Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, May 06, 2009


_Ini aku jumpa dekat email.

Saja nak copy paste.
Nak kongsi dengan korang.
Silalah baca kalau rajin.

Kalau malas?

Kalau malas pun baca jugalah.

Banyak songeh betul.

Hah.
Iqra'.. sila.


Ekselen 1

Dalam diri kita ada kebesaran Tuhan. Cuba lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Ekselen 2

Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Ekselen 3

Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Ekselen 4

Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Ekselen 5

Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum,
seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Ekselen 6

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Ekselen 7

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi?
Ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Amacam?

Islam itu cool dan ekselen kan_

Kategori:

21 Responses to "Antara Sebab Islam itu Cool dan Ekselen"

Dani neh said :
May 6, 2009 at 9:45 AM
ferst!!
pu3sakura said :
May 6, 2009 at 9:47 AM
sangat setuju, islam bukan setakat agama atau kepercayaan...
tetapi adalah cara hidup maka sesungguhnya dan sememangnya ...sangat cool dan ekselen...
Dani neh said :
May 6, 2009 at 10:14 AM
Ekselen 6 itu aku baru fest time baca nih..
memang ekselen
May 6, 2009 at 10:32 AM
bagus betol org yg forward2 kn email mcm ni.. sekurang2 nya kalau kwn sekerja yg bukan Islam tanya, boleh gak kita jawab..xda lam melopong jek..

nk tanya sikit lah kak..Akak tau tak asal usul pengharaman anjing dan b*bi? puas saya google, takda jwpn yg memuaskn hati.. semuanya mcm ceduk2 jek..kalau tak keberatan la..sbb kwn sekerja berbangsa cina pernah tnya, pastu xtau nk jawab apa..

time kasih..
=)
famia said :
May 6, 2009 at 10:33 AM
dani: sengal.

pu3sakura: kan. islam itu sangat levli.

dani: hehehe. sama dengan. now i know.
famia said :
May 6, 2009 at 10:35 AM
your name is ain: hmm.. kena carik dulu ni. tak arif psl tu. tefikir gak dulu apsal diharamkan. tapi kalo ba alif ba ya tu.. taulah jugak kenapa diharamkan. khinzir adalah gila kotor kalau masuk dalam darah.. dr segi kesihatan mmg dah terbukti.. dr segi islamik.. kena carik ni. nanti akak cuba carik eh.
May 6, 2009 at 10:38 AM
Islam sntiase tinggi n lebih tinggi dr agama lain. ia dalm firman Tuhan yg Maha Esa n cara hidup, bukan ibadat semata2..

Islam sntiase ekselen n t'pulang kpd umatnya utk praktik atau tolak tepi. kite join @ tidak, Islam pasti tertegak..
Norman said :
May 6, 2009 at 1:04 PM
ekselen entri...ada lagi ke?
famia said :
May 6, 2009 at 4:05 PM
ibnmasir: betul tu. tengs

norman: nanti carik.
May 6, 2009 at 4:06 PM
ok..thanx kak..
hehehe
famia said :
May 6, 2009 at 4:14 PM
your name is ain: baik. hehe.
aCe_LaNuN said :
May 6, 2009 at 5:54 PM
msh lagi klueles......
berstuju dgn entri nie
famia said :
May 6, 2009 at 6:34 PM
ace: heheh. jangan klules salah tempat. ada bahaya nanti.
my_heart said :
May 6, 2009 at 8:53 PM
salam..
dalam sunnah terdapat kejayaan..
maka,sesipa yg mengikut sunnah,
pasti akan berjaya..
start dari bangun tido,sampai r kita tido balik,
jika kita mengikut segala ajaran dan sunnah baginda,maka sangat2lah excellent..
islam e2 indah,dan tiada yg indah melainkan apabila kt mengamalkan ajarannya..
M-I-N said :
May 6, 2009 at 9:21 PM
memang ekselen;memang cool.
DarkWan said :
May 7, 2009 at 1:16 PM
ain:

dalam sebuah artikel, diceritakan tabiat seksual babi ialah - dua babi jantan akan membantu satu sama lain untuk mengadakan hubungan intim dengan seekor babi betina.

yg kita sedia maklum dan faham, apa yang kita makan - itulah menjadi darah daging.

lihat pula - mengapa haiwan lain pun kita diharamkan memakannya spt harimau (makan secara menerkan), helang (makan secara menyambar) dll.

berbalik kpd babi, darah daging itulah yg membuatkan manusia zaman skrg x kisah bila isteri mereka berpeluk cium dengan lelaki lain, dengan alasan moden (atau dalam filem p ramlee disebut sosial)
May 7, 2009 at 2:53 PM
DarkWan: terima kasih ya pasal info ni..
tp sy nk tahu cerita asalnya mcm mana..
cthnya mcm : Syaitan dimurkai oleh Allah, ada kisah disebalik kemurkaan tu..
Kalau b*bi dan anjing pulak mcm mana..huhu..

apa2 pun..time kasih bnyk2
DarkWan said :
May 7, 2009 at 10:54 PM
cthnya mcm : Syaitan dimurkai oleh Allah, ada kisah disebalik kemurkaan tu..
Kalau b*bi dan anjing pulak mcm mana..huhu..

>> rakan Cina tu bertanya punca pengharaman kan. dia ada tanya sbb pasal pengharaman arak x? pengharaman makan binatang yg x disembelih?

mcm arak, kita nampak dgn jelas knp arak ni membawa punca kepada maksiat2 yg len. tp utk babi contohnya, melalui kajian moden, baru kita tau yg babi ni ada byk virus2 dlm tu.

Dr yoshihiro kawaoka sebot dlm journal of virology (1997) - babi ini ialah mixing vessel. lebih kurang ialah container segala jenis bakteria.

Allah kan suruh kita makan baik2. mcm famia tules kt atas tu - even nak minum air pun jgn bernafas sambil minum air. dijelaskan pun dgn sains - bila bernafas - air tu akan jadi berasid. balik kpd babi - kalau dah sah2 babi tu byk bakteria, xkan la kita nak makan.

plus - kaji cara penyembelihan pula. darah yg keluar dari leher haiwan tu ialah darah yg potentially ada penyakit (sbb tu org Islam x boleh makan darah, organ mcm hati tu pun makruh kan).

babi ada leher? xde. jadi cane nak sembelih? ada byk lagi sbb btw ..

ps:

byk benda dlm dunia ni susah nak dijelaskan kenapa, bagaimana, dan mengapa. cuma Allah saja yang tahu.

contoh mudah: tahu tak, cuma ada 3 jenis haiwan jenis mamalia (termasuk manusia) yang ada kitaran darah haid. kambing ada darah haid? lembu? dia pun mamalia jugak. nape takde ek :P
famia said :
May 8, 2009 at 9:55 AM
my heart: salam. ye betul tu. tengs.

min: kan.

dope: hehe. ko ensaiklopedia begerak. tengs for the info.

your name is ain: seperti yg diperjelaskan dopewan. hehe
apek said :
May 8, 2009 at 4:16 PM
ekselen tul. lagi2 yg ke 6 tu. baru aku tau. betul ensaiklopedia menulis darkwan
famia said :
May 8, 2009 at 4:20 PM
apek: hehehe. tau xpe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.