Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, May 19, 2009


_Mengandung.

Bukan kerja mudah.

Tapi. Tak susah. Cuma, bukan kerja mudah.

Semasa kandungan dalam bulan pertama, kedua dan ketiga. Memang susah nak menjangka bentuk perut. Semacam tiada beza. Jika dibandingkan dengan wanita lain yang tidak mempunyai kandungan janin.

Tengok dari side A..
Sama.

Tengok dari side B..
Sama juga.

Tengok dari depan..
Lagilah tak ada beza.

Tengok dari belakang..
Err.. jangan tengok.

Suatu hari. Dalam LRT.

Aku duduk. Tiba-tiba.. ada seorang makwe ini berdiri menghadap aku. Kecil molek orangnya. Kulitnya cerah kuning langsat. Matanya sepet tiada berkelopak. Hidungnya mancung bak..

Cik,
Sila jangan bagi imaginasi lelaki berkeliaran dalam ini.

Oppss..
Minta maaf.

Hah.. sambung.

Lepas itu. Makwe ini pun bersandarlah dekat tiang di depan aku. Disebabkan badannya kecil. Aku pun tak bersangka apa-apa. Tapi. Kejap-kejap mata ini meliar menghala ke perutnya. Mengandung ke? Macam tak. Tapi. Macam iya pun ada.

Serba salah sungguh.

Kejap-kejap pandang ke kiri.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke kanan.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke bawah.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke sudut 45 darjah.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Kejap-kejap pandang ke sudut -45 darjah.
Lepas itu, jeling ke perutnya.

Mulut dah ringan je nak bertanya..
"Err.. awak mengandung ke?"

Serba salah sungguh.

Macamana_

Kategori:

21 Responses to "Macamana Nak Mengenalpasti Wanita itu Mengandung Supaya Dapat Diberi Tempat Duduk Semasa Di Dalam LRT"

hafiz abdul said :
May 19, 2009 at 12:56 PM
famia ni mcm ada exprience jer prihatin bukan main
tengok jer bukan nak bagi tempat duduk pun.asyik dok scan jer 45 darjah lah mcm2 darjah.agak nya mcm tu mata seorang juruphoto-shop
Dani neh said :
May 19, 2009 at 1:23 PM
Ade kene lempang tak? Kalo tak maknanya.. yelah dia ngandung
Anonymous said :
May 19, 2009 at 2:34 PM
ade hati gak nk tau tuh..
famia said :
May 19, 2009 at 2:48 PM
hafiz: takdela. masa tu beban di kiri kanan tangan penuh. baru je dapat seat tak sampai 5 minit. itu pun lepas dah penat kene tolak2 lebih setengah jam. dah nak sampai opis baru dapat seat. tu yg macam susah sikit nak lepaskan seat. pasal dah sakit tulang belakang ler. tapi.. serba salah gak kat makwe tu. aiseh.

dani: hehehe. ni komen dari dani ke. perghh.. keras.

anon: hehe. kenape. tak boleh ke. kaum sendiri pun. bukan anak teruna orang.
May 19, 2009 at 3:17 PM
erm..kalau betol dia mengandung, dia akan ckp sndri..xpyh jeling2 pelbagai sudut atau ceruk..
HUHU..

yg tu mcm mntk simpati jek..xpn saket perot..mane la tau kn?
Indrasakty said :
May 19, 2009 at 3:20 PM
Hakikatnya, tak perlu mengandung untuk berperut buncit.
pu3sakura said :
May 19, 2009 at 3:20 PM
erm.... xde salah pun bertanya....kan
saya pun selalu berada dalam situasi begini
di dalam dilema sungguh.....
SASYA WILLIS said :
May 19, 2009 at 3:33 PM
haha.kelakar la.sempat lagi tilik yer..
famia said :
May 19, 2009 at 4:43 PM
ain: err.. takkanlah dia nak cakap. perempuan kan malu. dia macam konsep.. kita ni kot yg kena prihatin sendiri. hehe. taklah. dia tak carik simpati. tak baik tuduh macam tu. hehe. bersangka2. tak baik.

khairul hak: hahahahaahha. ok, itu kelakar.

pu3: hehe tak salah. tapi tak pernahlah nak ditanya. malu kot nak tanya. alahai..

sasya: yela. serba salah wooo
M-I-N said :
May 19, 2009 at 8:12 PM
kalau aku,dah bagi duduk dah.tak sedap tengok budak² kecik/ibu mengandung ni berdiri je.hati kacau woo.tak sampai hati la tengok.
May 19, 2009 at 8:26 PM
Apa sal pulak kena wanita mengandung.... gentleman kalo sila bagi seat kat semua yg bergelar wanita lah...kan senang gitu.. Salam
Anonymous said :
May 20, 2009 at 3:10 AM
Smlm aku dah cl dia.. Dia kata memang dia mengandung.. Cik bersalah hehehe
famia said :
May 20, 2009 at 8:27 AM
min: bagus2.

marina monroe: salam. hehehe. mungkin jugalah.

anon: ye. serba salah sampai akhirat ni. hmm
May 20, 2009 at 10:49 AM
err..mmg xpatot bersangka buruk..ya ampun..

tp kn , kalau sy..mcm keadaan xberapa sure cth mcm situasi atas, sy xbg pd dia..better bg seat pd org tua..yg itu mmg betol2 sure dia perlukn seat..

hehe..tpkan, kalau betol2 die mengandung, kesian sungguh..patut pakai tag "I'm Pregnant". err..patut ke?
famia said :
May 20, 2009 at 1:54 PM
ainkarim: hehehehe. mungkin.. bila dah tiba turn kita pula pregnant.. baru kita paham perasaan mereka agaknya kan.
aYiP said :
May 20, 2009 at 6:24 PM
kalau nampak je prmpuan menjeling ke tempat duduk anda,anda terus tnya mengandung ke?
ezad said :
May 20, 2009 at 9:41 PM
tanya je la...
tak salah bertanya kan?

malu bertanya sesat jalan,


kan?
May 20, 2009 at 9:58 PM
ekeke, klu serba slh kasi jek lepaskan seat tu.
offer jek duduk. sbb, at least takde la rasa nyesal or serba slh cm sekrg kot. hoho :p
org mengandung ni, lenggok jln pown lain. hoho
aCe_LaNuN said :
May 21, 2009 at 2:35 AM
ala...klu dh tgk kiri kanan...mst nk tmpat duduk tu...mst dia tgh menahan kesakitan perot akibat mkn nasi lemak pg tu kot...memulas la tu...hehehehe
..........................
moral:- sila tido didalam tren..bg mengelakan situasi bergini(mmg xder moral langsung).....
famia said :
May 21, 2009 at 6:21 PM
ayip: hahahah. baiklah.

ezad: err.. kalau kau, kau tanya ke?

akmar: hehe. itulah itu. hmm.

ace: tak. yang tengok kiri kanan tu aku. bukan dia. hehe. apelah.
landaklaut said :
May 23, 2009 at 3:50 AM
tapi kalo perutnye kecik lagi, tak apa kot. masih bleh tahan lagi. lainla kalo dah sarat, tahap sakit pinggang punye jalan pun perut dah ke depan.

kadang-kadang kita offer tapi dia plak yang taknak. terasa malu plak. terasa seperti cintaku direjek. hihihi..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.