Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, May 10, 2009


_Orang kata.

Setiap Ahad dalam minggu kedua bulan Mei.

Itu.. hari Ibu.

Kan?

Aku bukan jenis menyambut benda-benda gini. Malas. Takkanlah ibu itu diraikan setahun sekali je. Sedihnya kalau aku jadi ibu. Mother's day. Father's day. Friendship's day bagai. Sambutlah hari-hari kalau berani. Apa kelas sambut setahun sekali.

Mungkin aku ini kekampungan, barangkali.

Tapi.
Apa kelas sambut setahun sekali.
Sambutlah hari-hari kalau berani.

Tapi.

Suka hati koranglah.
Itu ibu korang.
Kan.

Tapi.

Video klip bawah ini untuk korang semua.



Tapi.

Eh, berapa banyak tapilah woi!

Diam.

Tapi.

Hari Ahad ini.
Dalam tahun 2009 ini.
Pada hari yang dipanggil Hari Ibu ini.
16 biji Ferrero Rocher beserta gulungan doa..

Itu semua.. milikmu emak.

Nak luahkan dalam perkataan, macam tersangkut tersepit.

Makanya.
Surat ini.. untukmu emak.

Kepada bidadariku bernama Emak..

Emak,
Dulu saya nakal. Degil. Malas.
Bukan dulu je.. sekarang pun sama.
Tapi emak tetap sabar tak pernah pinggir dan buang saya.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Dulu saya suka bantah cakap emak,
Apa saja yang disuruh semuanya ditangguhkan,
Tapi emak tetap penuhi segala permintaan saya tanpa bertangguh.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Masa Tingkatan 3 dulu kala,
Bila saya tak larat nak siapkan Kajian Sejarah Tempatan,
Sampai tertidur-tidur mencium kertas dan gumpalan pensel warna,
Emak saja yang sanggup menahan mata dari malam sampai pagi,
Emak saja yang sanggup tolong siapkan Kajian Sejarah Tempatan itu,
Sampai.. saya dapat A.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Masa saya belum kenal erti lukisan,
Emak yang sudi melayan kerenah saya,
Emak yang sudi bersabar mengajar melukis orang lidi,
Emak yang sudi mengajar memegang batang pensel dengan betul,
Sampai.. saya pandai melukis orang lidi.
Sampai.. saya bercita-cita nak jadi grafik artis.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Kadang-kadang bila emak masak saya tak makan,
Walaupun emak kelaparan.. emak tetap sediakan makanan,
Emak tetap setia menunggu anaknya pulang menjamah makanan,
Sampai.. tertidur.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Setiap kali waktu bersahur anak-anak mesti malas bangun makan,
Emak juga yang setia bangun seawal 3 pagi untuk sediakan makanan,
Dan setia mengejutkan anak-anak yang liat bangun untuk makan,
Emak tetap bersabar melayan tempelak anak-anak yang tidak mahu makan,
Emak tetap setia menunggu anak-anak menghabiskan makanan,
Untuk dikemaskan meja dan menyimpan semua hidangan makanan,
Sampai.. masuk waktu imsak.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Bila saya tak ada duit nak buat belanja hidup hari-hari,
Tanpa kisah, emak mengorek duit simpanan sendiri untuk anak,
Emak bagi duit belanja berpuluh-puluh ringgit untuk anak,
Walaupun duit emak sendiri tidaklah banyak mana simpanannya.
Emak tak kisah.. asalkan.. anak itu hidup senang.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Bila saya ditimpa kesusahan dan malapetaka,
Emak yang setia berada di sisi menyejukkan hati,
Emak yang sentiasa bagi kata-kata semangat di saat dunia membenci,
Tanpa jemu emak menghulurkan kasih sayang dan doa untuk saya.

Ana uhibbu ummi.
Syukran.
1 biji Ferrero Rocher ini untukmu.

Emak,
Walau berjuta Ferrero Rocher kegemaran emak saya bagi,
Tak sama langsung dengan segala pengorbananmu sejak dulu hingga kini.

Ya Allah,
Peliharalah ibuku sebagaimana beliau memeliharaku dahulu.

Ya Allah,
Kasihilah ibuku sebagaimana beliau mengasihiku dahulu.

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa ibuku atas segala salah silapnya.

Ya Allah,
Panjangkanlah hayat ibuku agar dapat kubalas segala jasanya.

Ya Allah,
Kurniakanlah kebahagiaan untuk ibuku di dunia dan di akhirat.

Ya Allah.. syukran.
Ya Allah.. syukran.
Ya Allah.. syukran.

Ana uhibbu ummi.

Buat sesiapa yang masih ada ibu..

Hargailah ibu itu sebaik mungkin.
Layanilah beliau dengan sepenuh kasih sayang.
Jangan meninggi suara dan berkasar dengan mereka.

Buat sesiapa yang masih ada ibu..

Peluk ciumlah mereka sentiasa.
Sentiasalah berada di samping mereka.
Sentiasalah dahulukan mereka dalam setiap segala.

Buat sesiapa yang masih ada ibu..

Kucuplah tangan mereka setiap kali sebelum keluar rumah.
Selitkanlah doa buat mereka dalam setiap sujudmu.
Mintalah restu ibu dalam setiap langkahmu.

Ibu,
Itu dunia.
Itu syurga.
Itu juga keredhaanNya.

Ketahuilah,
Setiap langkahmu walau di mana jua berada,
Sentiasa berada dalam gulungan doa daripada ibumu,
Sentiasa berada dalam kesejahteraan Ya Rabb.

Ana uhibbu ummi.

Dah.

Pergi peluk cium ibu korang hari-hari_

Kategori:

9 Responses to "Harga Seorang Ibu Lebih Mahal Daripada 1 juta Kereta Ferrari"

el said :
May 10, 2009 at 3:53 PM
saya sayang emak bejuta lemon.

dlm dunia ni mak je yg paling best. kan mak kan?

hehe~
el said :
May 10, 2009 at 3:54 PM
saya 1st sayang mak. Yeay!
hafiz abdul said :
May 10, 2009 at 4:03 PM
aslkm BILA NAK JADI IBU
famia said :
May 10, 2009 at 7:47 PM
el: ye. betul tu. takde manusia lain yg lebih peduli pasal diri kita sendiri melainkan mak dan ayah semata. ingat tu.

el: hehe. tahniah.

hafiz: ws.
aCe_LaNuN said :
May 10, 2009 at 11:47 PM
MAK................
SYG MAK............
SYG IBU............
SYG UMMI...........
SYG BONDA..........
SYG MAMA...........
SYG MOTHER.........
...................
walau ape pon pangilan..
sy syg mak sy.........
...................
moral: syg ibu anda<--nie btol xtipu...cye r..
...................
famia said :
May 11, 2009 at 8:27 AM
ace: hehehe. ye. caye
May 11, 2009 at 11:38 AM
sy syg mak jugak..hari2 cium peluk mak..
JS said :
May 12, 2009 at 7:15 AM
nape sebak tetiba ni..
zai_pj said :
May 12, 2009 at 3:50 PM
salam famia, sedey siot tgk video tuh, hurm..rase cam nk peluk mak pulak...makkk..

thanks, mengingatkan aku tentang pengorbanan ibu..uwaa..sedey :(

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.