Nana CS said :
May 23, 2009 at 7:47 PM
adeh,kenapa aku ada rasa mcm tu skang ni.
aku ada rasa putus asa, padahal benda ni dh hampir 6 tahun aku buat hari hari.
famia said :
May 24, 2009 at 10:14 PM
paiseh: hehe. macam tak biase. lu kan suka main redah je.

istericun: err.. tak tinggi pun. kan ke bahasa melayu biasa tu. hehe.

nananya: hehe. itu tandanya ko disayangi Dia.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.