Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, May 16, 2009


_Ini teori aku je. Entahlah ia ke tidak. Sila putuskan sendiri.

Ok.

Mari bentangkan teori.

"Weh.. atuk aku boleh belah kayu pakai tangan je kau tau."
"Uihh.. terer."


"Adik aku hari tu jatuh tangga dari tingkat 10 sampai tingkat 1 rilek je."
"Uihh.. terer."


"Makcik aku jual kuih sehari je boleh dapat RM1000."
"Uihh.. terer."


Terer.. terer.

Terer itu apa?

Hah.

Jangan main sembrono saja.

Aci redah selagi boleh. Aci di India pun tak redah macam itu punya gaya. Aci yang duduk di ceruk India. Belah-belah kampung sana, mungkin. Aci.. aci buka pintu. Nana balik.. pukul 1. Belakang rumah.. ada hantu. Matanya..

Cik..
Kalau kau sambung nyanyi lagu itu..
Memang den lompang ekau kang.

Eleh.

Eh..
Aci itu.. apa asal usulnya.

Hah.
Jangan nak start.
Beragak sebelum kena.

Terer.. terer.

Entahkan faham. Entahkan tidak maksud tersirat.

Tahukah anda asal usul 'Terer'?

Mengikut Wikipedia perihal takrifan 'Terror'..

  1. Fear, an emotional response to threats and danger.

  2. Terrorism, a policy or act intended to intimidate or cause terror.


Hah..

Macam-macam lagilah takrifan.
Baca sendiri link itu.
Jangan malas.

Sungguh..

Maksud yang menimbulkan syak wasangka.

Jangan main sedap guna saja.. kalau tak tahu maksudnya. Entah-entah.. sebab itulah agaknya orang Islam ini dituduh terrorist. Sikit-sikit.. terer. Sikit-sikit.. terer. Kan.

Logik ke tak logik itu teori aku.

Kalau sungguh pun nak gambarkan 'hebat'..
Gunalah..

HEBAT (bahasa Melayu)

Atau..
SUGOI (bahasa Jepun)

Atau..
HOR YEY (bahasa Kantonis)

Atau..
EXCELLENT (bahasa Inggeris)

Atau..
EKSELEN (bahasa err.. aku)

Mana-mana pun boleh.
Mana-mana pun.
Mana-mana.

Lebih kurang adik beradik juga maksudnya.

Hah.

Logik tak teori aku_

Kategori:

16 Responses to "Asal Usul Perkataan Terrer"

paiseh said :
May 16, 2009 at 10:03 PM
tak paham..
gua syak lu belum terer lagi nak mengulas nih..
famia said :
May 16, 2009 at 10:52 PM
paiseh: ahakhkas. gua kemukakan teori. bukan mengulas bro. gua memang belum hebat mengulas. cuma statement gua.. sila jangan pakai perkataan terer kalau tak paham. terer tu bukan bemaksod hebat. orang kita.. kalau ada apa2 yg gempak dan hebat.. sikit2 sebut terer. waemah terer tu gua rasa takde pulak dalam kamus dewan. kalau tak silap gua lah. hehe. lu ni lambat pikap.

kan dah panjang gua ulas komen lu.
Lt Col Dop Mustang said :
May 16, 2009 at 11:21 PM
terer (atau terel) ni bahasa org kita develop sendiri. perhatikan slumdog (as in slumdog millionaire) - pun adalah perkataan baru. lagilah - ia istilah "english india".

sekurang2, terer ialah "bahasa pasar dlm bahasa melayu".

anyway, perhaps the point that u want to convey is here.

> Jangan main sedap guna saja.. kalau tak tahu maksudnya.

This, I perfectly agree.

ps: 15 thn lepas aku mencari "terer" dlm kamus oxford. masa tu baru tahu "terror" as fear/panic/etc.
a k i r a said :
May 17, 2009 at 6:43 AM
Saya lagi senang menggunakan istilah sugoii lately (pengaruh drama Jepun obviously)
Danineh said :
May 17, 2009 at 4:01 PM
hor yey tuh hebat ek..
betol ke how leng tuh santik?
hafiz abdul said :
May 17, 2009 at 6:14 PM
budak ni memang terer la,tak pernah aku jumpa terer mcm ni,terer giler,gile pun tak terer mcm tu.
archiq said :
May 18, 2009 at 9:32 AM
terrernye famia.. hehehe...
May 18, 2009 at 1:00 PM
err..
terer gak teori nih..
huhuhu...
Dayu said :
May 18, 2009 at 3:16 PM
a'ah lah kan
tp kalau nak dipikir
setiap perkataan kita akan tertanya2
camne lah dpt perkataan ni kan
dan sampai arini..
aku akan tanya 'nape kita panggil getah tu 'getah'
tak tahu nape 'getah' yg menarik minat
famia said :
May 18, 2009 at 8:57 PM
dope: aaa.. begitulah.

akira: sugoi!

danineh: hor leng. haah. tu cantik.

hafiz: gile ke.

archiq: as in.. menakutkan ke? fuhh..

ainkarim: aaaa..

dayu: hehe. dalam banyak-banyak perkataan.. kenape getah?
aCe_LaNuN said :
May 18, 2009 at 10:59 PM
mmg ko terrer r....
terrer buat aku pening kepala...
..................
moral:- belajar x pendidikan moral kt sekola dulu?
.............
famia said :
May 19, 2009 at 9:21 AM
ace: baca.. dengan hati. bukan telan bulat2. mulakan dengan bismillah. tak baca bismillah memanglah pening. pastu salahkan orang lain pulak. ish ish ish.. tak patut.
Nana CS said :
May 23, 2009 at 8:01 PM
kalo terel cam ne plak?
ieba said :
May 27, 2009 at 4:30 PM
heheh..best2x...mekaceh pami..info baru..
Anonymous said :
August 20, 2009 at 4:36 PM
Mungkin perlukan lebih pengulasan..
famia said :
August 21, 2009 at 5:17 AM
nananya: hehe. sebutan memang banyak bersepah barangkali. kena rujuk DBP.

ieba: hehe. paham ek? bagusnya.

anon: wahai kamu, saya tak pandai mengulas. mungkin seperti yang diterangkan oleh kawan saya Dope di komen atas-atas ini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.