Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, May 25, 2009


_Ada sebabnya.

Kenapa aku malas nak duduk walaupun ada tempat duduk kosong dalam LRT itu. Bukannya menolak rezeki. Cuma, kadangkala lebih aman, selesa, makmur dan bahagia kalau dapat berdiri. Selesa pun selesa. Tak adalah rasa terancam.

Serius.

Selalu juga terasa terancam bila naik LRT.

Dari Terminal Gombak ke Kerinchi.

Boleh tahan bengkok jugalah kepala lutut kalau kena berdiri sepanjang perjalanan. Sampai kebas-kebas tapak kaki. Kadangkala kebas akibat dipijak orang sebelah. Tolak tambah, dalam 40 minit juga kadang nak menyampaikan ke hala tuju itu. Memang bertarung nyawa.

Itu belum lagi masuk berhimpit dan berasak-asak merapatkan saf dalam gerabak. Berkongsi nafas dan suhu badan. Campuran minyak wangi dan peluh asli sejati menjadi satu. Herghhhh.. lemas dibuatnya.

Dari Kerinchi ke Terminal Gombak.

Selalu kalau gerabak sardin tengah naik syeh yang datang, memang aku lepaskan. Tak nak naik. Sanggup itu tunggu tren berikutnya. Bukan apa. Gerabak tren itu sudah kacak molek. Cuma sardin-sardin yang tengah naik syeh dalam itu yang aku tak sanggup.

Ada sekali itu..

Ada tempat duduk kosong. Betul-betul sebelah dinding. Memang menimbulkan gelora seronok. Aku apa lagi. Laju je melabuhkan kepala lutut.

Tiba-tiba.

Seorang lelaki Cina. Sebelah aku. Melentukkan kepalanya.

Hak alah dia ini...

Agak-agaklah.

Mula-mula, kepala.
Lepas itu, badan.
Lepas itu, kaki.

Kesudahannya. Semua beban seluruh badan dihimpitkan ke aku. Waemah sebelah dia lelaki juga. Memang dasar magnet berlainan cas betul. Magnet cas sama memang dia menolak. Magnet cas berlainan.. sebab itulah dia menghimpit.

Sesak nafas menahan berat badan dia. Tangan dah ringan je nak siku. Badan dah ringan je mahu beranjak ke depan. Biar berdesing kepalanya berlaga tiang. Malangnya, nak gerakkan tangan pun tak lepas. Kepala dia dah mula nak jatuh ke landasan. Sipi lagi nak mendarat ke bahu aku. Sipi lagi nak berlaga kepala.

Makwe Cina depan aku dah pandang semacam. Pandangan simpati.

Kesudahannya.

Setiap 5 saat aku bergerak-gerak. Tak kisahlah gerak mana-mana pun. Gerakkan siku ke. Gerakkan badan ke. Berpura-pura batuk ke. Konon-konon, tektik mahu menjerkah pihak lawan secara halus.

Akhirnya, dia tersentak. Terus terjaga. Terus menegakkan badan yang senget hampir 60 darjah. Hah. Akhirnya. Muncul juga kesedaran sivik. Ciss.. separuh nyawa menahan dihimpit ke dinding.

Hah.

Tengok.

Bukan seronok pun kadang dapat tempat duduk. Macam lempeng penyek pula dihimpit beban macam itu. Bukan ringan sikit-sikit punya beban. Ini tahap beban berat juga. Tak bernafas dibuatnya.

Dah kata dah.

Ada sebabnya_

Kategori:

15 Responses to "Antara Sebab Kenapa Aku Malas Nak Duduk Dalam LRT Walaupun Ada Tempat Kosong"

landaklaut said :
May 25, 2009 at 4:24 AM
muahahahaha! ngeri tu! nasib baik dia tersedar. kalo x, sempatlah air liur basi dia keluar kang. lagi haru. hihihi!
famia said :
May 25, 2009 at 8:39 AM
landaklaut: haha. err.. takdelah sampai terkeluar air kumbahan dari mulut rasanya.
SASYA WILLIS said :
May 25, 2009 at 9:25 AM
hahaha!!kalo gurl cute lentok atas bahu cmne? ;p
famia said :
May 25, 2009 at 11:20 AM
sasya: err.. sama dengan. tiada kasta kalau menghimpit orang. maka. tiada kasta juga mendajalkan orang yang terlentuk kepala ke kita. ahakhakahkas (maap.. orang keji memang macam ni)
May 25, 2009 at 11:20 AM
kalau da kronik sgt, rs tak salah kot merasa penangan siku tajam..sape suro dia tdo dlm tren..
kang telepas station..susa..HAHAHA
famia said :
May 25, 2009 at 11:22 AM
ain: eh.. tapi tau tak. kalau tetido dalam bas ke tren ke.. walaupun tido separuh mati tak sedar diri.. memang bila dah nak sampai destinasi dia akan terjaga sendiri. roh tu macam tau2 je hentian kite. hehe. iye.
MissNera said :
May 25, 2009 at 12:12 PM
saya suka berdiri time nek tren wlupun ada kosong sbb kang malas nak bangun wat baik bila ada yang lebih memerlukan nak duduk.. hehehe..k
apek said :
May 25, 2009 at 12:42 PM
apsal lu tak jentik je idung dia? landasan??
famia said :
May 25, 2009 at 1:30 PM
nera: ohooo.. bagusnya. kaki yang mantap. hehe.

apek: apsal kena jentik hidung dia? baiklah gua ke depan sikit.. biar kepala dia terlanggar tiang. hahaha. opp oppp landasan bahu. lu jangan pikir bukan2.
hafiz abdul said :
May 25, 2009 at 9:34 PM
tu la akibat kalau negara islam tapi orang nye kurang islamic.
May 26, 2009 at 10:30 AM
aah la..penah gak tetido dlm bas..ngantok sgt, pd hal destinasinye xda la jauh sgt pn..tapi, bile nk smpai lg beberapa meter, mata leh tecelik.. ajaib betol, terus tekan loceng..hehe..

baru perasan la..roh ada senser kot..huuu
famia said :
May 26, 2009 at 1:44 PM
hafiz: hehe. tak elok menghukum kering2 macam tu.

ain: ha kan. hehehe. otak masih berfungsi sikit agaknya walaupun roh menerawang ke lain.
May 30, 2009 at 12:23 PM
ekekekeke.wakakakaka. klu tido oke lagik. ade kes, saje2 nk lentok. mmg wajib kene siku atau penyepak sebelum beredar.

klu sy lah, tanpa segan silu. sy kejut lelaki. biar ar. tak pedulik. hoho. :p sepak jek kaki die, sampai sedar. hehe
June 6, 2009 at 5:04 PM
Ahahha.. pengalaman macam nih.. jgn ckp dlm tren je.. feveret masa skolah² rendah dolu².. dalam bas.. yer lah.. bas skolah dtg awal² pagi.. yg naik sumer ebbudak yg muka sememeh jer tk puas tido.. Sib baek tk sempat berpeta dh sampai skolah...
famia said :
June 7, 2009 at 9:50 AM
akmar: ahkahkahks. siku je.

sly: hahahaha. cis.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.